Mia di tinggalkan sendiri di depan pintu rumah banglo, rumah yang menjadi saksi di mana dia di jadikan mangsa pemuas nafsu Haiqal. Kunci di tangan di perhati. Mia menarik nafas panjang dan mula melangkah masuk ke halaman rumah tersebut.
Sepanjang perjalanan dari Penang, dia sudah berfikir panjang dan membuat keputusan. Dia mahu mulakan hidup baru, hidup yang nyata sebagai seorang isteri. Dia bukanlah heroin dalam sebuah drama. Bukan pula sebuah watak dalam novel. Dia adalah dia dan ini adalah jalan dan ketentuan hidupnya, jadi hatinya harus redha. Redha dan ikhlas dengan semua yang di tetapkan. Ikhlas menerima lelaki yang memperkosannya sebagai suami sahnya. Islam sendiri yang mengajar untuk mempertahankan sebaik mungkin sesebuah perkahwinan yang telah terikat. Dia harus mencuba sebelum mengalah. Mencuba memikat hati keras Haiqal. Mencuba untuk mencari kebahagiannya bukan hanya kerana anaknya. Tapi bagaimana pula caranya?
Mata Mia memerhati sekeliling. Beg bajunya diletakkan di atas kerusi. Taman di sebelah kirinya menjadi perhatian matanya. Cantik! Damai dengan keindahan bunga-bunga yang mekar disitu. Semuanya dijaga dengan rapi. Air terjun buatan menjadikan taman itu lengkap. Matanya menangkap satu sudut yang diletakkan buaian. Dia melangkah ke arah buaian tersebut. Tenang dengan deruan air terjun itu. Dia menutup mata. Kepalanya masih pening, namun tidak sesakit tadi.
"Assalamualaikum" Suara di depan memberi salam. Mia menjawab salam Matanya dibuka. Dia membalas senyuman wanita tua di hadapannya itu.
"Saya Zaiton. Pembantu rumah ni. Panggil je Mak Ton. Datin ada call tadi, cakap Puan Mia nak datang sini" Mia bangun dari buai tersebut. Dia melihat wajah lembut wanita itu. Teringat kepada arwah maknya. Sebak. Tangan tua itu di salam perlahan. Seolah-olah mencium tangan arwah maknya. Lama dia memegang tangan wanita tua itu.
"Saya Mia Qalisha. Panggil Mia je. Tak perlulah panggil puan, rasa macam dekat office pula" Mia tergelak kecil, begitu juga dengan Mak Ton. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah sambil berbual kosong. Mia terasa dekat dan sangat selesa berbual dengan wanita tua itu. Jauh dalam sudut hatinya, terubat sedikit perasaan rindu kepada arwah maknya.
************************************
Mia memerhati sekeliling bilik. Bilik itu di cat serba putih. Warna katil yang seragam dengan warna perabot dalam bilik itu menaikkan lagi seri bilik itu. Sedikit sebanyak membuatkan dirinya teruja dengan dekorasi bilik itu. Bajunya di ambil dan di gantung ke dalam almari. Dia mengeluarkan barang-barangnya dan menyusun perlahan di atas meja solek.
Mia meminta agar Mak Ton merahsiakan tentang hal ini kepada Datin Aina. Tidak sanggup untuk membuat ibu mertuanya itu bimbang. Acap kali juga Mak Ton memintanya untuk berpindah ke bilik Haiqal, namun dia menolak dengan baik. Dia masih tidak kuat untuk melangkah masuk ke bilik yang penuh dengan kenangan pahitnya itu. Usai mengemas, dia membersihkan diri dan menunaikan solat zohor. Dia tersenyum gembira terigatkan janji Mak Ton untuk membantunya membuat kuih kegemarannya.
************************************
"Sedapnya bau, Mak Ton masak apa ni? Sory tau, Mia kemas bilik tadi. Tak sempat nak tolong Mak Ton" Mia sudah berada di belakang wanita tua itu. Suaranya ceria. Mak Ton hanya tersenyum sambil mengacau kuah tomyam yang dimasaknya.
"Ni, Mak Ton lama sangat dah tak masak tomyam, entah sedap entah tidak" Mak Ton tergelak. Tangannya masih lincah mengacau. Mia hanya memerhati Mak Ton dari belakang. Mendiamkan diri tidak berkata apa-apa.
"Haiqal suka betul tomyam. Lama dia tak balik rumah. Ni dah alang-alang dia nak balik sekejap lagi, Mak Ton buatkanlah" Mia menelan air liurnya. Senyuman ceria hilang dari wajahnya. 'Haiqal nak balik?' Hatinya berdebar. Dia meneguk air sirap ais yang dibuat Mak Ton untuk menenangkan hatinya.
"Dulu Mak Ton kerja dengan Dato' Shariff. Family dia baik sungguh. Haiqal tu budak manja, dari kecil lagi Mak Ton jaga dia" Mia hanya mendengar kata-kata wanita tua itu tanpa membuka mulut. Muka menunjukkan minat.
"Haiqal tu kuat makan budaknya. Mak Ton lah jadi mangsa dia kalau dia nak makan. Tapi Mak Ton suka tengok dia berselera sungguh makan" Mak Ton tergelak. Dia menarik nafas panjang. Mukanya tiba-tiba berubah.
"Sekarang ni, dah lama Mak Ton tak tengok budak tu" Dia mengeluh panjang. Haiqal sudah di anggap seperti anaknya sendiri. Baik buruk anak majikannya itu semuanya ditelan.
"Tadi Mia nak makan puding caramel kan? Mak Ton lupa nak cakap, tu pun favourite Haiqal juga. Lepas ni boleh lah nak buat dekat Haiqal. Lepas siap tomyam ni kita buat ya" Mia hanya mengangguk. Dia gelisah. Gelisah tiada sudah apabila mendengar nama suaminya itu disebut. 'Argh Haiqal!'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...