Mia menyiapkan dirinya untuk ke masjid berdekatan rumahnya. Tatkala hati sedang berdarah, tak mampu untuk bertahan, dia perlukan kekuatan dari Yang Satu. Dia yakin Allah turunkan banyak ujian kepadanya kerana Dia sangat sayangkan hambaNya. Allah tak akan sesekali menguji hambaNya di luar kemampuan mereka. Semalam, Mia banyak bersedih. Takut dengan masa lampau apatah lagi mahu mengorak langkah mencorak masa depannya. Pertemuannya dengan lelaki yang mengubah masa depannya 360 darjah itu membuatkan dia tidak senang duduk. Traumanya datang menerjah kembali. Namun, setelah berfikir panjang malam semalam, dia mengambil keputusan untuk bertatih kembali seperti tiga bulan lepas. Dia harus kuat untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain.
"Mia, kau betul ke tak nak aku temankan kau?" Suara Aini memecah keheningan pagi. Mukanya tampak begitu risau. Mungkin risau dengan keadaan Mia yang masih tidak kuat. Mia menggeleng dan tersenyum hambar.
"Kau tidur jelah dekat rumah" Mia menjawab ringkas. Kesian melihat Aini telah banyak berkorban untuknya. Aini yang sedang uzur juga membuatkan dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu. Mia mengambil gugusan kunci kereta Aini. Dia sudah meminta izin dari sahabatnya itu untuk membawa kereta ke masjid. Kebetulan hari ini Aini adalah hari kawannya itu bercuti.
"Bawa kereta elok-elok. Nanti kalau ada apa-apa kau cepat cepat call aku. Jangan bawa kereta laju sangat" sempat Aini memesan kepada sahabatnya. Takut terjadi apa-apa dengan keadaan Mia yang belum pulih sepenuhnya itu. Mahu sahaja dia mengikuti Mia untuk ke masjid juga, namun di tolak mentah oleh Mia. Kata Mia, mungkin dia akan berada di masjid dalam jangka masa yang lama kerana ingin menghadiri kuliah subuh sekaligus kelas membaca al-quran bersama ustazah di situ.
Mia tersenyum dengan pesanan sahabatnya itu. Dia sempat membawa Aini ke pelukannya. Terharu dengan sifat Aini yang tak pernah berubah. Aini sudah dianggap seperti adik beradiknya sendiri. Selepas kematian ibu bapanya, keluarga Ainilah yang banyak berjasa kepadanya. Membantu dari setiap sudut, dari makan sehinggalah pakaian. Sesungguhnya perancangan Allah sudah diatur dengan cantik. Dengan bacaan bismillah, Mia berjalan dan memasuki kereta. Perlahan-lahan dia menekan pedal kereta dan sempat melambai sahabatnya. Semakin lama semakin hilang Aini dari pandangannya. Tanpa pengetahuannya, terdapat sebuah kereta merah sedang mengekorinya.
************************************
Kuliah subuh hari ini mengisarkan tentang bilik-bilik di syurga. Banyak yang boleh di ambil pengajaran dari setiap hadith yang dibaca oleh ustaz sebentar tadi. Kata ustaz, sesiapa yang sentiasa melazimi solat sunat 12 rakaat dalam sehari dan semalam, Allah akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. Empat rakaat sebelum zohor, dua rakaat selepas zohor, dua rakaat selepas magrib, dua rakaat selepas isyak dan dua rakaat sebelum subuh. Ini membuka matanya untuk terus istiqamah menjadi hambaNya yang bersyukur dengan segala nikmat yang dikurnia oleh Allah. Walaupun kuliah pagi itu singkat, namun sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam hidupnya.
Mia melihat skrin telefonnya. Jam menunjukkan 7pagi. Masih awal. Dia diberitahu oleh ustazah bahawa kelas al-quran pada pagi ini dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Setelah semua jemaah pulang, Mia mengambil al-quran dan mula membaca dengan hati yang lapang. Bacaannya sangat lembut dan mendayu. Lelah dengan ujian demi ujian yang diterima, air matanya merembes keluar, namun hatinya tidak jemu-jemu mengucap syukur. Dia yakin, dengan setiap ujian yang diterima membuatkan dia menjadi semakin kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Lama dia berteleku dalam masjid tersebut.
Usai melipat telekung dan sejadahnya, Mia mengorak langkahnya ke kereta. Keadaan sunyi sepi membuatkan Mia melangkah dengan lebih laju. Hanya kelihatan beberapa buah kereta sahaja di perkarangan masjid. Belum sempat sampai di kereta, tangan Mia dipegang, mulutnya ditekup. Mia mula menggelabah. Tidak lama kemudian, nafasnya makin menurun dan dia merasakan tubuhnya digendong. Dia merasakan dunianya berputar dan dia tidak sedar apa apa yang berlaku.
************************************
"Bagi aku alamat Mia Qalisha, staff baru company sekarang juga!" Haiqal menengking. Jam menunjukkan 0500pagi. Kepalanya serabut. Dia meneguk bir yang berada di tangannya. Dia semakin tidak tentu arah. Tidak lama kemudian pesanan mesej masuk ke telefonnya. Haiqal tersenyum. Tidak sia-sia dia mengupah Ali untuk menjadi pembantunya. Tangkas membuat kerja tidak kira waktu.
Sepanjang perjalanan, Haiqal tergelak seperti orang gila. Dia melihat di tempat duduk sebelahnya. Terdapat sapu tangan dan ubat penenang yang di ambil dari kawannya yang juga doktor seperti Azman. Dia tidak berfikir panjang. Baginya, rancangannya harus berjaya. Bagi Haiqal, Mia adalah penyebab semuanya terjadi. Dia hilang semua orang yang disayangi. Makin hari, hidupnya makin tidak bermakna. Dia rindukan ibunya. Syaitan durjana terus memainkan peranan mereka untuk menghasut Haiqal menjadi seperti tidak waras.
Haiqal mematikan enjin keretanya apabila sampai di alamat yang dinyatakan. Dia menghirup bir ditangannya sambil memerhati kawasan sekeliling. Masih tidak nampak bayangan wanita tersebut. Namun dia masih tidak berputus asa. Dia menunggu di dalam kereta sambil berfikir panjang. Hidupnya mula menjadi kacau bilau dari hadirnya wanita yang bernama Mia Qalisha. Dia semakin yakin dengan keputusan yang dibuat. Dia memandang jam tangannya. 0600pagi.
Dari kejauhan, dia tersenyum lebar apabila melihat wanita yang ditunggu memasuki kereta. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Haiqal tersengih menang. Dia mula mengekori kereta yang dinaiki wanita tersebut.
'Senang kerja aku'. Namun tidak sampai 10 minit, kereta memasuki perkarangan masjid. Haiqal mendengus kuat. Dia memakir keretanya jauh dari pandangan wanita itu. Hatinya tertanya mengapa wanita seperti Mia masih sanggup menjejakkan kaki diperkarangan masjid. Dia hanya tersenyum sinis.
Setelah beberapa jam menunggu, kelibat Mia keluar dari masjid. Dia melihat muka wanita tersebut. Cantik. Wajahnya tampak sangat berseri, walaupun matanya sedikit redup. Detik hatinya. Namun ditepis segala pujian itu. Haiqal tersenyum sinis dan mula melangkah keluar dari kereta. Matanya melilau di perkarangan masjid. Sunyi sepi. Yakin tidak ada manusia di situ, dengan berhati-hati dia mengejar wanita itu dan menekup mulutnya. Badan Mia semakin layu. Haiqal bersorak dalam hati. 'Mampus kau Mia'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...