"Hello, I'm talking to you. Are you deaf?" Mia mengeluh. Bagaimana lagi harus dia terangkan kepada lelaki di depannya itu tentang perkara sebenarnya yang berlaku. Matanya ditutup tanda mengalah. Dia menggengam erat kedua tangannya, tanda geram ditengking begitu. Mia masih tak berganjak. Ego Haiqal sedikit tercalar. Seumur hidupnya tidak pernah berjumpa dengan wanita degil seperti yang berada di depannya sekarang. Dia menghampiri Mia dan mencabut tudung yang dipakai Mia. Mia terkejut dengan perlakuan lelaki di hadapannya. Mia bergelut mahu bangun dari katil tersebut untuk merampas tudungnya kembali. Kakinya sakit berdenyut kembali. Haiqal mengacah-acah tudung kepada Mia sambil bergelak sakan. Entah apa yang melucukan hatinya.
"Buat apa kau nak pakai tudung ni? Kau nak tutup apa lagi dari aku?" Haiqal memandang tepat pada muka Mia. Mia masih bergelut untuk mengambil tudung dari lelaki tersebut. Air matanya mula berderai. Jijik diperlakukan begitu rupa.
"Kenapa kau sanggup jadi semurah ni? Kau memang cari duit dengan cara jual tubuh macam ni ke? Kau nak duit? Aku akan bagi duit kat kau tapi...."
Pang!
Satu tamparan kuat tepat mengenai muka Haiqal. Haiqal terpana. Haiqal memegang mukanya. Sakit, namun tidak sesakit hatinya. Haiqal berdengus. Bagi Mia, lelaki di depannya itu sangat melampaui batas kesabarannya. Dia merasakan dirinya tersangat jijik diperkatakan begitu, apatah lagi diperlakukan tidak ubah seperti kucing kurap pada malam semalam. Belum sempat dia membela dirinya Haiqal sudah menarik rambutnya kebelakang sambil mulutnya rakus mencari bibir Mia. Mia menepis ciuman lelaki tersebut. Sedaya upaya Mia menggagahkan dirinya untuk melawan lelaki yang berada di depannya. Namun apakan daya, tubuhnya yang kecil tambahan pula kekuatannya yang tidak seberapa hanya mampu menolak tangan besar lelaki tersebut. Mia menjerit kuat meminta tolong. Bunyi seperti dalam ketakutan. Mulut Mia sudah di tekup dengan tangan besar lelaki itu. Erangan kesakitan memecah keheningan bilik tersebut. Sakit satu badan yang dirasakan kini.
"Kau dah tahu kau tengah sakit, ikut ajelah cakap aku. Tak payah nak melawan. Kan lagi sakit" Perasaan bersalah yang dirasai semalam sudah tidak endahkan oleh Haiqal lagi, bahkan perasaan geram telah menguasai dirinya. Apapun yang terjadi dia berjanji kepada dirinya untuk memusnahkan diri wanita di depannya.
Mia semakin tidak berdaya apabila lelaki itu mula bertindak kasar. Haiqal menindih Mia dengan kasar. Kesekian kalinya dia diperkosa lagi dengan tidak berkeperimanusiaan oleh insan bernama lelaki. Insan yang sepatutnya menghormati dan menjadi pelindung kepada wanita, namun menjadi pemusnah yang zalim. Mulutnya ditekup dan badannya dibalikkan. Tangannya menggapai-gapai tanda minta dilepaskan. Mia hanya menutup matanya. Air matanya deras jatuh. Mia hanya mampu berdoa supaya segala kesakitan ini diakhiri secepat yang mungkin. Tdak sanggup lagi memperjudikan lagi dirinya. Hanya nama Allah sahaja yang disebutnya kini.
Usai melunaskan nafsu serakahnya, Haiqal bangun lalu membuka dompet yang berada di atas meja bersebelahan katilnya. Tidak terusik. Pernah jugak terdetik dalam hatinya, mengapa perempuan itu tidak menyentuh dompetnya jika benar dia mahukan duitnya? Dia hanya menggeleng tanda malas berfikir dan melemparkan beberapa duit berjumlah RM50 kearah Mia. Mia memejamkan matanya. 'Ya Allah. Hinakah diri ini ya Allah? Sampai diperlakukan sedemikian rupa.' Air matanya tidak henti henti mengalir. Ya! Tubuhnya sakit. Suaranya hilang lagi kerana menjerit terlalu banyak sebentar tadi. Dan Mia tidak mahu melihat lagi lelaki durjana di depannya itu. Mia mengambil selimut di sebelahnya dan menyelimuti dirinya kerana malu diperhatikan oleh Haiqal. Dia hanya memandang ke lantai dengan air mata berjujuran jatuh menandakan hatinya perit dan sakit. Kepalanya pening.
"Kau cantik. Tapi sayang ... kau ni terlampau murah! Tak ada harga diri! Maruah kau, kau sendiri yang pijak hancur lumat" Haiqal mendiamkan diri seketika dan menyambung kembali.
"Kau tak nak cakap siapa upah kau kan? Never mind. Keep it yorself. Aku bukan bodoh nak cari siapa dalang semua ni. Lagipun.." Haiqal memegang dagu wanita itu dan tersenyum meleret.
"You're the best on bed. Tak hairanlah kan, kalau dah memang kerja macam tu. Thank you again. Tapi ingat aku akan selidik this things sampai aku dapat!" Sesudah habis berbisik di telinga Mia, Haiqal ketawa kuat. Puas hatinya. Haiqal menuju ke bilik air untuk membersihkan kesekian kali dirinya, meninggalkan Mia yang terkulat-kulat di atas katil.
**************************************
Haiqal kembali berpakaian kemas. Mulutnya tidak lekang dengan senyuman. Manis senyumannya namun tidak sedikitpun merubah perasaan benci Mia kepada lelaki tersebut. Haiqal berjalan menuju ke arah Mia. Makin lama makin mendekat. Mia semakin berdebar. Dia mengesot dirinya ke sisi katil. Takut jika diperlakukan seperti tadi.
"Aku dah jijik dengan kau. Kau tak perlu takut dengan aku. Kau nak duduk sini sampai bila-bila pun silakan. Aku dah tak ada hati nak duduk sini. This room is yours. Enjoy!" Tangan Haiqal sedang membutang baju t-shirt hitam yang dipakainya.
"And remember, this is your time Mia Qalisha. I will ruin your life, and kau tak akan hidup bahagia selagi aku hidup" Haiqal meninggalkan bilik dengan perasaan yang puas. Ya! Dia puas dapat meninggalkan titik hitam dalam hidup wanita tersebut. Akal fikirannya menentang habis dengan perbuatan yang dilakukan. Otaknya menidakkan bahawa wanita dalam biliknya itu dihantar oleh seseorang sebaliknya dianayai, namun hatinya berkeras dan berkata wanita itulah yang menyebabkan pelamin angannya musnah. Rasakan! Haiqal di dorong dengan hawa nafsunya bukan lagi dengan akal warasnya menyebabkan anak yatim piatu yang tidak bersalah itu menjadi mangsa keadaan.
Mia melihat lelaki itu berlalu pergi dengan pandangan sayu. Air matanya masih berjujuran jatuh. Dia melihat keadaan bilik yang sunyi sepi dan berselerak. Semakin lama semakin kuat kedengaran raungan tidak bersuara di dalam bilik tersebut. Mia menangis mendayu-dayu. Hilang punca, hilang akal untuk keluar dari bilik tersebut. Dia memegang kakinya. Berdenyut dan semakin sakit. Tekaknya haus. Kerongkongnya berasa perit apabila dia menelan air liur. Dia tercari-cari keberadaan air di bilik tersebut namun hampa. Matanya melilau. Beg pakaiannya berselerakan. Dia menutupkan matanya apabila melihat gambar kedua ibu bapanya dicelah-celah timbunan bajunya. 'Ya Allah, rindunya aku kepada kedua ibu bapaku'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...