Mia membelek tubuhnya di cermin, terasa yakin dengan penampilannya yang serba ringkas itu. Pagi itu dia mengenakan sepasang baju kebaya labuh berwarna hijau dipadankan dengan selendang putih yang juga bercorak hijau. Baju itu dibeli oleh Aini sempena perkahwinannya itu, jadi mahu tak mahu dia harus memakai kebaya itu juga, sekadar menjaga hati sahabatnya.
Mia berjalan perlahan ke halaman rumah, sengaja meninjau keadaan sekitar rumah. Tangannya memegang sebuah bakul rotan yang penuh dengan bunga telur untuk diberikan kepada tetamu yang hadir. Mia mencari-cari tempat untuk diletakkan bakul rotan tersebut. Matanya asyik memerhati sekeliling, masih tidak ramai yang datang, cuma ada beberapa sedara mara Azman yang sedang asyik berborak sambil menghirup kopi di gazebo. Mia tersenyum manis kepada tetamu yang hadir.
"Kenapa kau kunci pintu bilik semalam?" Mia terjerit kecil. Bakul di tangan terjatuh, habis isi perutnya terburai. Mia mengurut dadanya perlahan, mencari nafas panjang dan memandang tajam lelaki disebelahnya. Dia mencangkung dan tidak mengendahkan soalan Haiqal. Tangannya lincah mengutip bunga telur bertaburan dan diletakkan semula ke dalam bakul. 'Datang dari mana pula dia ni. Eei benci betullah'
Haiqal hanya memerhati sambil kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Dia sengaja memijak salah satu bunga telur yang terjatuh membuatkan Mia mendongak dan menjeling tajam kearahnya. Mia berlalu pergi dari situ, meninggalkannya berseorangan. Haiqal terpana. Hatinya sangat sakit diperlakukan begitu. Tangannya digengam. 'Sombong betul kau kan Mia'
Haiqal cuba mengejar Mia namun suara Uqasha perlahan memanggilnya dari belakang. Langkahnya terhenti dan dia menoleh perlahan sambil menguak rambut kebelakang. Dia mengeluh pendek. Jauh dalam sudut hati, dia terasa menyesal membawa kekasihnya itu ke sini. Terlampau manja. Susah untuk berenggang sebentar. Haiqal cuba untuk menguntum senyuman manis dalam keadaan terpaksa! Lengan Haiqal disambut Uqasha dan mereka berborak mesra sambil bergandingan masuk ke dalam rumah, tidak menghiraukan mata-mata yang memerhati mereka.
************************************
"Assalamualaikum" Mia mengetuk dan masuk ke dalam bilik Aini. Dia duduk di birai katil tidak jauh dari sahabatnya itu. Mata Mia berkaca melihat Aini yang telah siap menyarungkan baju songket yang berwarna kelabu di badannya. Mia tersenyum kepada Kinah yang sedang sibuk mengoles gincu dibibir Aini. 'Ya Allah cantiknya Aini'
"Kau dah makan ke?" Mia bertanya ringkas. Aini mengangguk perlahan, sambil mengemam bibirnya untuk meratanya gincu di bibir. Dia memerhati dirinya di cermin dan seterusnya berdiri di hadapan Mia.
"Cantik tak aku?" Kinah di sebelahnya sedang mengemaskan tiara yang berada di atas kepalanya. Aini hanya berdiri kaku di hadapan Mia sambil kedua tangannya mencekak pinggang ala-ala model. Mia mengangguk laju sambil menunjukkan kedua ibu jarinya. Kinah hanya tergelak kecil melihat telatah dua sahabat itu.
Datin Aina dan Datin Rafidah serentak memberi salam. Mereka menjenguk ke dalam bilik. Aina melemparkan senyuman kepada dua wanita tua itu. Dengan rasa senang hati, dia menjemput mereka berdua untuk masuk ke biliknya.
"Cantiknya pengantin baru ni" Datin Rafidah sudah berada di hadapan Aini, memandang dengan penuh kasih sayang seperti berharap dapat menjaga anak tunggalnya dengan baik. Tangan Aini sudah berada dalam genggamannya. Dia tersenyum manis, tersembul lesung pipit di pipinya.
"Terima kasih bagi baju ni dekat ibu tau Aini, tengok! Sedondon semua, cantik sangat!" Datin Rafidah berkata ceria. Mukanya bercahaya. Jari telunjuknya mula menunjuk ke arah baju Mia dan Datin Aina bergilir, masing-masing memakai baju kebaya yang sama warna dan jenis. Dia mula berkenan dengan tunang anaknya semasa pertama kali melihat Aini di depan matanya, sangat tertib dan sopan orangnya, sangat sesuai ciri-ciri itu sebagai seorang isteri yang baik untuk anaknya.
Datin Aina duduk di sebelah Mia dibirai katil. Lama mereka berlima berborak kosong dalam bilik tersebut dan akhirnya Mia mengambil keputusan untuk meminta diri dan menolong apa yang patut di dapur.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...