"Kau buat apa ni Qal?" Selepas memberi salam dan mematikan panggilan, soalan pertama Azman yang diajukan kepada Haiqal. Mukanya berkerut. Marah. Mahu sahaja dia menumbuk muka sahabatnya itu supaya sedar. Sedar dengan dosa yang dia sedang lakukan.
Sebenarnya,orang yang menelefonnya tadi adalah Dato' Sharif. Banyak yang diadukan kepadanya. Semuanya tentang perangai Haiqal. Memang dia akui Haiqal sangat liar dan susah untuk dinasihati. Dia terbawa-bawa perangainya yang dilakukan di negara orang ke dalam Malaysia.
Haiqal mula menjadi liar semasa mereka sama-sama menuntut ilmu di Royal Holloway University of London. Akibat salah pergaulan, Haiqal mula hidup seperti orang tiada pegangan agama. Hidupnya penuh dengan berparti dan keseronokan duniawi. Sudah acap kali Azman menegur Haiqal supaya berhenti melakukan perbuatan terkutuk itu, namun hanya dipandang remeh oleh sahabatnya itu. Acap kali juga Haiqal mengajaknya untuk bersama-sama pergi ke parti-parti sebegitu, namun Azman tidak pernah terfikir untuk ke lembah maksiat sebegitu. Dia masih mempunyai pegangan agama yang kuat. Nasihat ibunya dipegang teguh supaya agamanya terjaga rapi.
Apabila Haiqal mabuk, Azmanlah yang menjadi mangsa untuk menjaganya kerana mereka duduk serumah. Mahu tidak mahu, Azman harus bertanggungjawab, tambahan pula Azman sudah menganggap Haiqal persis adiknya sendiri. Pernah beberapa kali, dalam keadaan tidak sedar, Haiqal mengadu rindukan ibunya, tumpah air matanya akibat terlampau sedih dengan pemergian ibunya. Mungkin disebabkan itulah, Haiqal mula mencari keseronokan di luar untuk melupakan sebentar perasaan yang hadir itu. Tetapi keadaan yang berlaku tidak menghalalkan cara seseorang dalam melakukan dosa yang dilaknat Allah.
Haiqal masih kaku. Mulutnya tertutup rapat. Masih tiada penjelasan yang dapat dia berikan kepada sahabatnya itu. Dia memandang ke lantai. Dicengkam rambutnya. Rambutnya yang rapi kini kusut, sekusut fikirannya. Dia buntu untuk menceritakan segala hal yang telah terjadi. Tidak tahu mahu mulakan dari mana. Dia menarik nafas panjang. Sungguh dia tertekan dengan situasi sekarang yang dihadapinya.
Melihat tidak ada respon daripada Haiqal, Azman mula membuka langkah ke arah wanita itu. Dibuka beg yang dibawanya. Banyak peralatan perubatan dalam beg tersebut. Dia mula memeriksa tubuh kecil wanita itu. Disebabkan kulit wanita itu putih kemerahan, Azman dapat lihat dengan jelas banyak kesan-kesan gigitan di tengkuk, kesan cengkaman di leher dan beberapa kesan biru di kaki wanita tersebut. Kaki wanita itu sedikit bengkak. Suhu badan wanita itu juga panas. Azman menggeleng kepalanya. Matanya tertacap dengan tompokan darah disebelah wanita tersebut. Keadaan wanita itu terlampau teruk, seperti dibelasah seseorang. Tahulah dia, Haiqal berkemungkinan sudah melakukan jenayah yang teruk. Tapi kenapa? Persoalan itu dibiarkan tidak terjawab. Perasaan marah kini bertandang kembali dalam hatinya. Merogol adalah perbuatan keji yang tidak dapat dimaafkan. Jika kes ini dibawa ke muka pengadilan, Haiqal mungkin dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayahnya itu. Azman menarik nafas panjang. Bagaimana jika orang tua wanita tersebut membuat aduan polis, mengfailkan kes ini sebagai kes rogol ? Azman mendengus. Pelbagai kemungkinan mungkin bakal terjadi selepas ini.
Setelah menyuntik beberapa dos ubat ke dalam tubuh wanita tersebut, dia mula mengemas barangnya tanda tugasnya sudah selesai. Muka wanita itu dipandang. Cantik. Dengan alis matanya tebal. Tahi lalat di bawah bibirnya menambahkan seri di wajah. Namun wajahnya sembab. Dilihat bibir wanita itu merah, kesan dipukul oleh seseorang. Dia sekali lagi menggeleng. Azman memerhati keadaan bilik tersebut, berselerakan seperti ada sesuatu yang terjadi. Dalam beberapa minit kemudian, dia memeriksa kembali suhu badan wanita tersebut. Dia menarik nafas lega.
Setelah siap mengemas. Dia mendapati Haiqal tiada di bilik tersebut. Dia melangkah ke balkoni bilik itu dan dapati Haiqal sedang duduk termenung di atas kerusi. Keadaannya sedikit tidak terurus. Butang bajunya dibuka habis. Rambutnya sudah tidak terurus. Mukanya sembab dan ditubir matanya terdapat air jernih. Haiqal bagaikan di dunianya sendiri. Tidak perasan Azman sudah berada di sisinya.
Azman menampar perlahan bahunya. Haiqal sedikit terkejut. Dia kembali ke alam nyata. Sebenarnya, dari tadi dia mengenangkan ibunya. Rindu dengan segala nasihat ibunya. Bila dalam masalah yang dihadapinya begini, pelukan ibunya adalah penawar hati dukanya. Ya! Dia rindukan wanita kesayangannya itu. Terlampau merindui sampai tidak perasan dengan keadaan sekeliling. Air ditubir matanya dilap perlahan. Dia tersenyum hambar kepada sahabatnya itu.
"Cerita kat aku satu satu Qal. Aku nak dengar A to Z. What have you done to that girl man! Do you ever know it's a big criminal? Why? What have she done to you sampai nak kena kena jadi perogol macam ni? "Azman bertanya dengan suara perlahan. Seperti mahu memujuk untuk menceritakan perihal yang telah berlaku. Haiqal masih membatu. Tidak ada unsur-unsur ingin membuka mulut. Masih tidak dapat berfikiran waras. Amarahnya menggunung.
"Aku kenal kau bukan macam ni Qal. Kau tak pernah lagi nak tidur dengan perempuan apatah lagi merogol macam sekarang ni" Sambung Azman. Masih dalam nada yang sama. Belakang badan sahabatnya itu ditepuk.
"Kalau Dia sayang aku Man, Dia tak amik ibu aku. Kalau betul Dia sayang aku, Dia tak akan buat hidup aku bersedih tak ada wawan dengan pakwan aku macam ni Man. Dia ambil semua yang aku sayang Man. Dia memang tak suka aku hidup bahagia dengan orang aku sayang Man!" Haiqal memulakan bicara setelah sekian lama membisu.
"Astagfirullah" Azman mengucap panjang. Tangan yang berada di atas belakang Haiqal ditarik dan menguak rambutnya kebelakang. Matanya ditutup, seperti menahan diri dari marah.
"Kau tak boleh salahkan takdir. Semua ada hikmah. Allah hantar ujian sebab Dia sayang sangat dekat kau. Mana iman kau Haiqal? Hidup ... " Azman menyambung lagi, namun belum habis bait ayatnya, Haiqal menangkas.
"Dari dulu aku cakap Man, I'm not a kind yang percaya dengan Tuhan ni. They are bullshit. Where are they masa aku perlukan pertolongan?" Haiqal menempik. Dia sudah bangun dari kerusinya. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya berkecamuk.
"They don't exist, so don't you dare talk about them to me" Tambahnya lagi dalam nada yang tinggi, sombong.
Buk....
Azman menghayun tumbukan tepat ke arah pipi Haiqal. Tersembam Haiqal jatuh menyembah ke lantai. Hati Azman perit dengan percakapan mendabik dada yang baru diucapkan oleh sahabatnya itu. Haiqal mengaduh sambil memegang pipinya. Dia bagaikan sudah berpijak ke alam yang nyata. Dia masih di atas lantai. Tidak bangun mahupun membalas kembali tumbukan kepada Azman."Kau kena ingat. Hidup kita ni tak perlu nak mendongak sampai ke langit tanpa pandang ke bumi. Kalau kau tak nak bersyukur dengan apa yang kau ada, terpulang. Tapi bila kau cakap macam ni, macam tak ada otak, I'm piss off man. Mana iman kau? Kau cakap macam kau bukan orang Islam. Bersangka baiklah dengan Allah." Azman menarik nafas.
"Kau tak boleh salahkan takdir. Ibu, wawan ngan pakwan pergi sebab itu memang ajal mereka. Siapa kita nak tetapkan tarikh ajal mereka? Sepatutnya kau kena buka mata kau tu. Kematian ni tak mengenal umur. Habis duit bapak kau hantar belajar jauh-jauh ke negara orang kalau benda macam ni kau bodoh tak boleh nak fikir. Aku tak ada kawan macam kau lah bodoh" Azman menempik dengan air mata tidak dapat ditahan lagi. Sedih. Sahabatnya yang dianggap saudaranya sendiri, bercakap seperti tiada langsung pegangan agama dalam hatinya. Air matanya bercucuran. Amarahnya memang sudah sampai pada hadnya.
Azman mengambil begnya dan berlalu pergi. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Sampai terlupa dengan kehadiran Mia dibilik tersebut. Baginya, selagi sahabatnya itu masih tidak mahu berubah, dia tidak akan sesekali menjejakkan kaki ke hotel, pejabat mahupun rumah yang di duduki Haiqal. Hatinya tawar dengan sikap sahabatnya itu. Sudah banyak kali dia bersabar dengan Haiqal, namun sikapnya kali ini betul-betul mencabarnya.
Haiqal memandang sepi pemergian sahabatnya itu. Dia tidak menahan apatah memarahi Azman. Dia tahu silapnya. Tahulah dia sahabatnya jugak telah meninggalkannya. Dendamnya makin membara kepada wanita yang berada di atas katilnya itu. Otaknya asyik memikirkan segala perancangan jahat untuk memusnahkan hidup wanita di depannya.
'Kenapa sejak aku jumpa perempuan ni hidup aku jadi kacau bilau macam ni?'
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomantizmPertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...