Hotel International Worldwide merupakan salah satu hotel yang terkenal di semenanjung Malaysia dan boleh dikatakan sangat terkenal dengan orang-orang ternama yang datang untuk menginap disitu. Hotel yang menyediakan servis yang terbaik bertaraf lima bintang itu mempunyai kawasan padang golfnya yang tersendiri dan itu merupakan salah satu tarikan utama orang ternama datang untuk menginap di hotel tersebut selain pelbagai keistimewaannya yang lain. Pemilik hotel tersebut merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai kenalan baik dengan ramai orang-orang atasan. Ramai orang-orang yang berpangkat datang melaburkan duit hanya untuk kepuasan hati mereka apabila berada di situ.
Dan..
Syafiq Haiqal Bin Dato' Sharif adalah pemilik tunggal hotel tersebut. Harta kekayaan yang dimiliki olehnya boleh dikatakan tidak habis dimakan oleh tujuh keturunannya. Namun dengan kekayaan yang dia miliki, dia menjadi semakin bongkak dan mendabik dada malah tidak sekalipun dia berpijak ke alam nyata. Semuanya disuap dan di hidang di depan mata, malah diletakkan dibawah kakinya. Bak katanya, duit boleh beli semua yang ada di dunia, tidak terkecuali untuk membeli maruah seseorang.
Haiqal telah diajar menjadi tegas sejak dia kecil lagi. Hasil didikan itu membuatkan dia tidak gentar apabila berdepan dengan apa sekalipun masalah dari usianya lima tahun. Memandangkan ayahnya seorang mantan askar, hidupnya sangat berdisiplin dan diajar untuk tidak berputus asa selagi tidak mendapatkan apa yang diingini dan diimpikan. Oleh sebab itulah, dia semakin matang dalam berfikiran. Namun, dari didikan itu jugalah membuatkan dia lupa tentang siapa dirinya yang sebenar.
Hidupnya penuh dengan kealpaan, kekayaan dan keseronokan dunia. Dia tidak pernah takut dengan Penciptanya, malah tidak pernah sekalipun dia menghadap dan bersujud kepadaNya. Baginya, apa yang dimiliki kini adalah atas usahanya sendiri. Tidak sesiapa pun yang menolongnya,bahkan dari tuhan. Begitu sombong, mendabik dada malah meninggi diri dengan apa yang dimiliki sekarang.
Berbeza dengan sikap ayahnya. Ayahnya seorang yang sangat bersungguh dalam mencari keredhaan Allah. Sememangnya Dato' Sharif sangat menyesal dengan sikapnya dulu kala yang tersangat alpa dalam mencari harta dunia sampai mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan suami. Dia mengabaikan anaknya dengan berbeza-beza pengasuh. Anaknya menjadi pemberontak sedari dari kecil lagi.
Dia masih ingat, dimana dia bersungguh menghantar anaknya berlajar di luar negara. Arwah isterinya bertegas tidak mahu berpisah dengan anaknya. Segala nasihat yang di berikan oleh arwah isterinya hanya dipandang ringan. Sekarang terbukti nasihat itu terkena batang hidungnya sendiri. Anak kandungnya terang-terangan melakukakan dosa di depan matanya sendiri. Berkecai hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Penyesalan itu ditanggungnya sehingga kini. Sudah acap kali air matanya keluar disebabkan perangai tidak semenggah anaknya itu.
Selepas dua tahun kematian isterinya, dia bertemu dengan Datin Aina dibutik kegemaran arwah isterinya. Datin Aina merupakan sahabat baik isterinya suatu ketika dahulu. Dato' Shariff kesana untuk mengambil baju yang telah siap dijahit. Sememang dia adalah pelanggan tetap di butik tersebut mengenangkan pemilik butik tersebut sudah tahu kehendaknya. Datin Aina jugalah yang banyak menolong isterinya menjaga Haiqal semasa isterinya sedang bertarung dengan cancer buah pinggang. Masanya banyak dihabiskan dengan Haiqal di butiknya. Sepertinya Datin Aina sudah menjadi ibu kedua Haiqal dari kecil lagi. Dia tertarik dengan sikap Datin Aina yang lemah lembut dan sangat penyayang. Tambahan pula Datin Aina pandai menjaga aurat dan mementingkan keagamaan dalam kehidupan sehariannya. Dia banyak mengajar Haiqal solat dan mengaji, malahan acap kali dia mengajar Haiqal untuk menjadi imam dalam solat. Setelah beberapa bulan berkenalan dan mengenal hati budi masing-masing, dia merasakan Datin Aina sangat sesuai untuk menjadi teman hidupnya. Jodoh Allah tiada siapa dapat menghalangnya lagikan untuk menyangkal.
Dia berkahwin dengan Datin Aina dengan rasa cinta yang tidak berbelah bagi. Setelah beberapa kali mencuba, doktor mengesahkan Datin Aina tidak dapat memberikannya zuriat. Kesedihan itu dikongsi bersama. Tidak pernah sekalipun Dato' Sharif meninggalkan isterinya itu bersendirian. Tambahan pula, Haiqal sangat rapat dengan Datin Aina. Dia melayan ibu tirinya itu persis ibu sendiri membuatkan dirinya rasa disayangi. Dia akur dan redha dengan qada dan qadar Allah. Pelbagai dugaan Allah turunkan kepada Dato' Sharif namun tidak sekali dia berkesah dan berkeluh. Dia yakin pasti ada sinar disebalik semua yang terjadi. Perancangan Allah merupakan perancangan yang terhebat di alam semesta.
Syafiq Haiqal adalah satu satunya anak tunggalnya. Dia sering bertengkar dengan anaknya tentang perbuatan anaknya itu. Sudah berbuih mulutnya menegur dan menasihati anaknya, namun selalu dibangkitkan oleh Haiqal adalah masa lampau ayahnya. Sedih dan pilu. Itulah yang selalu dirasakan oleh lelaki tua itu. Dato' Sharif sedar dia harus hidup dengan penyesalannya itu sepanjang waktu. Doanya hanya satu, supaya Allah dapat membuka hati anaknya itu supaya berubah ke arah kebaikan.
Bagi Syafiq Haiqal, hidupnya sudah cukup dengan hanya bertemankan ramai wanita cantik dan pandai bergaya. Dia tidak mahu ada apa-apa komiten dengan mana-mana wanita dalam hidupnya. Cukuplah seorang wanita yang bergelar ibu dalam hidupnya. Dia tidak kisah wanita-wanita yang dibawanya mahu menghabiskan duitnya asalkan dia dapat menghabiskan masa dengan keseronokan dunia. Bercuti ke luar negara sentiasa diapit oleh wanita-wanita cantik adalah kegemarannya. Berpesta dengan kawan-kawannya juga begitu, di apit dengan wanita-wanita cantik yang sudah dibayar.
Sampailah suatu hari dia berjumpa dengan seorang wanita jelita di majlis makan malam. Wanita yang pada mulanya hanya ingin dibuat main namun telah menarik minatnya. Mereka menjalinkan hubungan dengan pengetahuan ramai orang. Hati Haiqal berkenan dengan perwatakan yang dibawa oleh wanita tersebut. Manja dan senang di dampingi apatah lagi sangat jaga penampilannya. Penampilan yang seksi juga membuatkan Haiqal bangga mempunyai teman wanita seperti wanita tersebut. Hidupnya berubah sejak berkenalan dengan wanita tersebut. Adilla Uqasha.
Haiqal mewahkan Uqasha dengan wang ringgit. Banyak sudah duit yang telah dilaburkan untuk Uqasha. Biasanya dia akan menghabiskan sejumlah wang yang banyak untuk keperluan make up dan segala baju yang berjenama. Dia sanggup membutakan mata untuk memuaskan hati pasangannya itu. Demi kasih sayangnya yang menggunung kepada gadis kesayangannya itu, dia tetap merelakan. Baginya duit boleh dicari. Cinta sejati seperti cinta Uqasha susah untuk ditemukan.
Setelah beberapa bulan bersama, Haiqal bertekad mahu menjadikan Uqasha peneman hidupnya. Pertengkaran dengan ayahnya makin menjadi-jadi apabila keputusannya ditentang kuat oleh ayahnya sendiri. Dato' Syarif berkata kepadanya bahawa ayahnya lebih mengenali watak Uqasha lebih dari dirinya. Namun semua kata-kata Dato' Syarif itu hanyalah suara kecil yang tidak menjejaskan keputusannya.
Kejadian malam itu memedihkan hatinya. Payah untuk dia menerima keputusan yang dibuat oleh Uqasha. Melepaskan Uqasha sama seperti membinasakan hatinya. Sakit dan perih. Separuh jiwanya terbang bersama wanita kesayangannya itu.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...