BAB 30

14.8K 250 7
                                    

Mia menguncikan dirinya dalam bilik tidur lelaki itu. Baru sebentar tadi dia mengangkat meja besar yang berada bucu bilik itu dan diletakkan di depan pintu bilik. Dia tidak mahu lelaki itu masuk kedalam bilik itu lagi, tidak mahu menjadi mangsa kekejaman lelaki itu lagi. Badannya sudah terlampau sakit untuk menerima segala perbuatan lelaki syaitan itu. Sesungguhnya perasaan takut yang menguasai dirinya yang memaksa dia melakukan rancangan bernas itu. Mia duduk di tepi bucu bilik. Pehanya dipeluk kemas. Matanya tertutup kuat. Mulutnya terkumat-kamit beristigfar apabila Haiqal mengetuk pintu bilik itu kuat.

"Mia Qalisha, you better open this door or I will kill you!"  Mia tidak mengendahkan kata-kata Haiqal. Dia masih berada di tempat yang sama, tidak berganjak walaupun diberi amaran oleh Haiqal. Matanya masih tertutup. Tangannya menekup telinganya apabila pintu bilik itu masih diketuk kuat oleh Haiqal. Air mata Mia seperti tidak mahu berhenti. Badannya menggeletar. Ketukan di pintu masih berbunyi kuat. Mia beristigfar. Magrib bakal habis, namun lututnya lemah untuk berjalan menuju ke bilik air untuk menyucikan dirinya. Dia mengesat air matanya. Beberapa saat kemudian, air matanya kembali mencurah. Dia mengeluh, hilang punca lagi untuk mencari helah lari dari rumah ini. 

"Mia, listen here okay. Kalau aku dapat masuk bilik ni, memang tak lama hidup kau" Haiqal sekali lagi memberi amaran namun dia tetap dengan keputusannya, tidak mahu menjadi wanita lemah lagi. Mia menggenggam tangannya kuat. 

Selang beberapa minit ketukan di pintu sudah berhenti. Mia menarik nafas lega. Rancangannya berhasil. Makanan yang berada di atas meja sebelah katil dilihat sepi. Sudah sehari suntuk dia tidak menjamah air, inikan pula makanan. Namun dalam keadaannya begini memutuskan seleranya untuk makan atau minum. Dia memandang sepi makanan tersebut. Langsung tidak disentuh apatah lagi dijamah olehnya. Dia masih berteleku di atas lantai. 

'Aku kena kuat untuk diri aku' Mia bertekad.

Mia mula mengatur langkah perlahan ke arah makanan tersebut, namun dia hanya mengambil dan meneguk air mineral. Sesungguhnya seleranya masih tidak mahu bertoleransi dengan perutnya. Dia mengeluh kuat. Dia mula menuju ke dalam bilik air dan melihat mukanya yang kusut masai. Mata dan hidungnya merah. Bibirnya pucat. Mungkin terlalu banyak menangis. Dia memerhati bilik air tersebut. Cantik dekorasinya. Mia mula membersihkan dirinya. Sepanjang di bawah pancutan air, dia menangis dan menggosok sekuat mungkin badannya. Tidak mahu kotoran lelaki itu melekat dibadannya. 

"Mak abah. Tolong Mia. Mia sakit sangat!" Mia berkata perlahan. Air matanya terus menerus berjujuran jatuh. Dia membiarkan dirinya berlama dibawah pancutan air itu. 

*********************************************

"Sha, Mak tak mampu nak bagi apa-apa melainkan pelajaran kat kamu. Kamu yang mencorak diri kamu sendiri. Mak tak nak apa-apa dari kamu melainkan kamu jaga diri, capai cita-cita. Doa mak selalu ada untuk kamu, Sha" Mak senah menghela nafas. 

"Kita bukan orang senang nak. Maafkan mak tak mampu nak bagi macam-macam kat kamu. Mak tak ada harta. Mak dengan abah dah tua. Esok-esok kalau mak ngan abah tak ada dah kat dunia ni, mak harap sangat kamu boleh kuatkan diri kamu. Kuatkan semangat. Jangan bagi orang pijak kamu. Jaga maruah kita sebagai seorang wanita. Mak tengok kamu ni lembut sangat orangnya. Biar je orang nak buat apa kat kamu!" Mia yang masih tidak mengerti dengan nasihat ibunya itu hanya mengangguk menandakan dia faham. Dia memeluk kejap ibunya. 

"Abah bukanlah lelaki yang akan selalu ada untuk kamu Mia, tapi kamu kena tahu, kasih sayang abah kat kamu tak akan pernah sama dengan kasih sayang lelaki lain. Abah tak nak tengok anak abah ni jatuh tersembam, jadi kamu kena kuatkan semangat kamu walaupun kami dah tak ada lagi dalam dunia ni" Kali ini air mata Mia mengalir keluar kerana ayahnya bukanlah jenis lelaki yang suka memberi kata nasihat apatah lagi ayat ayat yang berpunjanggga. Dia tersenyum sebelum memeluk tangan ayahnya. 

Mia mengimbas kembali semua yang dikatakan oleh ibunya kepadanya suatu ketika dahulu. Air matanya mencurah selebat hujan yang mencurah di luar. Waktu ini dia hanya perlu kuat untuk dirinya sendiri. Tapi bagaimana? Fikirannya sangat tertekan. Seperti batu menghempap kepalanya sahaja. Usai mandi dan berpakaian semula, Mia mengambil wuduk untuk menunaikan solat isyak dan menggantikan solat zohor, asar dan magrib yang terlepas tadi. Apabila dia membuka kunci bilik air, pintu itu dirempuh kasar oleh seseorang. Mia mengucap panjang. Badannya mula menggigil semula. Air matanya bercucuran jatuh untuk kesekian kalinya. 'Allahuakbar'

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now