BAB 38

15.6K 238 4
                                    

"Terima kasih Pak Usop sebab beritahu saya tentang ni. Saya akan ke sana sekarang. Nanti dah sampai sana, saya akan call Pak Usop semula. Pastikan Haiqal tidak keluar kemana-mana" Dato' Shariff menutup panggilan itu. Dia memandang isterinya di sebelah. Dato' Shariff mengeluh kuat. Tidak sanggup untuk memberitahu isterinya itu. Datin Aina menanti jawapan dari suaminya.

"Pak Usop call. Awak pergi bersiap. Kita pergi rumah Haiqal sekarang" Dato' Shariff mengarahkan dengan nada yang lembut. Takut untuk berterus terang kepada isterinya. Pak Usop sudah menceritakan semua perkara yang Haiqal lakukan dirumahnya. Dia mendengus kasar. Kesal dengan perbuatan anaknya itu. 'Dasar anak tak kenang budi'

Datin Aina hanya mengangguk dan menuju ke biliknya untuk bersiap. Dalam hatinya masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang dikatakan Pak Usop. Hatinya berdebar, seperti sesuatu yang bakal terjadi. Dia mengucap panjang. Hanya mampu berdoa supaya segalanya dilindungi Allah SWT.

**********************************

Buk!

Haiqal tersembam ke atas lantai dalam biliknya. Dato' Shariff seperti orang hilang pedoman apabila badan Haiqal disepak dan diterajang oleh papanya. Haiqal tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya mampu terbaring lemah di lantai menerima sepakan demi sepakan papanya. Kesabaran Dato' Shariff sudah menipis dengan sikap kurang ajar anaknya itu. Semakin hari semakin melampaui batas. Dia malu dengan orang sekeliling. Malu dengan sikap anak terunanya itu.

"Sudah bang, sudah. Bawa mengucap bang" Datin Aina menghalang suaminya daripada terus menerus menyepak dan memukul Haiqal. Dato' Shariff menghentikan perbuatannya apabila melihat isterinya mula memeluk Haiqal. Pak Usop sedari dari tadi sudah memegang Dato' Shariff dari belakang. Meminta majikannya untuk berhenti dan beristigfar panjang.

"Macam mana saya nak berhenti Pak Usop. Darah daging saya sendiri buat perkara jijik ni. Saya tak sanggup lagi nak hadap semua ni lagi Pak Usob" Dato' Shariff menarik nafas panjang. Matanya berkaca apabila melihat tubuh kaku seorang wanita di atas katil anaknya. Tidak berpakaian, hanya berselimut dengan comforter tebal. 'Ya Allah, gagalkah aku dalam mendidik anak aku? Kurang apa lagi cara didikan aku?' Dato' Shariff mengucap panjang, namun amarahnya makin menebal dalam hati.

"Mulai saat ini kau bukan lagi anak aku Haiqal. Kau bukan lagi anak aku" Datin Aina menangis mendayu-dayu. Tidak menyangka suaminya boleh berkata sebegitu kepada anaknya sendiri. Haiqal masih mendiamkan diri. Tidak memberi apa-apa reaksi . Dia hanya mendengar setiap bait-bait kata papanya.

"Selama ini, aku pekakkan telinga, tutupkan mata bila dengar semua pasal kau. Tapi harini, bila aku tengok dengan mata kepala aku sendiri apa kau dah buat dekat anak orang, aku jadi kesal dengan sikap kau. Aku malu ada anak macam kau. Mana aku nak letak lagi muka aku ni?" Dato' Shariff menengking anaknya. Betapa hancur hatinya apabila mengetahui segala perbuatan sebenar Haiqal dibelakangnya. Dato' Shariff mula melangkah ke arah balkoni. Mencari sedikit sisa sisa kekuatan dan meredakan kemarahannya. Tangannya diseluk ke dalam poket seluarnya. Air matanya mengalir di pipi tuanya.

Haiqal ketawa. Seperti di buat-buat. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun. Dia memegang kerusi di tepinya supaya dapat mengimbangkan badannya dengan baik, memandang papanya dengan padangan tajam dan penuh kebencian. Dia mengesat bibirnya yang berdarah.

"Listen carefully Dato' Shariff Bin Dato' Badri, for your information, start from my late mum died, you are not my father anymore and of course I'm not your son. Aku dah lama anggap papa aku mati dalam hidup aku ni" Haiqal tersenyum sinis. Matanya masih memandang benci papanya. Suaranya mendatar. Dato' Shariff masih memandang ke luar balkoni. Membisu seribu bahasa.

"You are same as before. Suka cari salah orang but you cannot see yours. Please buy some mirror and see yourself. Just because you are father and I'm your son, you think you are better than me? No you are not at all old man" Haiqal menarik nafasnya panjang.

"And remember one thing, I hate you since my late mum died!" Haiqal mencium mamanya. Sempat mengucapkan kata maaf kepada mamanya itu sebelum pergi dari rumahnya. Dato' Shariff menangis teresak-esak selepas kepergian Haiqal dari bilik tersebut.

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now