"Abang, janganlah. Semua orang dah tunggu dekat luar tu. Mengadanya!" Mia merengek apabila suaminya memeluknya dari belakang. Dia sedang melipat telekungnya, baru sahaja siap menunaikan solat asar. Haiqal menyangkut dagunya ke bahu Mia. Pipi Mia di cium.
"Abang dah solat?" Mia bertanya ringkas. Pelukan di badannya di perkuatkan. Mia tergelak kecil
"Abang penat ni. Banyak kerja dekat office. Nak manja dengan isteri abang sekejap je" Mia menoleh badannya ke arah suaminya. Haiqal tampak amat segak walaupun hanya berbaju t-shirt dan berseluar pendek. Senyuman manis dihadiahkan kepada suaminya.
Mia berfikir sendiri. Sudah acap kali dia mengajak suaminya solat bersama dengannya, namun ditolak dengan beralasan tidak pandai. Mia sentiasa menyakinkan suaminya bahawa solatnya jugak tidak sempurna, jadi dia mahu menyempurnakan solat itu bersama suaminya, belajar bersama tentang solat yang sempurna, namun tetap ditolak dan diubah ke topik lain. Dia pelik. Persoalan itu sentiasa bermain-main dalam fikirannya. Jauh dalam sudut hati, dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang yang disayangi itu.
"Alolololo kesiannya ayah" Mia memimpin tangan suaminya ke birai katil. Haiqal merebahkan badannya. Kepalanya di letakkan di atas riba Mia. Suaminya mengeluh perlahan.
"Sayang, esok abang kena pergi outstation. Ada projek dekat Pahang" Mia menarik nafas panjang. Mukanya berubah muram. Walaupun mereka baru sahaja sebulan bernikah, sudah acap kali Haiqal meninggalkannya untuk bekerja diluar kawasan. Kadang-kadang dia pelik, namun dipendamkan segala yang terbuku dihati. Cuba untuk memahami Haiqal.
"Berapa hari?" Mia bertanya perlahan. Haiqal menunjukkan tiga jarinya. Hatinya berat untuk melepaskan lelaki itu pergi. Perasaannya menjadi tidak tenteram. Seperti ada sesuatu yang sedang di sorokkan suaminya, namun cepat-cepat dia beristigfar panjang. Mukanya diraup. 'Ya Allah, ampunkan aku kerana beranggapan buruk terhadap suamiku'
Mia memandang wajah suaminya. Tangan suaminya lincah membelai perutnya. Mia kembali tersenyum. Sesekali pipi suaminya di cium. 'Moga suamiku di jauhkan dari segala malapetaka'
************************************
Rumah banglo kepunyaan Haiqal meriah dengan suara Aqil menjerit kegembiraan apabila diagah oleh ayahnya. Mia berjalan berpimpin tangan dengan suaminya. Nampak begitu mesra sekali.
Datin Aina memandang anak dan menantunya yang menuju ke arahnya. Dia tersenyum gembira. Bersyukur yang tidak terhingga kepada Yang Satu kerana telah memakbulkan semua doanya. Hidupnya terasa lengkap dengan kedatangan Mia dalam keluarganya.
Namun apa yang membimbangkan hati Datin Aina sekarang adalah hubungan suami dan anaknya itu. Semakin hari semakin renggang. Semakin hari semakin menjauh. Bagai api bertembung api. Masing-masing punya ego tersendiri.
Haiqal duduk di sebelah mamanya sambil berbual kosong. Sesekali dia melihat Azman disebelah dengan pandangan kosong. Masih menegakkan egonya!Mia berjalan menuju ke dapur, matanya mencari-cari kelibat Aini, namun masih tidak kelihatan. Dia terdengar suara orang berborak di belakang rumah. Mia tersenyum. 'Dekat sini rupanya dua orang ni'
"Mak Ton bukan apa, kesian tengok Mia. Tak baik Haiqal buat macam tu dekat dia" Mia menghentikan langkahnya. Senyumannya mati. Telinganya masih mendengar perbualan di depannya. 'Kenapa dengan Haiqal?'
"Saya nak kena buat apa ni Mak Ton? Mia tu dah lah tengah mengandung. Ya Allah, kenapa besar betul ujian Mia" Suara Aini kedengaran sebak, suaranya tersekat-sekat. Mia masih berdiri di sebalik dinding, mendengar setiap patah perbualan yang mereka bualkan. Dia pelik. 'Apa yang terjadi sebenarnya?'
"Mak Ton tak boleh nak buat apa. Ini semua permintaan Dato', jadi Aini jangan beri tahu Mia ya. Datin pun sama" Mia menggaru kepalanya. Masih binggung dengan hal yang diborakkan oleh dua wanita tersebut.
"Tapi Mak Ton, sampai bila? Mia tu kawan saya" Aini sudah teresak. Mia makin pelik. 'Apa kaitan papa dalam semua ni?'
"Mia mengandung. Mak Ton tak nak apa-apa jadi dekat dia! Sebab tu Dato' buat macam tu. Mia budak baik, bagi baby keluar dulu. Baru kita cakap pasal ni dengan dia" Suara Mak Ton sedikit perlahan namun masih jelas di dengari oleh Mia. Perasaan ingin tahunya makin membuak-buak. Mahu saja dia menerjah dua wanita di depannya itu, namun dia sabarkan hatinya. 'Apa yang jadi sebenarnya ni'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...