BAB 32

14.7K 260 13
                                    

Haiqal membuka mata apabila merasakan haba disebelahnya. Dia memerhati Mia. Mata Mia tertutup. Mukanya bersih, hanya terdapat beberapa tahi lalat di bahagian bawah mata. Mata Haiqal kemudian tertacap dibibir Mia, ada sedikit kesan koyakan. Mungkin akibat dari pukulannya tadi. Dia hanya memandang kosong, langsung tidak ada belas kasihan terkesan dalam dadanya. Kerana kulit Mia yang terlalu putih, pipi Mia kelihatan merah membuatkan Haiqal memegang wajah wanita tersebut. Muka Mia panas. Haiqal bangkit dari baringannya. Mengoncang wanita disebelahnya namun tidak sedikitpun berkutik. Haiqal panik.

"Mia! Hey wake up" Haiqal mencuba mengocang tubuh di depannya sedikit kasar, namun masih sama tidak berkutik. Haiqal semakin panik. Takut terjadi apa apa kepada wanita itu. Jam di dinding menunjukkan di angka lima pagi. Dia melihat tubuh Mia yang terdedah. Haiqal berjalan menuju ke arah almarinya dan mengambil sweater dan jogger pants lalu disarung ke tubuh wanita tersebut. Tubuh Mia terlalu panas. Mungkin demam. 

"Mak, abah. Mia rindu" Mulut Mia mengomel sendiri. Perlahan sahaja suaranya, namun masih dapat didengari oleh Haiqal. Matanya masih tertutup. Haiqal menarik nafas lega. Dia menuju ke arah almarinya dan mengambil sepapan penadol. Air mineral yang masih berbaki di ambil dan dituang ke dalam gelas.

"Hey, wake up. Makan ubat ni. Aku tak nak kau menyusahkan aku. Bangun" Tangan Haiqal mula menampar perlahan wajah Mia. Mia membuka matanya perlahan, kemudian memisat-misat matanya. Kepalanya pening. Badannya terasa amat sakit. Dia memegang kepalanya lalu bangun dari pembaringan. Dia terkejut melihat Haiqal sudah berada di depannya sambil memandangnya tajam. Dia menjauhkan dirinya dari lelaki tersebut. Tangan Mia ditangkap. Haiqal menghulurkan ubat dan air mineral kepada Mia, lalu bersedia untuk menyambung tidurnya semula.

"Kau makan ubat, pastu tidur!" Sempat Haiqal berpesan dengan suara mendatar lalu dia baring  membelakangi Mia. Mia masih terpana dengan perbuatan dan percakapan Haiqal. Dia memandang air mineral dan penadol di tangannya. Kerana terlampau pening, Mia menelan dua biji penadol tersebut. Mia memerhati lelaki di sebelahnya. Mia terasa tangannya di pegang. Mia menepis namun Haiqal sudah mengalih posisi tidurnya. Dia memandang Mia. Mia terkejut apabila Haiqal menariknya ke dalam pelukannya. Dengan keadaan yang tidak berdaya, Mia hanya menurut. Makin ditolak, makin dikemaskan pelukannya jadi Mia hanya menghela nafas panjang. Tidak mahu memanjangkan masalah. Kepalanya makin pusing , mungkin kesan dari ubat yang di makannya. Dia merasa semakin mengantuk. Mia menahan matanya, namun tanpa disedari Mia tertidur dalam pelukan Haiqal. Pelukan yang kemas dan sangat menghangatkan.

*********************************

"Pergi mandi, pakai baju ni" Haiqal melempar maxi dress berlengan panjang berwarna merah hati kepada Mia. Cantik dengan detail yang sangat kemas. Mia masih di atas katil. Badannya diselubungi comforter tebal kerana bilik itu terlalu sejuk dengan penghawa dingin yang sengaja dipasang oleh Haiqal. Hidungnya yang berair, dilap dengan baju tebal yang dipakai. Dia menghela nafas panjang. Matanya ditutup. Mukanya tiba-tiba merah. 'Lelaki ni ke pakaikan aku baju tebal ni?' Persoalan yang bermain dalam fikirannya namun tidak pula dia luahkan kepada Haiqal. Dia penat. Kepalanya masih pening. 

Mia teringat kejadian pagi tadi. Alangkah malunya dia apabila membuka mata, Haiqal sedang memerhatinya dengan pandangan yang tajam. Kepalanya masih berada di atas lengan Haiqal. Dia bingkas bangun dan mengundurkan dirinya. Haiqal hanya mendiamkan diri dan menuju ke tandas tanpa menoleh kearahnya lagi. Mia memarahi dirinya sendiri kerana terlampau alpa.  

Haiqal sudah membeli gaun itu hampir sebulan untuk di hadiahkan kepada bekas tunangnya apabila menghadiri majlis makan malam bersama keluarganya, namun jodoh mereka tidak panjang. Jadi gaun itu hanya bergayut di dalam almarinya sahaja tanpa sempat dia menghadiahkan kepada kekasih hatinya itu. Banyak barang-barang Uqasha yang di belikan namun tidak dipakai. Alasannya kerana terlampau menutup, tidak sesuai dengan gaya dan keterampilannya.   

"Haiqal, sampai bila awak nak kurung saya dekat sini?" Mia terkejut dengan pertanyaan sendiri. Dia menekup mulutnya. Seakan tidak percaya dengan pertanyaannya sendiri. Haiqal yang sedang mengemaskan rambutnya hanya tersenyum sinis. 

"Good question actually. Kau akan tahu nanti!" Haiqal berjalan menuju ke sofa dan mengambil rokok. Dia berjalan ke arah Mia. Mia mengundurkan dirinya. Haiqal menyedut rokok di tangan dan di hembus ke arah Mia. Dia tergelak jahat. Mia memejamkan matanya. Takut melihat perangai pelik lelaki di hadapannya. 

"Go and wash yourself. I will back by two. You have get ready before that. We go somewhere!" Haiqal masih di depan Mia. Dia membelai rambut ikal Mia. Haiqal terpaksa menghadiri perbincangan penting dengan Dato' Shariff pada pagi ini. Kalau ikutkan hatinya, dia masih perlukan masa untuk berbincang dengan wanita di depannya, namun dia yakin semua ini harus diselesaikan hari ini juga. Haiqal tersenyum galak apabila terpandangkan baju Mia berada di atas lantai yang dikoyaknya semalam. 

"Be a good girl or kau tahu nasib kau" Haiqal sempat berpesan kepada Mia dan berlalu pergi meninggalkan Mia berseorangan di atas katil. Mia menghela nafas lega apabila kelibat Haiqal semakin menjauh. Semakin lama semakin kelam pandangannya. 



MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now