BAB 64

1.7K 90 8
                                    

Azman memandang Aini. Muka tunangnya itu kelihatan sedih. Sepanjang perjalanan dari rumah Haiqal lagi Aini mendiamkan dirinya. Bila di tanya sepatah, sepatahlah yang di jawab. Selalunya tunang itu lah yang paling banyak mulut, ada sahaja topik yang mahu dibahasnya. Azman berdehem perlahan. Namun masih sama, masih tidak menunjukkan reaksi.

"You know what, saya teringin nak makan Souvlaki yang awak masak hari tu. Sedap! Can you make it for me tomorrow?" Azman memancing minat Aini. Dia tahu Aini suka memasak. Hampir setiap hari Aini akan membekalkannya makanan untuk di bawa ke tempat kerja. Pelbagai jenis makanan tunangnya itu berkebolehan untuk masak, sedikit sebanyak itu yang membuatnya sangat kagum dengan wanita hebat di sebelahnya itu. Semakin hari, rasa cinta kepada tunangnya itu semakin mekar. Kata Aini, perut kenyang, hati senang. Hati senang, jiwa tenang!

Semasa di Kota London, Souvlaki adalah makanan kegemaran Haiqal. Sahabatnya itu selalu memesan makanan tersebut membuatkan Azman tertarik untuk mencuba. Azman mula jatuh cinta dengan Souvlaki apabila dia memasukkan cebisan daging kecil ke dalam mulutnya. Souvlaki merupakan makanan Greek yang berasaskan daging yang digaul dengan pelbagai jenis rempas ratus. Selalunya Souvlaki selalu di makan dengan roti pita. Keenakkan makin terserlah jika Souvlaki itu sendiri di gandingkan dengan yogurt masam.

Jauh dalam sudut hatinya, dia rindukan sahabatnya itu. Rindu untuk bermesra seperti dahulu. Rindukan telatah lucu Haiqal yang selalu mencuit hatinya. Kenangan bersama terlalu banyak dan sukar untuk dilupakan. Dia memandang Aini. Wanita itu hanya mengangguk, tidak berminat untuk melayannya. Mata Aini masih di luar tingkap.

"Sayang, it is something wrong? Saya ada buat salah ke?" Azman masih tidak berpuas hati. Matanya masih fokus di atas jalan namun sesekali menoleh ke arah wanita di sebelahnya. Azman mengeluh. Akhirnya dia mendiamkan diri apabila Aini masih dalam dunianya sendiri. Membagi ruang dan masa kepada tunangnya itu.

Aini termenung jauh. Tangannya digenggam kemas. Air matanya masih basah di tubir matanya. Sebelum balik tadi, melihat Mia dalam keadaan gembira membuatkan Aini menahan sebak di dada, sempat meminta diri untuk ke tandas untuk melepaskan tangisannya. Dia tidak mampu melihat Mia dipermainkan begitu. Sahabatnya itu sudah banyak menderita dengan pelbagai masalah. Perasaan bersalahnya menebal dalam diri tapi dia tidak berdaya untuk berbuat apa-apa mengenangkan nasib anak yang di kandung oleh wanita hebat itu. Hatinya bercelaru, ibarat di luah mati emak, di telan mati bapak.

Haiqal di sebelah Mia di pandang dengan mata tajam. Mahu saja Aini membunuh lelaki keparat itu, tapi apakan daya. Kehidupan ini punya undang-undang dan undang-undang direka untuk kita patuhi.

************************************

Mia duduk di ruang tamu rumahnya. Televisyen di depan terpasang, namun fokusnya bukanlah di skrin televisyen itu, namun masih dengan situasi sebentar tadi. Fikirannya melayang. Memikirkan sesuatu.

"Kenapa Aini menangis tadi?" Dia mengomel sendiri. Bantal kecil di sebelah di peluk. Tanganya memainkan bucu bantal tersebut. Panjang renungannya di skrin televisyen itu, namun hakikatnya fikirannya sudah memasuki ke alam lain.

Dia terserempak dengan Aini di dapur semasa mahu membancuh air kepada suaminya. Hidung Aini merah seperti baru sudah menangis. Bila ditanya, wanita itu memberi alasan selesema. Bila ajak berbual, ada saja alasannya. Jadi Mia hanya melepaskan Aini dengan pandangan matanya.

"Mak Ton cakap pasal apa tadi? Agak-agak perlu ke aku tanya direct je dekat dia?" Mia menarik nafas panjang. Ya! Kekusutan ini harus di leraikan. Mia melihat Mak Ton sedang menyiram pokok bunganya. Dia bangun dari sofa, ingin menuju ke arah wanita tua itu.

Belum sempat Mia berjalan menuju ke arah Mak Ton, tangannya telah di sambar seseorang. Dia kenal bau ini. Haiqal! Mulutnya terukir senyuman.

"Sayang nak pergi mana. Jom lah teman abang dekat atas. Orang dah tak ada ni" Suara suaminya bergitu menggoda di belakangnya. Mia tergelak dengan suara manja suaminya itu. Haiqal memeluknya dari belakang.

"Siapa cakap tak ada. Tu yang tengah siram pokok tu" Mia memuncungkan bibirnya ke arah Mak Ton yang sedang menyiram pokok bunganya sambil menyanyi perlahan, namun masih jelas di dengari oleh telinga Mia. Haiqal tergelak kecil.

"Alaa biar jelah. Mak Ton je pun. Bukan orang lainpun. Jom lah sayang" Bibir Haiqal sudah mendarat di leher isterinya. Suaminya mengundur kebelakang dan duduk di atas sofa berdekatan. Mia terjerit kecil apabila Haiqal menariknya untuk duduk di atas ribanya. Haiqal berbisik sesuatu di telinganya.

"If you live to be a hundred, I want to live to be a hundred minus one day, so I never have to live without you" Mata Mia bergenang dengan air mata. Sebak! Mia memeluk erat leher Haiqal lantas mencium lama mulut suaminya itu, tanda ucapan terima kasih.

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now