"You tahu kan, I tak boleh hidup kalau lelaki tu bukan you. I terseksa tau duduk dengan lelaki tu" Suara Uqasha kedengaran sedikit manja mengadu kepada Haiqal. Wanita didepannya itu melepaskan pelukan dari badannya. Anak mata wanita itu di cari. Dia tersenyum manis. Sesaat kemudian, mulut mereka bertembung. Dia melihat Uqasha tidak senang duduk. Tangannya diraih, namun dia hanya memandangnya kosong wanita di sebelahnya. Tidak sanggup untuk merosakkan wanita kesayangannya itu.
Pertemuan Haiqal dengan Uqasha di pantai Terengganu dua bulan lepas membuatkan hubungan mereka semakin hari semakin rapat. Dia menjejakkan kaki ke sana kerana di hantar oleh ayahnya bagi tujuan hal pekerjaan, namun sebaliknya pula dengan Uqasha. Kata Uqasha, dia ke situ kerana terlampau tertekan dengan kehidupan selepas perkhawinannya, menjadi isteri hanya di atas kertas semata-mata. Suaminya sering mengabaikannya dan tidak sendikitpun memberi apa-apa nafkah kepadanya,zahir mahupun batinnya. Jadi, Uqasha mengambil keputusan untuk berehat seketika dari tekanan perasaannya apabila berada di Kuala Lumpur.
Bagi Haqial, Uqasha seperti memberi sinar baru dalam hidupnya. Haiqal yakin Uqasha adalah jodoh terbaik untuknya, jadi Tuhan menemukan cintanya itu kembali. Rindu sungguh dia dengan belaian wanita di sebelahnya itu. Ya! Dia rindukan kemanjaan apatah telatah comel wanita cantik di hadapannya itu. Patutlah beberapa minggu ini, mimpi malamnya sering di datangi wanita seksi ini. Rupanya jodoh mereka sememangnya kuat dan tidak dapat dipisahkan. Uqasha mencium pipinya. Dia tergelak kuat dengan perbuatan spontan kekasih hatinya itu. Comel!
"I know you better sayang. Kita dah kenal almost five years right and I pretty sure you akan datang juga dekat I" Uqasha tergelak manja mendengar ayat yang di ucapkan Haiqal. Badan Haiqal dipukul manja. Tangan lelaki itu di raih dah dipegang erat dalam genggaman, seperti tidak mahu lagi melepaskannya. Jauh dalam sudut hati, jiwanya melonjak gembira. Terlalu mudah makan dengan kata-kata manis lelaki didepannya ini. Bodoh! Dia ketawa kuat dalam hatinya. Perangkapnya mengena.
"You know what, I still tak boleh nak buat apa cause my mom akan marah I kalau I datang semula dekat you. She will cut all my pocket money. Lelaki tak guna tu pun bukan nak tolong I" Haiqal melihat Uqasha memandang ke lantai. Muka wanita itu berkerut, seolah-olah menahan sedih. Dia memeluk tubuh kekasihnya itu, memberikan sedikit kekuatan. Uqasha tersenyum dalam pelukan lelaki itu, namun cepat-cepat dia mematikan senyumannya.
"You know kan, I can't live without my mum's money." Uqasha mendiamkan diri sebelum menyambung percakapannya.
" Ke you yang nak jadi sponser I?" Muka Uqasha sedikit bercahaya dengan cadangannya sendiri. Haiqal tidak berfikir panjang dan hanya menggangguk dengan cadangan wanita seksi di depannya. Dia tak akan sesekali melepaskan wanita itu lagi. 'Lautan api pun sanggup aku renang wahai sayangku' Haiqal melonjak gembira dalam hati.
"And all of this because of your dadlah, sayang. Papa you datang jumpa mama I. Your dad asked my mum to tell me to stay away from you. It is because you are someone else husband! What a lame!" Haiqal melihat Uqasha mendengus kuat. Wanita kesayangannya itu mengetap giginya. Haiqal tersenyum melihat kerenah comel di depan matanya. Pipi Uqasha di tarik. Uqasha hanya memandang kosong lelaki disebelahnya mengharapkan lelaki itu berkata sesuatu, namun hampa.
"So now how can I adapt with this situation honey?! I'm scared!" Uqasha bertanya perlahan. Jarinya bersulam dengan jari Haiqal. Sengaja mahu mengambil hati sang lelaki itu.
Kring...kring
Bunyi panggilan telefon yang nyaring menghentikan lamunan jauhnya. Haiqal menghela nafas kuat apabila melihat nama mamanya tertera di skrin telefonnya. Lama dia memandang skrin telefon itu. Akhirnya panggilan itu dimatikan begitu sahaja. Tidak mahu diganggu. Otaknya sudah senak dengan pelbagai masalah yang dihadapi.
************************************
Aini duduk di sebelah abangnya. Tangan abangnya dipegang. Hatinya remuk melihat kaki dan tangan abangnya yang berbalut. Aini menangis teresak-esak. Takut jika lelaki kesayangannya itu meninggalkannya. Hanya itulah satu-satunya keluarga yang masih bersamanya, jatuh dan bangunnya.
Shamsul masih tidak menyedarkan diri. Mungkin penangan ubat tidur yang di berikan pegawai perubatan di situ membuatkan lelaki itu masih nyenyak tidur. Azman berborak serba sedikit mengenai keadaan Shamsul dengan doktor yang juga kawan sekolahnya dahulu. Dia sedikit lega mendengar penjelasan kawannya itu. Katanya, kepala Shamsul berkemungkinan terhantuk kuat dengan objek keras semasa kemalangan itu. Namun begitu, tiada kesan besar dari hantukan itu. Ekor mata Azman sedari dari tadi asyik memerhatikan Aini dari jauh. Bimbang dengan tunangnya itu. Sedari dari tadi tunangnya itu berlinang dengan air mata. Perutnya juga masih tidak di isi dengan apa apa makanan.
Wajah Kinah sugul kerana terlampau banyak menangis. Bimbang dengan keadaan suami yang berada didepannya. Dia memeluk si kecil mengambil sedikit semangat dari anaknya. Hatinya bagai dipanah petir ketika mendapat tahu suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa hujan lebat sebentar tadi. Dia beristigfar panjang. Melihat keadaan suaminya yang masih tenang memejam mata membuatkan Kinah menarik nafas lega. 'Bangun bang. Kinah rindu abang!'
"Sayang" Azman memegang bahu tunangnya perlahan. Aini masih tidak berkelip memandang abangnya di sebelah. Tidak puas memandang wajah abangnya. Tenang. Azman di sebelah dibiarkan, tidak dilayan. Masih tidak berganjak dari tempat tadi. Dia tidak mahu meninggalkan abangnya walaupun sesaat.
"Saya nak solat sekejap. Jom kita solat dulu. Dah lama masuk waktu ni. Bagi Kak Kinah jaga Abang Sham pula" Azman masih mengendurkan suaranya, memujuk. Aini hanya mengangguk lemah. Sempat dia meminta izin kakak iparnya sebelum berat hati mengangkat kaki ke surau berdekatan bersama Azman. Sungguh dia tidak dapat menerima berita ini namun sebagai seorang yang masih beragama dan masih mempunyai fikiran yang waras, dia terima dengan hati yang berat. 'Rehatlah abang'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...