BAB 27

14.3K 229 10
                                    

Haiqal sudah lengkap berbaju. Hatinya puas melihat keadaan Mia yang tidak bermaya di atas katil. Lagi memuaskan hatinya apabila dendam kesumatnya sedikit sebanyak dilepaskan kepada wanita tersebut. Jauh dalam hatinya, tidak ada sedikitpun rasa bersalah kepada wanita itu. Di lihat Mia menyelubungi badannya dengan comforter. Rambutnya kusut-masai. Muka Mia merah, mungkin menahan api kemarahan kepada lelaki tersebut. Mia mengambil bantal disebelahnya dan dicampakkan kepada Haiqal. Air matanya berjujuran jatuh. 

'Sampai bila aku harus menjadi hamba nafsu kepada lelaki bertopengkan syaitan ini Ya Allah' Mia menjerit dalam hati. Sungguh dia tidak kuat untuk menghadap semua ujian ini. Maruahnya sudah dipijak lumat oleh Haiqal. Dia sudah tidak sanggup lagi untuk hidup dalam penderitaan seperti ini lagi.

Haiqal tergelak besar, seperti ada sesuatu yang menggeletek hatinya. Dia duduk di atas sofa di sebelah katil besarnya itu. Di ambil seputung rokok dan dihidupkan. Kepulan asap ditiup ke arah Mia. Mengacah kesabaran wanita tersebut. Dia mengambil sampul surat yang berada di dalam laci didepannya. Dibuka sampul surat tersebut dan dicampakkan beberapa keping gambar ke arah Mia.

"Kau tengok siapa perempuan dalam gambar tu" Haiqal memuncungkan bibirnya menyuruh untuk Mia melihat dengan matanya sendiri, ada sengihan di akhir ayatnya. Mia mengambil kepingan yang berterabur di atas katil tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat perempuan dalam gambar itu adalah dirinya dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dengan tubuh badannya yang tidak ditutupi dengan sehelai benang. Dia meraung seperti orang gila. Tidak dihiraukan lelaki didepannya. Dia menyeka air matanya kuat dan mengoyakkan kepingan tersebut sekuat hatinya. Jijik sungguh dengan dirinya yang berkeadaan begitu dalam gambar itu. 

"Kau koyakkanlah sehalus mana pun Mia, aku ada salinan beribu lagi dalam laptop aku, dalam hanset aku. Video pun ada kalau kau nak tengok" Haiqal menyedut rokok ditangan, kemudian dihembus kuat. Mulutnya masih tidak lekang dengan senyuman jahat.

"Mia, Mia. Kau ingat kau boleh beat aku? Dengan apa yang jadi kat office haritu kau ingat aku  akan lupa? Aku akan maafkan kau? Tak akan sesekali. Kau tengah main dengan api Mia, sikitpun aku tak heran!" Haiqal menyambung percakapannya, angkuh. Putung rokok di buang ke dalam tong sampah. 

"Mulai hari ini kau kena ikut semua cakap aku. Semua sekali. Kalau kau tak nak gambar dan video kau tersebar, pastikan jadi budak baik okay?" Haiqal menuju ke arah Mia dan mengusap kepala wanita tersebut. Sempat dia memberikan senyuman sinis kemudian melangkah ke bilik air dengan nyanyian kecil dimulutnya.  

***********************************

Mia merasakan dirinya tersangat kotor. Untuk apa dia hidup lagi di atas muka bumi ini? Dia mengambil bajunya yang berselerakan di atas lantai dan menyarungkan di tubuh kecilnya. Pergelangan tangannya di rasakan sakit. Mungkin akibat dari pergelutan yang berlaku sebentar tadi. Dia menoleh ke arah jam di dinding bilik tersebut. Jam 340 petang. Dia menitikkan air mata. Kalau dia tahu ini semua bakal terjadi, tidak sesekali dia menjejakkan kaki keluar dari rumahnya. 'Ya semua ni ada hikmah, Ya Allah bantu hambaMu ini'

Mia melihat pintu balkoni bilik itu terbuka. Akal fikirannya ligat memikir. Dia tekad untuk terjun. Dia berjalan laju ke arah balkoni itu. Alangkah terkilannya apabila dia dapati balkoni itu ditutupi dengan grill di luar. Dia terjelepok jatuh ke lantai. Harapannya makin menipis. Namun digagahkan diri untuk mencari jalan penyelesaian dari permasalahan ini. Matanya ligat mencari telefon bimbitnya, namun bag kain telekungnya tidak kelihatan. Air mata Mia lebat menuruni pipinya. Dia menghempas pintu bilik itu, namun dengan tenaga perempuannya, akhirnya dia terduduk di atas lantai. Dia berlari ke balkoni bilik dan menjerit meminta tolong. Sekurang-kurangnya dia mencuba nasib walaupun dia tahu rumah tersebut jauh dari ramai orang.

"Don't try too hard sweet heart. You better believe on me. No one can help you. We far from others baby girl"  Haiqal memakai pakaiannya dan seterusnya menyembur minyak wangi dibadannya. Senyumannya tidak lekang di bibirnya. Di lihat Mia sudah mengenakan pakaiannya yang tadi. Dia tidak mengendahkannya. 

Mia terduduk di balkoni. Lama dia berteleku di situ. Dia memeluk pehanya. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Air matanya deras menuruni pipinya. Matanya tajam memandang Haiqal didepan. Dia tidak punya pilihan. Jika membunuh adalah pilihan terakhirnya, jadi dia patut lakukannya. Tangannya sudah bersedia memegang pasu bunga yang berada di balkoni tersebut. Ada satu suara bergema dalam kepalanya menyuruh untuk melakukannya, namun di tegah oleh satu lagi suara. Tiba-tiba dari kejauhan terdengar suara azan bergema. Dia beristigfar dalam hati. Matanya dipejam, sungguh dia sudah jauh terpesong. Pasu bunga ditangan dilepaskan kemudian dia meraup mukanya. Mendengar bait-bait azan sayup ditelinga, membuatkan kesekian kalinya air matanya tumpah lagi. Lama dia berteleku di situ melayan perasaan, tiba-tiba tangannya di tarik Haiqal. Dia terkejut dengan perlakuan lelaki tersebut. Dia menepis namun pegangan tangan Haiqal semakin kemas. 

"Encik Haiqal, saya merayu sangat jangan buat saya macam ni. Saya nak balik. Tolonglah saya!" Suara Mia mengendur. Mungkin sudah terlampau letih dengan semua yang terjadi. Haiqal membawanya ke sofa, menyuruhnya duduk di situ. Mia hanya menurut, takut jika pengakhirannya menjadi hamba nafsu lelaki tersebut. Haiqal menyerahkan telefon bimbit Mia kepadanya. Wajah Mia bercahaya. Namun belum sempat Mia mahu membuka telefonnya, tangan Haiqal sudah berada dilehernya bersama sepucuk pistol. Mia terkejut bukan kepalang. Tangannya terketar-ketar. Telefon bimbit ditangan hampir terjatuh.

"Ya Allah" Mia beristigfar panjang. Belum pernah seumur hidupnya melihat pistol. Air matanya seperti tidak mahu berhenti, takutnya bukan kepalang. 

"Lap air mata kau sekarang" Haiqal menggertak. Mia mengesat kuat air matanya menggunakan hujung bajunya, namun masih banyak sisa-sisa air matanya yang masih keluar. 

'Berhentilah keluar wahai air mata' Mia berkata dalam hati. Melihat pistol Haiqal sudah berada di tepi kepalanya, badannya semakin menggeletar. Tidak tahu mahu melakukan apa lagi. Dalam hatinya sudah beristigfar sebanyak yang mungkin. Kepalanya asyik memikirkan tentang kematian yang bakal di hadapi sebentar lagi.

"Aku nak kau call kawan kau, cakap kau pergi bercuti untuk hilangkan stress kau. Cakap kat dia jangan risau. Itu je yang kau kena buat. Kalau kau macam-macam, aku tembak kau. Semua gambar kau aku akan sebarkan dekat dunia, kau nak?" Haiqal menggertak Mia sekali lagi. Mia menggeleng lemah. Dia sepantas kilat mendail nombor Aini. Deringan kedua, Aini sudah berada di talian. Untuk kesekian kalinya, air matanya tumpah lagi. 'Maafkan aku Aini' 

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now