BAB 61

1.9K 82 0
                                    

Sudah sebulan Mia menjadi penguni rumah banglo besar itu. Sebulan itu jugalah kehidupannya dipenuhi dengan warna warni berumahtangga. Dia kini selesa. Teramat selesa dengan layanan yang di berikan suami tercintanya. Ya! Dia bahagia. Bahagia dapat merasai kasih sayang yang dicurahkan oleh suaminya. Kisah dulu hanya menjadi kenangan pahitnya. Tidak sedikitpun dia menyoalkan kebaikan yang diberikan oleh suaminya. 

Dahulu, menjadi perhatian Haiqal adalah satu perkara yang sangat jauh dari gapaiannya, hampir mustahil. Namun kini, dia sendiri adalah cinta hati suaminya. Setiap hari Haiqal menyakinkannya betapa suaminya itu sangat menyayanginya, sangat menyesal dengan perbuatannya yang dulu. Dari situ, sedikit demi sedikit hatinya mula yakin, cintanya hadir untuk Haiqal! Sesungguhnya dia sangat bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan kepadanya.

Mia memandang dirinya ke dalam cermin besar bilik itu. Perutnya sudah mula memboyot. Dia mengenakan blouse panjang berwarna merah dikenakan dengan kain maxi berwarna hitam. Perutnya diusap perlahan dan mulutnya mengukir senyuman. Senyuman bahagia.

Jam di dinding menunjukkan angka tujuh setengah. Sempatlah dia masak untuk Haiqal sebelum suaminya pergi ke pejabat. Dia mengambil baju kemeja berwarna hijau gelap dan diletakkan di atas katil. Seluar dan tie hitam suaminya juga di letakkan bersebelahan baju. Dia menarik nafas. Puas hati dengan gabungan baju tersebut.

Mia berjalan perlahan dan duduk di birai katil, melepaskan lelah kerana berdiri terlalu lama. Matanya memandang sekeliling. Hampir sebulan dia menjadi penghuni bilik besar ini. Ya! Bilik Haiqal, yang penuh dengan hitam pahit masa silamnya dahulu. Namun kini, masa silamnya itu bagaikan sudah lenyap dengan kesungguhan dan kasih sayang yang ditunjukkan suaminya itu.

************************************

"Good morning sayang abang! Sedapnya bau. Masak apa ni?" Mia terasa kepalanya di cium lembut oleh Haiqal. Badannya dipeluk dari belakang. Tangan suaminya dimainkan di perutnya. Mia tergelak perlahan. Itulah rutin harian suaminya. Peluk dan cium itu adalah mainan biasa baginya. Mia tersenyum.

"Mia masakkan abang mi goreng. Abang duduk dulu dekat depan. Dah siap ni" Mia menyenduk mi goreng ke dalam bekas. Namun suaminya masih tidak melepaskan pelukannya. Dia ketawa kuat apabila lehernya di gigit perlahan oleh suaminya. Hampir saja mi di tangannya jatuh. Mereka ketawa bersama sambil beriringan ke depan.

"Mana Mak Ton?" Lelaki di depannya bertanya sambil tangannya menyuapkan mi ke dalam mulut. Mia menuangkan air ke dalam cawan dan meletakkan di depan suaminya. Dia duduk di tepi Haiqal.

"Mak Ton ada dekat belakang. Tengah jirus pokok herba dia rasanya. Abang balik pukul berapa hari ni?" Mata Mia memandang suaminya yang berselera. Betullah kata Mak Ton, Haiqal tidak susah di jaga. Sangat berserdahana orangnya. Rambut suaminya diselak kebelakang apabila sudah melorot ke depan. Haiqal tersenyum manis.

"Macam biasa. Kenapa sayang? Sayang nak makan apa-apa ke? Nanti abang boleh belikan on the way balik" Mia menggeleng.

"Abang Shamsul nak datang rumah hari ni. Dia saja datang berjalan sini melawat Aini" Mia menarik nafasnya.

"Alang-alang tu dia nak singgah sini. Datang satu family. So saya ingat nak ajak mama dengan papa sekali. Aini dengan Azman pun. Boleh ke bang ?" Mia memandang suaminya penuh pengharapan.

Haiqal meletakkan sudunya. Muka suaminya itu masih tersenyum seperti tadi. Namun sedikit hambar. Tangan Mia dipegang. Suaminya mengangguk perlahan.

"Meriahlah rumah nanti" Haiqal mengulas pendek sambil mengelap mulutnya dengan tisu. Air di depan di teguk perlahan.

"Abang? Mia tak jemput mereka kalau abang tak suka. Mia tanya pendapat abang je" Mia mula bangun dari kerusi membuntuti suaminya yang mula berjalan untuk menuju ke kereta. Haiqal menggeleng.

"No sayang. I'm okay with that. I'll try to finish my work as soon as possible so I can reach home around four okay?" Dahi Mia di cium lama, turun ke pipi dan akhirnya ke bibir. Mereka berpelukan lama. Mia sempat mencium pipi suaminya.

"Baby, jaga ibu okay. Ayah pergi work sekejap" Suaminya membongkokkan badan dan mencium perutnya. Mia tergelak kuat.

"I will miss you sayang. Take care" Haiqal sempat berbisik di tepi telinga Mia sebelum berjalan menuju ke keretanya.

Mia bahagia dengan kehidupannya. Kebahagian yang dimiliknya sekarang tidak datang tanpa di undang. Kebahagian memerlukan pengorbanan air mata, kesabaran yang kuat dan ketetapan dalam mempercayai kepada Tuhan yang Satu!

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now