Ketukan di pintu bilik itu menghentikan lamunan Mia. Dia beristigfar beberapa kali. Entah berapa lama dia mengelamun memikirkan masa depannya. Dia menoleh ke arah jam di dinding, sudah jam sembilan malam. Dia mengesot perlahan sambil memegang dinding. Sakit yang mencengkam kakinya dibiarkan. Dia tidak hiraukan lagi dengan kesakitan fizikal yang dihadapinya kerana kesakitan mentalnya mengatasi segalanya. Baginya ini adalah jalan terakhir untuk dia keluar dari bilik neraka ini. Mia menoleh ke arah Haiqal. Masih terbaring di atas lantai dengan hanya berbaju dan tidak berseluar.
Pintu dibuka dengan kepayahan dan satu wajah tua yang tidak dikenali sedang berdiri di hadapannya. Dalam senyuman ada sedikit keraguan di muka tua itu. Namun tetap manis di mata Mia. Tingginya dan kelembutannya persis seperti ibunya. Mia tersenyum sambil mengawal riak. Namun lama kelamaan air matanya jatuh berderai. Dia tahu wanita di depannya dapat membantunya. 'Alhamdulillah'
"Puan tolong saya puan. Saya takut." Mia berkata perlahan. Air matanya masih deras. Mia memeluk kaki Datin Aina, tanda takut yang tidak dapat dibendung lagi.
Datin Aina menggelabah melihat wanita muda di depannya menangis teresak-esak. Dia mencangkung dan terus memeluk wanita muda itu. Dia pelik. Setahunya ini adalah bilik anak terunanya, namun wanita muda di depannya itu menjadi tanda tanya dan persoalan dalam fikirannya. Datin Aina baru balik dari masjid berdekatan. Alang-alang dia diperkarangan hotel itu, dia mahu menghabiskan masa dengan anak bujangnya kerana pagi tadi dia terpaksa bergegas untuk perbincangan dengan rakan-rakannya tentang butiknya. Jadi malam ini dia sudah menempah satu meja makan di hotel tersebut untuk dia menikmati makan malam bersama anaknya. Suaminya sudah sedia maklum dengan kepergiannya ke hotel tersebut sebelum dia ke masjid tadi.
Datin Aina masih memeluk Mia sambil menepuk-nepuk belakang Mia untuk menenangkan wanita muda itu. Datin Aina terkejut melihat kaki wanita yang membengkak dan membiru. Wanita muda di depannya hanya berselimut dengan selimut putih yang tersemat di badannya. Mukanya pucat. Lama mereka saling berpelukan. Semakin lama semakin menjadi-jadi tangisan Mia, semakin kuat pelukan Mia kepada Datin Aina, persis orang ketakutan. Datin Aina masih tertanya-tanya dengan semua yang terjadi. Seribu satu persoalan masih bermain-main di fikirannya.
Tiba-tiba kedengaran tapak kaki menghampiri mereka. Mia mengemaskan pelukan. Dia takut untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Datin Aina menunggu dengan sabar. Sehinggalah satu tubuh yang amat dia kenali berdiri di depannya. 'Astagfirullah' Datin Aina memejam mata, tanda kecewa dengan anaknya.
"Ma..ma" Haiqal terkejut. Masih berdiri di satu tempat. Mukanya pucat. Dia panik. Peluh jantannya menitis didahi. Keadaan disekitar dirasakan berputar. Panas. Dia kelam kabut. Dengan hanya bertuala, dia menghampiri Datin Aina. Mata Datin Aina sudah berkaca.
"Apa kamu buat Haiqal?" Datin Aina memulakan bicara. Lembut sahaja suaranya bertanya. Mia masih dalam pelukannya, teresak-esak menangis. Datin Aina duduk bersimpuh di depan pintu bilik anaknya. Dia perasan muka anaknya yang tidak terurus. Mata anaknya merah.
"Mama, ini bukan yang mama bayangkan" Haiqal memulakan bicara setelah lama dia mendiamkan diri. Matanya tepat memandang wajah tua ibunya. Nampak raut wajah kecewa. Haiqal mengawal riak wajahnya, takut jika dihidu perbuatannya.
"Haiqal, apa kamu dah buat ni Haiqal?" Datin Aina masih mengulangi pertanyaan yang sama. Namun ditekankan sedikit suaranya. Tegas. Mahu kepastian anaknya. Haiqal masih mendiamkan diri. Menunduk ke bawah tanda dia memang bersalah. Datin Aina mengeluh. Sepanjang hidupnya itulah kali pertama anaknya itu membuat hatinya kecewa, meruntum jatuh. Sepanjang hidup bersama anak tirinya, tidak pernah sekali anak yang dijaga dan dijunjung seperti darah dagingnya sendiri itu melakukan hal-hal yang mengecewakan hatinya. Namun hari ini hidupnya bagai dihentak batu yang besar. Namun kepastian masih tidak diceritakan oleh anak terunanya itu. Datin Aina masih berfikiran rasional. Dia mengucap panjang.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...