Haiqal termenung jauh di dalam bilik bacaannya. Peristiwa di pejabatnya bermain di fikirannya, membuatkan dia menggenggam tangannya tanda teramat geram dengan apa yang telah terjadi. Kemudian kepalanya dipegang, mungkin pening dengan peringatan papanya kelmarin.
'Bodoh punya perempuan. Kau tak akan terlepas dari gengaman aku' detik hati kecilnya. Sesekali dia menghirup air ditangan.
Haiqal membuka laci di tepinya. Mencapai dompet berwarna merah. Dia tersenyum sinis. Dia mengambil kad pengenalan empunya dompet. Di pandang lama nama yang tertera di kad tersebut. Mia Qalisha. Gambar perempuan itu terpampang memakai tudung berwarna hitam. Dia mengeluh panjang. Fikirannya serabut dengan masalah yang di hadapinya.
'Macam mana aku nak buat dia ikut pergi rumah papa' Otaknya ligat memikir bermacam cara untuk membawa wanita tersebut berjumpa papanya seperti yang di minta papanya.
Kejadian yang memalukan di pejabatnya menjengah kembali di ingatannya. Dia tewas dengan seorang wanita bernama Mia Qalisha. Wanita yang sangat misteri. Dua hari juga dia mengambil cuti kerana penangan wanita tersebut. Dalam hatinya membara. Dia sengaja menyuruh kawannya, Hazril untuk mengambil Mia berkerja dengan syarikat kawannya itu supaya dia dapat menambahkan lagi sengsara hidup wanita itu. Erti kata lain dia mahu melunaskan dendam dalam hatinya. Masih terngiang-ngiang kata-kata papanya. Dia hilang semua tempat dia mengadu. Sikap mamanya yang sudah semakin dingin dengannya membuatkan dia yakin untuk memusnahkan hidup wanita itu. Azman juga sudah tidak mahu bercakap dengannya walaupun sudah acap kali dia menelefon sahabatnya itu untuk memohon maaf. Papanya apatah lagi, langsung tidak mahu melihat mukanya lagi.
'Semua sebab kau Mia Qalisha, semua sebab kau' hatinya menjerit geram. Gelas ditangannya dicampak, habis berderai dilantai. Haiqal tidak memperdulikannya.
Haiqal mendail nombor seseorang. Lama deringan di corong telefonnya tapi tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi. Hanya kedengaran peti suara yang meminta dia untuk meninggalkan pesan. Dia menutup panggilan tersebut dan memandang lama skrin telefonnya.
"Sha, I miss you sayang. It's been a while I tak jumpa you. What are you doing sayang? Why don't you pick up my calls" Dia bermonolog berseorangan sambil jarinya menguis skrin telefonnya. Dia melihat jam yang tertera di skrin telefonnya. 1100 malam. 'Mungkin dah tidur'
Haiqal mengukir sedikit senyuman. Banyak kenangan manis yang bermain di fikirannya. Dia merindukan saat bersama wanita itu. Walaupun tunangnya agak boros dalam beberlanja tetapi dia rindukan kemanjaan wanita itu. Rasa bencinya semakin membara kepada Mia Qalisha. Dia mengetap giginya apabila mengenangkan wanita tersebut.
************************************
Dentuman musik yang kuat membuatkan Uqasha khayal dengan dunianya sendiri. Dia menghirup air yang berada di tangannya sambil badannya menari mengikut rentak musik tersebut. Kepalanya di lentokkan di dada lelaki yang tidak dikenali yang berada di hadapannya. Lelaki itu hanya membiarkan. Uqasha makin menggila apabila lelaki tersebut melekapkan badannya ke badan Uqasha. Uqasha membiarkan perbuatan lelaki tersebut. Melayan setiap sentuhan yang diberikan oleh lelaki itu. Sudah lama dia tidak dapat sentuhan hangat sebegitu. Seingatnya mungkin sebulan yang lepas bersama kawannya, Alif.
"I'm Harith. And you?" Lelaki itu mengenalkan dirinya. Mulutnya betul-betul di cuping telinga Uqasha. Uqasha ketawa kegelian, namun hanya melirik manja ke arah lelaki itu.
"Call me Sha" Uqasha membalas dengan cara yang sama. Mereka berbalas senyuman. Musik sudah ditukar dengan alunan musik romantik. Mereka menari mendekat sambil berbual kosong. Banyak topik yang menjadi perbualan mereka. Sesekali mereka ketawa manja. Semakin lama semakin membelai jiwa. Akhirnya mereka berkucupan lama. Semakin lama semakin mengganas. Mereka meninggalkan kelab malam tersebut setelah menghabiskan suku air yang berbaki.
Dari kejauhan, ada sepasang mata yang sedang memerhati dan mengambil gambar mereka semasa mereka sedang bercumbuan mesra.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...