BAB 13

15K 241 5
                                    

Datin Aina terpaksa meminta diri kerana hari sudah lewat malam. Dia sempat berpesan menyuruh Azman menjaga Aini dan rakannya, dan menyuruh menyampaikan salam kepada Mia jika wanita itu sudah sedar. Datin Aina juga memberi cuti kepada Aina supaya menjaga sahabatnya itu. Sesungguhnya dia sangat kecewa dengan anaknya kerana melakukan perbuatan terkutuk ini.

Aini mengerling jam didinding, jam 130 pagi. Aini masih berdiam diri. Setelah setengah jam berhempas-pulas menangisi nasib sahabatnya dan menyalahkan diri sendiri, dia kembali tenang. Mukanya yang bengkak dibiarkan. Azman disebelah ibarat patung, langsung tidak dihiraukan. Azman menghulurkan air kopi yang dibelinya kepada Aini. Malas untuk melayan, Aini hanya menyambut tanpa mengucapkan terima kasih. Mungkin marah dengan doktor muda itu. Dia hanya memandang sekilas wajah orang di depannya.

"Kenapa sanggup kawan kau buat macam tu dekat Mia?" Soalan pertama yang diajukan mengejutkan Azman. Azman menarik nafas.

"Kenapa kau tak tolong kawan aku? Besar sangat ke dosa dia dekat orang-orang kaya macam kau orang semua ni?" Aini menyeka air matanya dari turun ke pipi. Nafasnya turun naik. 

Azman memandang ke bawah. Tanda kesal dengan perbuatannya yang terlalu beremosi semasa dalam bilik tersebut, sampai menyebabkan kes besar seperti ini terjadi. Kejadian di dalam bilik menerjah satu persatu dalam kotak mindanya. Dia mengeluh kuat. 'Ya Allah, berdosanya aku'

"Saya tak tahu apa punca sampai Haiqal boleh hilang pedoman macam tu" Setelah sekian lama berdiam diri, Azman bersuara perlahan. 

"Macam saya cakap tadi, lepas je saya siap checkup kawan awak, saya ada salah faham sikit dengan dia dan saya terus keluar dari bilik dia. Saya tak sanggup lagi dengar macam-macam yang keluar dari mulut dia. I'm totally forgot about kawan awak. I am so sorry. Lepas je pada tu saya dah tak tahu apa-apa cerita. Sampailah Datin Aina telefon saya suruh saya datang sini. Lepas Datin Aina cerita wanita tu dari bilik Haiqal, baru saya dapat tangkap. Wanita tu wanita yang saya rawat tadi."

"Kenapa kau tak selamatkan Mia? Kenapa kau tak keluarkan Mia dari bilik tu kalau kau tau dia bukan isteri binatang tu? Kenapa kau biarkan Mia sorang sorang dengan binatang tu? Kenapa..." Aini mengajukan soalan sambil memukul Azman. Terlalu kesal dengan perbuatan lelaki itu. Air matanya kembali membasahi pipinya. Azman hanya bertahan dengan pukulan itu sampailah satu tahap dia tidak sanggup melihat Aini berkeadaan begitu. Dia membawa Aini ke dalam pelukannya. Aini hanya berdiam diri. Menangis teresak esak di dada lelaki itu. Damai. Itulah yang dirasakan. Namun hanya seketika setelah dia sedar dia dalam pelukan lelaki itu, Aini meminta diri. Malu. Azman menghantar Aini dengan kerlingan matanya, membiarkan Aini mencari ruangnya untuk bersendiri.  

Setelah setengah jam masa berlalu, Aini masih tidak muncul muncul. Azman seperti cacing kepanasan. Adakah Aini marah terhadap dirinya? Azman mengutuk dirinya sendiri kerana tidak sedar dengan perilakunya sendiri. Dia merayau-rayau di seluruh hospital, namun masih tidak menjumpai bayang Aini. Dia berjalan lemah menuju kembali ke tempat menunggu. Kemungkinan Aini sudah berada disitu namun hampa. 

Dalam perjalanan dia ternampak Aini sedang berjalan. Dia mengekori Aini dari jauh. Sesampainya di surau, Aini membelok. Azman menghembus nafas panjang. Dia mengerling ke arah jam tangannya, 0630 pagi. Waktu subuh sudah lama masuk, namun disebabkan kerisauan dia terlupa akan kewajipannya kepada Yang Satu. Lalu dia juga mengatur langkah ke surau untuk menunaikan kewajipannya. Dalam tak sedar ada satu perasaan aneh sudah mula bertapak dihati Azman. Azman tertanya-tanya kepada dirinya sendiri.

************************************

Usai menunaikan solat, Aini kembali ke ruang menunggu. Dia ke kaunter pertanyaan dan bertanya tentang keadaan sahabatnya namun jawapan ringkas jururawat yang bertugas  sangat menghampakannya. Aini masih tidak kuat untuk menerima semua yang berlaku ini. Mengapa orang seperti Mia dijadikan mangsa kekejaman Haiqal? Mengapa Mia dijadikan seteruk itu sekali? Apa yang telah menyebabkan Haiqal menjadi kejam sebegitu rupa? Aini hanya menggeleng. Dia pasti suatu hari nanti keadilan pasti dapat ditegakkan.  

'Kau buat apa kat dalam tu lama sangat Mia. Aku takut apa-apa jadi kat kau. Bagilah aku bercakap dengan kau. Aku rindu kau sangat-sangat. Tolonglah kuat' Segala kekuatannya di kumpul. Dia bangun dan berjalan kehulu kehilir tanda terlalu bimbang dengan sahabatnya. Tidak lama kemudian, Azman datang. Azman duduk di bangku bersebelahan beg tangan Aini. Matanya hanya tertacap di setiap gerak-geri Aini. Wajah risau Aini menambahkan risau dihatinya. 

"Saya mintak maaf. "Azman memulakan bicara. Senyap. Aini masih berjalan kehulu dah kehilir.

"Aini, saya tau saya salah. Can you just say one word, So that I know you already forgive me." Sekali lagi Azman mencuba nasib. Masih senyap. Azman hilang arah. Aini masih marahkannya.

"Aini..." Azman menarik nafas.  

"Can you just keep quiet? Aku tak nak dengar apa apa. Or you can just go home and take a rest. Tak payah menyusahkan diri nak menyibuk kat sini." Aina membalas tenang, namun kedengaran sedikit terkilan. Aini mengeluh.

"No! I will wait. Don't worry about me. Mia will be fine. InshaAllah." Azman berkata laju.

'Pulak dah. Aku bukan risaukan kau. Aku serabut dengan kau tu ada dekat sini.' Kata-kata itu hanya terluah dihatinya.

"So, can you just keep quiet? Don't speak too much. Simple! Kalau nak bercakap pergi cari mana- mana universiti beri ceramah dekat sana" Azman hanya mengangguk. Akur dengan bidasan wanita itu. Dia menunduk kebawah. 

Tidak lama kemudian pintu bilik yang menempatkan Mia terbuka luas. Aini bergegas ke arah doktor tersebut dengan seribu harapan di dada. Azman di tempat duduknya juga berdiri sambil memegang bag tangan Aini. 

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now