BAB 11

15.9K 248 4
                                    

Mia masih dalam keadaan separuh bogel di atas katil dengan esakan panjang. Dia bagaikan tidak percaya dengan sekelip mata, lelaki yang tidak pernah dijumpai apatah dicintai telah meragut segala-galanya. Segalanya berlaku dengan sangat pantas. Dia beristigfar panjang. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia membunuh diri. Namun, imannya menegah dari melakukan perkara terkutuk itu. 'Semuanya ada hikmah, Mia. Sabar Mia' Dia bermonolog sendiri.

Mia mengagahkan diri bangun. Sakit! Namun dengan semua kudrat yang dia ada, dia tetap mengagahkan diri juga. Dia mengesot ke bilik air yang tidak jauh darinya. Mahu menyucikan dirinya yang jijik dan kotor. Jam di dinding di kerling. Sudah jam 3.30, solat zohornya masih tidak ditunaikan. Dalam kepayahan, dia berjaya menghadap yang Maha Esa. Dia menangis dan terus menangis. Memohon keampunan. Memohon pertolongan. Lama dia sujud di sujud yang terakhir. Segala isi hatinya diluahkan kepada yang Maha Pengasih.

Di ambil Quran kecil yang sentiasa di bawanya kemana sahaja. Di baca dengan tersedu-sedu. Di kala hatinya rungsing begini, dia teringatkan kata-kata semangat ibu kesayangannya. 'Al-Quran satu satunya ubat untuk hati. Baca dan terus baca Mia walau pahit mana pun dugaan kita hadap. Jangan sesekali tinggal.' Hatinya tenang mendengar setiap satu kalimah Allah itu. Tangisan panjang itu bersambung-sambung. 'Mak, Mia rindu mak. Rindu abah' 

Masih terngiang-ngiang segala yang berlaku. Berharap agar lelaki itu tidak kembali lagi. Dia berdoa bersungguh-sungguh agar segala peristiwa yang berlaku dapat dihapuskan dari ingatannya secepatnya. Dia tidak sanggup untuk hidup dalam kegelapan sepanjang hidupnya. Mia mengesat air matanya. Dia menepuk-nepuk pipinya dan kembali menyambung bacaannya.  

Seusai membaca Quran, Mia masih mencari jalan. Bagaimana dia mahu keluar dari bilik itu. Dia masih memerah otak. Dalam diam dia berdoa mengharap ada seseorang yang datang menjenguk bilik tersebut. Dia masih kebuntuan. Hidupnya kosong bagaikan tiada isi. Dia mengagahkan diri untuk berdiri, namun masih sama. Kakinya tetap tidak dapat digerakkan. Kesekian kalinya, dia menangis tersedu-sedu. 'Ya Allah hantarlah seseorang ke sini untuk membantuku' Lama dia berteluku di atas sejadah sampai tidak tahu bila masa dia terlelap.

Tok .. Tok .. Tok 

Mia memisat matanya. Keadaan sekeliling sudah bertukar gelap. 'Astagfirullah' Mia mengucap panjang. Tidak sedar hari sudah berganjak ke malam hari. Dia menoleh ke dinding. Mencari jam. Sudah jam lapan malam. Dia mengusap kakinya. Sudah berkurang sedikit sakit kakinya. Dia tersenyum lebar. Seperti ada harapan untuknya keluar dari bilik itu. Pintu masih di ketuk. Kuat!

Mia mengesot sedikit demi sedikit. Mengharap orang diluar dapat menunggu kehadirannya. Mia masih bersusah payah menggunakan kudaratnya untuk sampai ke pintu. Jauh sungguh dirasakan untuk sampai ke pintu bilik tersebut. Ya! Memang jauh memandangkan bilik tersebut adalah bilik untuk orang ternama. Seperti sebuah kondo yang besar. Mia berharap orang di luar dapat menunggunya. Baginya orang diluar itulah penyelamatnya. Mia tersenyum lebar. Baginya, orang diluar itu adalah harapannya untuk melepaskan diri dari menjadi penghuni bilik itu. Baru sampai diruang tamu bilik, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Senyumannya mati dan dia tersentak. 'Ya Allah' Mia menutup mata. Air matanya sudah bertakung di kelopak mata.

Haiqal sudah tercegat di depan pintu bilik. Mulutnya meracau-racau. Pakaianya sudah tidak sepertimana dia keluar petang tadi. Bau busuk memenuhi ruang bilik apabila dia melangkah masuk. Kepalanya digeleng-geleng seperti mengikut rentak lagu. Dia terpandangkan tubuh wanita di lantai. 

"You still here" Dia tergelak. 

"Nice!" Dia menyambung dan tubuh wanita itu digendong dan di bawa masuk ke bilik. Tubuhnya terhuyu-hayang. Masih tidak dapat mencari kestabilan diri. Lalu di lempar tubuh kecil Mia ke atas katil. Telekung Mia disentap kuat oleh Haiqal. Mia sudah menangis ketakutan. Satu persatu kejadian malang bermain-main diingatannya. Traumanya kembali menerjah ke dalam diri.

Haiqal menghabiskan masa seharian di kelab malam untuk mencari keseronokan. Pembantunya sudah acap kali mengigatkannya tentang perjumpaan penting namun ditolak mentah oleh Haiqal. Namun itulah prinsipnya, dia tidak akan menghadirkan diri jika berkaitan perniagannya jika dia dalam keadaan tertekan. Haiqal sudah mendekati Mia. Perlahan-lahan dia naik ke atas katil. Muka penuh senyuman bermakna. Dia semakin menghampiri Mia. 

"You know what, you have very nice smell. Look at your hair. Beautiful." Haiqal tergelak kecil sambil tangannya ligat memintal rambut Mia. Mia menepis kuat. Tangannya menggigil. Mencari kekuatan. Tidak sewajarnya dia lemah di depan lelaki di depannya, namun apa harus dia lakukan?

"Garang!" Haiqal tergelak. Dia masih di posisi sama dan mulutnya masih tak lekang dengan senyuman. Tangan Mia dipegang kemas. 

"Listen here girl, you datang sini serahkan diri. Why you nak malu dengan I?" Mia membulatkan matanya apabila tangan lelaki itu mula merayap menjamah lehernya. Mia mula gelisah. Dia mengambil bantal disebelahnya dan menghayun ke arah Haiqal namun sempat di tepis Haiqal. Mia mula mengesot turun dari katil. Dia mengesot laju menuju ke arah pintu bilik namun tidak semena-mena kakinya dipijak oleh Haiqal. Mia menjerit kuat. Haiqal tergelak melihat wanita di bawahnya. 

"You rasa you boleh keluar ke dari bilik ni? Go ahead girl. I'm watching you" Mia sudah meraung-raung apabila bajunya dikoyak. Haiqal sudah separuh sedar. Dia kini di kawal oleh hawa nafsunya. Mia meraung-raung meminta tolong apabila dirinya ditindih. Kesekian kalinya, dirinya diperlukan hamba pemuas nafsu kepada lelaki yang sama, bukan di atas katil namun di atas lantai. Hina sungguh dirinya di rasakan. Mia memejamkan matanya. Esakan panjang kedengaran. Kejamnya seorang yang bernama lelaki. Sanggup melakukan perkara terkutuk ini hanya untuk memuaskan nafsu serakahnya. Dalam hati Mia menyumpah. Dia semakin hilang sabar, namun dengan kudratnya apalah yang bisa dia lakukan. Lelaki itu menghempap tubuh kecilnya. Makin lama makin mengganas. Mia meminta tolong, namun dengan bilik sebesar itu siapa sahaja yang bisa mendengarkan suaranya? Mia hanya memejam mata tanda tidak dapat melakukkan apa-apa lagi.

Usai memuaskan nafsu, Haiqal terbaring di atas lantai, sambil mulutnya lincah bercakap. Namun tiada butiran yang ditangkap di telinga Mia. Mia mula mengesotkan diri jauh dari pandangan lelaki tersebut. Dia takut dan trauma. Pehanya dipeluk. Dia menepuk-nepuk badannya tanda jijik dengan dirinya sendiri. Dia memandang lelaki yang berada jauh di hadapannya. Jijik dengan perlakuan ketidakperimanusiaan lelaki tersebut. Matanya terasa sakit. Mungkin bengkak kerana banyak menangis. Dia menyapu air matanya kasar. Tidak mahu dilihat lemah namun itulah hakikat yang dihadapinya sekarang. Dia teringatkan sahabatnya. Tidakkah sahabatnya mahu mencarinya?





MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now