BAB 65

1.8K 85 2
                                    

Mia menyanyi kecil mengikut rentak lagu di radio yang di dengari sambil tangannya lincah mengelap meja makan. Dia semakin galak apabila dj di radio memainkan lagu kegemarannya. Kepalanya di anggukkan dan botol di tepi meja di ambil untuk di jadikan mikrofonnya. Dia tergelak sendiri. 

Usai mengemas, Mia berjalan ke arah ruang tamu, melepaskan lelah di dada. Dia duduk di atas sofa yang menghadap ke televisyen. Perutnya di usap perlahan. Cinta hati dia dan suaminya itu aktif bergerak. Dia tersenyum. Pinggangnya semakin sakit kerana membawa perutnya yang semakin membesar. Kata Azman, anak dalam kandungannya telah mencecah lima bulan jadi wajarlah pinggangnya menjadi sakit. Selama itulah dia dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang oleh suaminya. Demi Allah, cintanya pada Haiqal sudah memenuhi setiap ruang dalam hatinya. Tidak salah jika dia mencintai suaminya dengan sepenuh hatinya kerana itu adalah syurganya. Mia juga yakin Allah menghantar Haiqal menjadi jodoh yang terbaik untuk dirinya. Allah itu Maha Adil. Lelaki yang dulu dibenci dan dicaci, kini menjadi cinta sejati. 

Mia berseorangan di banglo mewah itu. Jauh dalam sudut hatinya, dia masih tidak berani berada dalam rumah itu berseorangan. Namun apakan daya, Mak Ton terpaksa mengambil cuti kecemasan selama beberapa minggu. Katanya dia harus balik ke kampung untuk menyelesaikan hal keluarganya. Berat hati untuk melepaskan orang tua itu, tetapi keluarga adalah segala-galanya. Jika dia di tempat Mak Ton, dia juga akan melakukan hal yang sama. Jadi, dengan berat hati Mia merelakan pemergian wanita tua itu.

Mia tidak tentu arah. Bosan! Dia berjalan kehulu kehilir di ruang tamu, seperti memikirkan sesuatu yang boleh dilakukan. Matanya melilau di sekeliling rumah. Dia menghela nafas panjang. Masih tidak memperolehi idea yang bernas untuk menghilangkan bosannya. Penat berdiri. Dia melabuhkan buntut di atas sofa berdekatan.

Mia mencapai telefon bimbit disebelahnya. Skrin telefon ditatap dengan wajah yang sedikit ceria. Rindunya kepada pemilik gambar di skrin tersebut. Sudah dua hari Haiqal di Pahang, katanya pergi menyiapkan projek barunya. Dan selama dua hari itu jugalah suaminya tidak menelefonnya untuk bertanya bertanya khabarnya. 'Mungkin terlampau sibuk dengan kerja yang banyak' Mia menyedapkan hatinya.

Mia cuba menelefon suaminya, namun seperti biasa, tidak berangkat. Dia juga telah menghantar pesanan  mesej, namun tidak berjawab. Mia mengeluh panjang dan berputus asa dari mengganggu suaminya itu. Telefon bimbitnya di letakkan semula di sebelahnya. Malas untuk berfikir lagi, matanya tertumpu pada rancangan di televisyen yang sedang diputarkan. Sesekali dia tergelak besar. Lucu!

Ting!

Mata Mia bersinar mendengar  pesanan mesej masuk ke dalam notifikasi telefonnya. Dia tersenyum gembira pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya, terlampau teruja. Namun senyumannya mati apabila melihat bukan nombor telefon yang diharapkan terpampang di skrin telefonnya, sebaliknya nombor yang tidak di kenali. Mia membuka mesej itu dengan hati yang berdebar-debar. Hatinya merasakan ada sesuatu yang terjadi.

Sebaik pesanan itu dibuka, hatinya bagai di panah petir. Air matanya mula jatuh dari kelopak matanya. Semakin lama semakin deras jatuh ke lekuk pipi, seperti tidak mahu berhenti. Dia terkaku di atas sofa itu. Pedih! 'Ya Allah!'

************************************

Aini tergopoh-gapah turun dari kereta Azman. Khabar yang diterimanya tadi hampir membuat nyawanya terpisah dari badan. Dia beristigfar panjang. Hospital itu di penuhi dengan orang ramai, mungkin waktu itu adalah waktu untuk melawat pesakit. Dia meninggalkan Azman jauh ke depan. Air matanya tidak segan silu keluar sedari dari tadi lagi. Dia tidak menghiraukan mata-mata yang memandangnya.

Aini sudah memasuki ruang pendaftaran di wad kecemasan. Jururawat di situ menghalangnya untuk masuk ke dalam wad pesakit kerana itu adalah wad yang terlarang dan tidak boleh di masuki mana mana pelawat. Aini terjelepok di atas lantai namun sempat di tangkap oleh Azman. Dadanya bagai di tikam-tikam sembilu. Air matanya makin deras keluar.

Azman memapah Aini untuk duduk bersamanya di ruang menunggu. Jiwa Azman kacau melihat keadaan tunangnya seperti itu. Melihat Aini yang semakin kuat menangis, dia terpaksa menarik badan tunangnya kedalam pelukan. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Azman cuba menepuk bahu kekasihnya itu. Hatinya yang bercelaru di tambah dengan debaran di hatinya membuatkannya tidak senang duduk. Namun dia cuba untuk mengawal keadaan itu.

"Shh- Sayang, awak kena kuat" Azman menenangkan Aini. Wanita itu masih dalam tangisan hibanya. Baju Azman sudah dibasahi dengan air mata wanita kesayangannya itu.

"Remember what you said to me long time ago?" Azman menarik nafas panjang. Dia memegang bahu tunangnya itu, mencari anak mata sang kekasih.

"Storms make trees takes deeper roots right? So please believe. This is not the end for you sayang. Let's keep praying" Aini tidak berkutik. Jauh dalam sudut hatinya, dia bersyukur dapat berkenalan dengan lelaki di hadapannya ini. 'Moga hati kami bersatu sentiasa'

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now