Aini masih menangis teresak-esak. Sesungguhnya dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang sedang berlaku. Azman di sebelah menepuk bahunya. Mulutnya tidak berkata sepatah, mungkin hormat dengan kesedihan adiknya itu. Tanah perkuburan telah lenggang namun Aini masih setia disebelah tanah merah itu. Kerana terlampau sedih, Aini tidak mampu untuk mengungkapkan dengan apa-apa kata lagi. Air matanya dilap sayu, namun masih bertakung dibibir matanya.
"Aini, abang tahu adik abang ni kuat. Jom kita balik. Malam ni kita nak buat tahlil lagi kan. Aini kena kuat. Abang sentiasa ada dengan Aini" Shamsul memujuk adiknya dengan suara lembut. Menepuk peha adiknya. Azman mengundurkan diri. Menuju ke arah kereta. Memberi ruang untuk dua beradik itu berbual.
Azman menarik nafas panjang. Melihat Aini menangis menjadikan hatinya tidak tentu arah. Sukar untuk diucap dengan kata-kata namun dia semakin yakin dengan keputusannya sekarang ini. Dia mahu mengambil Aini menjadi suri hati hidupnya. Dia mahu menjaga Aini sehingga akhir nafasnya. Azman tidak mampu lagi untuk melihat insan istimewa itu bersedih.
"Aini, janganlah macam ni. Menangis arwah dekat sana kalau Aini macam ni" Aini sudah berada dalam pelukan abangnya. Air matanya masih tidak mahu berhenti. Mulutnya masih berkunci. Masih tidak mampu berkata apa-apa.
"Abang pun sedih. Kita kena terima Qada' dan Qadar. Kita doakan arwah di tempatkan dengan orang-orang beriman okay? Abang tahu adik abang ni kuat orangnya" Aini masih menangis. Shamsul menarik adiknya ke dalam pelukan, hanya esakan kuat adiknya kedengaran didadanya. Jauh dalam hati, Aini sudah pun terima semua takdir ini dengan redha, namun kesedihannya itu tidak dapat dibendung dan ditawarkan dengan hanya kata-kata semangat orang sekeliling. Shamsul memapah adiknya menuju ke kereta. Aini hanya mengikut. 'Ya Allah kuatkan hati aku'
************************************
Rumah Shamsul sudah di penuhi sanak-saudara dan orang-orang kampung. Ramai yang mengucapkan takziah dan tidak lupa memberi kata-kata semangat kepada Shamsul dan Aini. Aini hanya berada di sudut rumah dengan matanya yang merah dan keadaan baju kurung yang tidak terurus. Mukanya sembab dek kerana terlampau banyak mengeluarkan air mata.
Azman asyik mencuri pandang ke arah Aini. Takut jika apa-apa terjadi kepada wanita itu. Mahu saja dia berada disebelah Aini dan menyuapkan makanan, namun ditegah kehendaknya itu kerana tidak manis dipandang orang-orang sekeliling. Dia meraup mukanya tanda terlalu risau dengan keadaan buah hatinya itu. Sempat dia berpesan kepada sepupu Aini untuk memberikan makanan kepada wanita itu, namun Aini menolak dengan cara yang baik. Katanya tidak berselera lagi untuk menjamah makanan.
"Janganlah gelabah sangat Man. Aku kenal adik aku. Kejap lagi dia makanlah tu. Kau bila nak balik KL ni?" Shamsul menepuk bahu Azman sambil tersenyum. Azman mengurut dadanya tanda terkejut dengan sergahan Shamsul. Dia ketawa kecil, sedikit malu apabila menyedari diperhatikan oleh Shamsul.
"Eh tak ada lah. Aku risau je tengok Aini tu. Dari tadi tak makan. Pagi tadi on the way datang sini pun menangis je. Dia minum air mineral je, tu pun sikit je. Ni dah malam, tak jamah apa-apa makanan lagi. Tu yang buat aku risau tu" Suara Azman serius namun masih ada kedengaran gegaran dibelakang ayatnya. Shamsul masih melemparkan senyum kepada lelaki di depannya sambil menepuk belakang Azman. Sudah faham sangat dengan alasan budak muda seperti Azman.
"Kalau aku nak minta tolong sesuatu boleh?" Azman memberanikan diri. Shamsul menjongketkan keningnya namun hanya menganggukkan kepalanya.
"Aku nak tidur sini malam ni boleh? Lagipun dah gelap macam ni, aku susah nak drive malam. Aku kan rabun" Azman berterus terang dan melemparkan senyuman kepada Shamsul. Lama Shamsul mendiamkan diri, seperti memikirkan sesuatu. Azman tidak senang duduk.
"Kau kenal adik aku dekat mana?" Shamsul bersuara sedikit tegas. Seingatnya, adiknya tidak pernah bercerita tentang mana-mana lelaki dalam hidupnya. Dia semakin tertanya-tanya dengan lelaki dihadapannya itu. Matanya masih tepat memandang raut wajah Azman. Soalan Azman dibiarkan tidak berjawab.
Azman merasakan dirinya direnjat renjatan elektrik. Peristiwa di hospital menjengah ke fikirannya. Dia memandang lantai. Berkira-kira mahu membuka mulut tentang perihal tersebut. Dari cerita yang diceritakan oleh Aini kepadanya, dia tahu bahawa Mia adalah seorang yang penting dalam keluarganya walaupun Mia bukan darah daging mereka. 'Boleh ke aku menceritakan semua itu kepada Shamsul?' Matanya dipejam tanda tiada kekuatan lagi untuk bercerita tentang peristiwa hitam itu. Takut jika Shamsul tidak dapat menerima kenyataan takdir itu. Dia akhirnya terdiam, meninggalkan tanda tanya dalam hati Shamsul.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...