Haiqal mendapat panggilan daripada papanya untuk pulang ke rumah orang tuanya. Dia baru sahaja bersiap untuk berparti di salah seorang rumah rakannya, namun dibatalkan sahaja niatnya di sebabkan oleh kehendak papanya. Dia mengeluh panjang. Dalam kepalanya sudah terfikir banyak perkara. Jarang sekal papa menelefonnya pada masa begini. Dalam hatinya tertanya-tanya, pasti ada sesuatu yang terjadi. Jauh dalam hatinya perasaannya bercampur-baur. Adakah sesuatu buruk telah berlaku kepada ibunya? Dia semakin hilang arah. Dia menekan pedal minyak kuat, keretanya melucur laju di atas jalan raya menuju ke banglo papanya.
Sesampainya di banglo, papa bersama mamanya sudah menunggu di hadapan rumah itu. Namun dia sedikit hairan dengan keadaan sekeliling. Ayahnya masih mengenakan baju semasa berada di pejabatnya. Dia tersenyum kaku. Rindu dengan belaian dan kasih sayang mamanya. Selama tiga bulan ini dia tidak bertegur sapa dengan mamanya. Semua kerana silapnya. Haiqal bingkas keluar dari kereta dan berjalan menuju ke arah orang tuanya.
Bukk...
Belum sempat dia memberi salam, satu tumbukan diberikan oleh ayahnya. Dia rebah ke tanah. Datin Aina terkejut dengan perlakuan suaminya. Dia memegang lengan suaminya untuk menenangkan suaminya. Dato' Shariff menarik nafas panjang dan dan mengumpul sisa-sisa kesabaran yang masih ada dalam dirinya.
"Selama ni aku tutup mata aku Haiqal. Kau ni memang anak tak sedar untung" Dato' Shariff menarik nafas panjang. Dia menjerkah Haiqal kerana terlampau marah dan kecewa dengan sikap anaknya. Kalau diikutkan hati mahu saja dia memukul anaknya sepuas hati, namun sisa-sisa kesabaran masih menebal dalam dirinya. Dia beristigfar panjang memegang dadanya.
"Aku hantar kau jauh-jauh belajar nak kau jadi perogol ke Haiqal?" Dato' Shariff masih menengking kuat. Haiqal tersentak. Kes tiga bulan lepas sudah diketahui oleh papanya. Badan Haiqal menggeletar. Takut untuk bersemuka dengan papanya. Dia memandang ke lantai. Perasaan bersalah mula bersarang dalam hatinya.
"Haiqal, kalau kau tak kesiankan aku, aku tak kisah. Memang tu yang kau buat dari dulu. Tapi kenapa kau buat macam ni kat mama kau? Mama jaga kau berapa lama Haiqal, nak suruh kau jadi orang. " Dato' Shariff terjelepok ke tanah. Air matanya keluar berjujuran. Masih tidak dapat menerima kenyataan dengan berita yang diterima. Dia memeluk isterinya disebelah. Mencari saki baki kekuatan yang masih ada. Datin Aina juga sudah berlinang dengan air mata. Sedih dan hampa dengan sikap anaknya yang dibelai bagai minyak yang penuh itu.
"Kenapa kau buat macam ni Haiqal? Kau tak takut dosa ke? Orang yang kau rogol tu anak kawan baik aku Haiqal, anak kawan baik aku!" Dato' Shariff menambah dengan suara sedikit kendur namun masih berbunyi kecewa. Air matanya bercucuran. Dia mendiamkan diri, mencari kesabaran yang semakin menipis.
"Kenapa kau sanggup buat benda terkutuk ni, Ya Allah!" Suara Dato' Shariff perlahan. Menahan sebak di dada. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia merasa tersangat kecewa. Kecewa dengan sikap anaknya walaupun sudah acap kali Haiqal melakukan kesilapan. Hatinya kosong. Masih terbayang-bayang wajah sahabat baiknya, Yaakob Samad. Sahabat yang susah nak dicari ganti. Sudah lama dia mencari keberadaan lelaki budiman tersebut. Sudah berpuluh tahun dia mengupah orang untuk menyiasat tentang perihal sahabatnya itu, namun gagal dikesan. Sesungguhnya perancangan Allah itu diatur dengan sangat cantik. Namun dia agak terkilan tidak dapat memberi penghargaan terakhir kepada sahabatnya itu. Disebabkan anak durjananya, anak sahabatnya menjadi mangsa. Hatinya berjanji mahu mencari anak sahabatnya itu.
Haiqal membuntangkan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Dia merangkak ke arah papanya. Dipegang kaki papanya. Air matanya berderai. Hatinya sebak. Dia bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang. Peluh jantannya jatuh di dahi.
"Papa, Haiqal minta maaf. Haiqal terlalu ikutkan perasaan. Maafkan Haiqal pa" Haiqal masih memegang kaki ayahnya. Dato' Shariff memandang sepi anaknya. Kakinya dijauhkan daripada anaknya. Jijik.
"Pa, I am human too. I make mistakes. Please maafkan Haiqal pa. Please pa. Give me a chance. Haiqal akan lakukan apa je asalkan papa maafkan Haiqal" Haiqal masih memandang lantai. Hatinya remuk. Jauh dalam sudut hatinya dia menyumpah seranah perempuan itu.
"I'm disspointed with you Syafiq Haiqal. Aku bela kau dari kecik bukan nak suruh kau jadi macam ni" Suara Dato' Shariff mengendur. Sedih. Hiba.
"Aku nak kau pergi cari budak tu. Bawa jumpa aku. Selagi kau tak jumpa dia, kau bukan anak aku" Dato' Shariff melepas nafas yang panjang. Datin Aina terpana dengan kata-kata suaminya, tapi masih diam seribu bahasa. Tahulah dia bahawa suaminya betul betul kecewa dengan perlakuan anaknya itu.
"Aku dah tak boleh tanggung dengan semua ni Haiqal, anak jenis apa kau ni?" Bunyi sedikit keras suara Dato' Shariff.
"Aku bagi masa sampai bulan depan je. Kau tak dapat jumpa dia, aku sendiri yang akan pergi buat report kat polis apa yang kau dah buat kat dia. Kau ni memang patut meringkuk dalam penjara je" Haiqal memegang kaki Datin Aina sambil menggeleng kepalanya. Datin Aina masih membisu.
"Ma tolong Haiqal ma" Haiqal merayu kepada mamanya. Datin Aina masih terpaku sambil mengucap panjang. Esakan panjang anaknya dibiarkan.
"Aku ada semua bukti apa yang kau dah buat Haiqal. Kau jangan sesekali pijak kat rumah ni selagi kau tak jumpa budak tu. Ingat, apa kau buat, kau mesti bertanggungjawab." Dato' Shariff menghabiskan ayatnya tegas dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi. Anaknya harus di ajar. Hiba hatinya dibiarkan. Datin Aina membuntuti suaminya masuk ke rumah meninggalkan Haiqal bersendirian menangis hiba di depan banglo. Semoga dengan cara ini, anaknya boleh berubah.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomantikPertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...