BAB 33

15K 264 11
                                    

Dato' Shariff melihat Haiqal dari ekor matanya. Wajah gembira dan berseri Haiqal menjadi tanda tanya dalam kepalanya. Kerusi-kerusi dalam bilik mensyuarat sudah dipenuhi pekerja. Haiqal memulakan perbentangan kertas kerjanya. Tampak begitu yakin dan bersemangat dengan perbentangannya. Dato' Shariff sangat berbangga dengan pencapaian anak tunggalnya itu. Penuh berdedikasi dalam pekerjaan, banyak mendengar buah fikiran orang lain dan tidak banyak bantahan jika diberi sesuatu projek. Banyak peningkatan yang telah dibawa Haiqal dalam syarikatnya. Dato' Shariff yakin anaknya itu boleh membawa syarikatnya itu terbang jauh lebih tinggi lagi.

"Pa, can I speak with you for awhile?" Dato' Shariff tidak pula mengangguk atau menggeleng, hanya mendiamkan diri. Wajah Haiqal juga tidak dipandang. Haiqal masih sepi ditepi papanya. Menunggu jawapan. Lama namun masih juga tiada respon jadi Haiqal mengambil keputusan untuk duduk di tepi papanya.

"I think you should know something" Haiqal meletakkan file di atas meja sambil membaiki baju kerjanya. Sesekali kodnya dibetulkan. Mungkin bangga dengan pencapaian dirinya.

"I already found Mia Qalisha. Haiqal nak papa balik lunch ni. I will bring her along, and I already told mama about this" Ekor mata Haiqal sesekali memandang papanya. Masih tidak berkutik. Namun muka papanya nampak sedikit terkejut. Haiqal tersenyum sinis. 

"So please remember our deal! You cannot stop me to meet mama anymore! And please leave this stupid case behind. Jangan libatkan polis!" Haiqal berkata sedikit keras. Dia tersenyum puas. Puas bila dapat mendiamkan papanya.

Belum sempat Haiqal meneruskan percakapannya, Dato' Shariff sudah meninggalkannya keseorangan. 'Orang tua ni menyusahkan hidup aku betul. Kalau tak disebabkan mama, sampai bila-bila aku tak kisah dengan deal bodoh kau tu' Haiqal menghentak meja kuat sebelum beredar dari bilik mesyuarat itu.

************************************

Mia terkejut apabila mendengar pintu biliknya di ketuk. Matanya dibuka dengan begitu payah. Badannya terasa masih sakit, namun tidak sesakit yang dirasa pagi tadi. Sempat dia mengerling jam di dinding yang menunjukkan angka sepuluh pagi. Dia mengeluh perlahan. Memarahi dirinya kerana terlampau melayan perasaan di atas katil. Akibat terlampau sakit di seluruh tubuh dan kepalanya, dia mengambil keputusan untuk melelapkan matanya sebentar, namun tidak sangka pula boleh terlanjak. Kepalanya sedikit ringan dan tidak berat seperti tadi. Mungkin penangan penadol yang ditelan dan tidur yang mencukupi. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Dia berjalan perlahan. Sempat dia mencapai pasu di tepi balkoni. Takut jika di apa-apakan oleh orang yang berada di luar biliknya itu. Melihat keadaan bilik yang berantakan, Mia menarik nafas panjang. Dengan penuh berhati-hati, dia mula membuka perlahan pintu bilik sedikit.

"Cik Mia. Saya Usop. Ni Tuan Haiqal suruh saya bagi makanan ni dekat Cik Mia" Terjengul muka lelaki tua sebaya bapanya di luar. Mia menangis. Dia mula meminta tolong lelaki tua tersebut. Mia melutut dan meminta untuk lelaki tua itu membawanya pergi jauh dari rumah itu.

"Maaf cik, saya tak boleh buat macam tu, tuan Haiqal marah saya nanti" Pak Usop bersuara lembut. Namun jauh dalam sudut hatinya, perasaan kesian sudah memenuhi ruang hatinya. Kesian sungguh dengan keadaan wanita di depannya itu. Sepanjang dia berkerja selama 27 tahun di rumah tersebut, tidak pernah sekalipun melihat Haiqal membawa mana-mana wanita ke rumahnya itu. Inilah kali pertama melihat wanita dalam rumah itu. Melihat muka wanita itu yang kusut masai, pasti ada sesuatu buruk yang terjadi, namun dia sudah di beri amanah oleh Haiqal untuk menjaga wanita itu. Tidak membenarkan wanita itu keluar dari bilik, apatah keluar dari rumah banglo itu. Pak Usop berulang kali mengucapkan kata maaf. Muka Mia tidak dipandang kerana perasaan bersalah yang semakin menebal dalam hatinya.

"Pakcik, tolong saya pakcik" Mia menarik nafas panjang. Hatinya lega memandang wajah tua itu. Mungkin Allah hadirkan lelaki tua ini untuk menolongnya lari dari segala permasalahan ini. Dia yakin dengan bantuan lelaki ini, dia dapat keluar jauh dari penjara ini, dan dia sudah berjanji pada dirinya apabila dia keluar dari sini, dia akan melaporkan kes ini ke muka pengadilan, tidak mahu lagi jadi mangsa kekejaman lelaki itu lagi.

"Pak cik tolonglah kesiankan saya pakcik, saya takut" Mia masih melutut memegang kaki Pak Usop, berharap agar ada sedikit belas ihsan dalam hati lelaki tua itu, namun hanya kedengaran ucapan maaf dari mulut tua itu. Impiannya untuk keluar dari rumah itu semakin kabur. Empangan mata Mia semakin lebat mengeluarkan air mata. Seperti tidak mahu surut. Mia mula berdiri, bertindak mahu melepaskan dirinya, namun belum sempat dia menuruni anak tangga, muka Haiqal sudah tercegat di tepi tangga sambil wajahnya sudah tersenyum sinis. Menyindir dirinya!

"Nice try woman!" Haiqal menunjukkan bahasa isyarat kepada Pak usop supaya meninggalkan mereka berdua. Lelaki tua itu hanya mengangguk dan berjalan pantas menuruni anak tangga tanpa melihat Mia lagi.

Mia terjelepok jatuh ke lantai. Dia memejamkan matanya. Hancur hatinya kerana melihat sesusuk tubuh lelaki yang dibencinya sudah berada di depan mata, mula mendekati tubuhnya. Hatinya beristigfar panjang. 'Ya Allah apa pula kali ini'

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now