Datin Aina menyarungkan cincin ke jari runcing Aini. Aini membongkok kan sedikit tubuhnya untuk bersalam dengan wanita tua itu lalu tubuh Datin Aina dipeluk. Matanya berkaca. Mia yang duduk di tepi sudut rumah menyeka air matanya yang turun ke pipi, turut sama gembira dengan majlis pertunangan sahabatnya itu.
"Alhamdulillah" Mia mengucap perlahan. Baginya kegembiraan Aini adalah kegembiraannya juga. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri ikut terasa. Dia menghadiahkan senyuman manis kepada sahabatnya itu. Aini membalas dengan mata berkaca. Mia mencebikkan bibirnya. Mia tahu Aini sedang melawan gemuruh di dadanya. 'Nak jadi isteri orang dah kau Aini'
Ibu dan ayah Azman tidak dapat hadir ke majlis pertunangan tersebut kerana Dato' Hakim dan Datin Rafidah sedang berada di India atas urusan kerja dan perniagaan mereka. Jadi Dato' Hakim telah mewakilkan dirinya kepada Dato' Shariff dan Datin Aina sebagai orang tua Azman. Namun begitu, mereka sempat berborak dan berkenalan melalui panggilan video. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyatukan Aini dan Azman pada bulan hadapan.
Aini berjalan perlahan ke arah Mia yang sedang sibuk membuat kerja di dapur. Badan sahabatnya itu dipeluk dari belakang. Lama. Mia mendengar esakan Aini dibelakangnya. Mia menggelabah dan menghadapkan dirinya bertentangan dengan sahabatnya itu.
"Heiii, kenapa ni Aini?" Mata Aini di cari, meminta kepastian. Air mata Aini masih berdegil untuk keluar. Mia memandang wanita di depannya lama menjadikan Aini serba salah.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Aini bersuara setelah lama berdiam diri. Mia mengangkat bahunya lalu tangannya kembali lincah menyenduk nasi ke dalam mangkuk besar. Memusingkan badannya berpaling dari Aini. Lama mereka mendiamkan diri. Mia mengeluh. Aini masih berdiri di belakang Mia tidak berkutik. Hanya esakan yang kedengaran.
"Aini, aku tahu kau kesian tengok aku. Aku tahu kau simpati dengan nasib aku. Aku tahu kau tengah pikir macam-macam sekarang ni, semua pasal aku" Mia bermain-main dengan senduk di tangan. Matanya berkaca. Tidak mahu memandang muka sahabatnya itu. Mungkin takut jika air matanya jatuh. Mia menarik nafas panjang.
"Aku minta satu benda. Tolonglah jangan pandang aku dengan mata kesian. Anggap aku macam orang lain. Orang biasa. Aku dah boleh terima dengan semua takdir ni. Even nanti kau dah ikut suami kau, InshaAllah aku boleh survive. Kau pun ada hidup kau. Kau pun berhak bahagia Aini" Mia meletakkan senduk dan berhadapan dengan sahabatnya itu. Dia membawa Aini ke dalam pelukannya.
"Listen here Aini, Allah tak akan berhenti menguji kerana Allah tak pernah berhenti menyayangi. Kau kena percaya. Allah uji aku selama ni sebab dia tahu aku boleh hadap. Dia sayang aku. So please, ease yourself to be happy. Don't think too much about me. Kau tahu aku kan Rambo masa sekolah menengah dulu" Aini tertawa dalam tangisannya. Badan Mia ditampar. Mia menyeka air mata sahabatnya itu. Mereka sama-sama ketawa.
***********************************
Malam itu, Dato' Shariff bersama Datin Aina dan Azman mengambil keputusan untuk menginap di rumah Aini. Shamsul bersama keluarga kecilnya juga sudah sedia maklum akan menginap di situ. Setelah sanak saudara Azman meminta diri untuk pulang, Azman tercari-cari sesusuk tubuh yang di cintai. Mungkin keputusannya yang terburu-buru dan tidak bertanya kepada tuan empunya badan membuat Aini marah kepada dirinya. Jadi dia mahu menjernihkan keadaan. Dia tidak mahu Aini bermasam muka dengannya. Dia mengeluh apabila susuk tubuh itu tidak dijumpai. Dia duduk termenung di atas gazebo. Baju melayu masih kemas tersarung di badannya.
Setelah tujuh malam berturut Azman melakukan solat istikarah, wajah Aini sahaja yang sering kali memenuhi ruang mimpinya, memimpin dia ke sebuah taman yang indah, di penuhi dengan pelbagai bunga mekar. Hidup mereka bahagia dalam taman tersebut, jadi dia mengambil keputusan berani untuk menghantar rombongan meminang ke rumah Aini. Dia sempat bercakap tentang hasratnya kepada abang Aini, Shamsul. Keputusan Shamsul membuatkan hatinya berbunga ceria.
"Jauhnya termenung" Suara Aini memecah keheningan malam. Azman bangun dari gazebo dan menghadap tunangnya. Dia tersenyum manis melihat Aini yang memakai telekung. 'Mungkin baru pulang dari masjid, Ya Allah cantiknya' Detik hatinya.
"Awak makan dah? Ni ada lauk sikit, orang masjid bagi. Jom makan" Aini mula berkira-kira untuk melangkah, namun di tegah Azman. Azman menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aini, awak marah saya ke?" Aini memandang lelaki di depannya pelik. Masih tidak dapat tangkap dengan pertanyaan Azman. Aini mengeluh.
"Azman, saya tak nak cakap pasal hari ni. Apa yang jadi, anggap ini mungkin jodoh kita atau mungkin tak" Aini berkata perlahan, memandang muka lelaki di hadapannya. Dia menarik nafas panjang. Memejam mata.
"Saya dah terima awak dengan hati terbuka" Azman terpana dengan kata-kata Aini. Mahu sahaja dia meloncat gembira. Tidak sempat untuk berkata apa, Aini sudah berjalan laju memasuki rumah. Malu!
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...