BAB 26

14.2K 217 4
                                    

Azman terkejut dengan panggilan yang diterima sebentar tadi. Aini menangis tersedu-sedu mengadu tentang sahabat baiknya. Aini meminta untuk mengambilnya di rumah. Hatinya mula merasa sesuatu yang terjadi. Tanpa berfikir panjang, dia menyuruh pekerjanya untuk membatalkan semua temu janjinya bersama semua pesakit pada hari ini. Aini jauh lebih penting buat masa sekarang. Hatinya tidak tenteram mendengar tangisan Aini sebentar tadi.  

Perjalanan yang mengambil masa 10 minit itu dirasakan tersangat lama. Dia merasa lega apabila melihat Aini sudah berada diluar rumah. Memakai baju t-shirt berlengan panjang berwarna kelabu dan berkain hitam, dikenakan pula dengan tudung juga berwarna hitam. Cantik. Detik hati doktor muda itu. Dia menepuk dahi. Malu memikirkan anggapan sendiri. Dia tersengih sendiri. Muka Aini nampak begitu cemas. Dilihat wanita itu kehulu kehilir berjalan sambil memegang telefon bimbitnya ditangan.  

"Assalamuaalaikum" Azman memberi salam. Aini menyambut salam. Belum sempat Azman menjemput Aini menaiki kereta, Aini terlebih dahulu melulu ke arah kereta Azman. Azman tersenyum melihat telatah Aini. 

"Doktor pergi masjid sekejap. Saya risau, Mia dari pagi tadi tak balik-balik" Aini menangis teresak-esak. Risau memikirkan keadaan sahabatnya itu. Dia tanpa sengaja memegang peha Azman. Air matanya berjujuran jatuh. Hatinya makin rungsing memikirkan sahabatnya itu. 'Ya Allah selamatkanlah kawan aku' Tangannya masih di peha Azman. Azman hanya membiarkan. Tidak menegur atau mengalihkan tangan wanita tersebut. 'Mungkin Aini terlalu sedih sampai tak perasan tangan dia kat peha aku kot' Azman berkata dalam hati. 

"Saya minta maaflah. Menyusahkan doktor je datang sini ambil saya. Saya tak tahu nak minta tolong siapa lagi, kawan-kawan saya semua balik kampung bila saya telefon tadi" Walaupun sudah acap kali dia melarang Aini untuk memanggilnya doktor tapi perempuan itu tetap dengan kedegilannya. Katanya tanda hormat. Panggil nama tak hormat ke? Lagipun beza umur mereka hanya dua tahun. Aini hanya muda dua tahun darinya. Aini mengalihkan tangannya dari peha Azman. 

"Maaf doktor, saya tak perasan" Dia melarikan wajahnya ke tempat lain. Pipinya merah menahan malu. 'Kenapalah kau ni lalai sangat Aini oii' Dia memarahi diri sendiri. Azman hanya ketawa kecil. 

"Eh tak apa lah Aini. Lagipun tadi saya memang tak ada patient. Alang-alang tak ada banyak kerja nak buat tadi, jadi apa salahnya saya tolong awak kan" Azman memberi alasan semata-mata untuk menjaga hati Aini. Jauh dari dasar hatinya, dia tertanya-tanya mengapa semakin hari semakin dia tertarik dengan perwatakan yang dibawa Aini. Membuatkan dia tenang dan selesa dengan wanita tersebut.  

"Mia bawa kereta saya tadi pergi solat subuh. Katanya nak dengar kuliah subuh juga. Tapi ni nak dekat pukul tiga petang, tak kan tak habis lagi kalau sekalipun dia nak jemaah zohor. Saya call dia banyak kali pun tak berangkat" Muka Aini terpampang kerisauan. Susah untuk dia menutup ekspresi mukanya. Dia sudah berpuluh kali menelefon Mia, namun hanya peti suara yang kedengaran. Untuk kesekian kalinya dia cuba sekali lagi menelefon Mia, namun hampa. Aini mengeluh panjang.

"Saya hantar whatsapp pun dia tak baca. Last seen dia pagi tadi doktor. Pergi mana lah Mia ni" mulut Aini masih mengomel. Azman disebelah hanya diam mendengar omelan Aini. Perjalanan mereka diisi dengan alunan lagu yang bergema perlahan diradio. Masing-masing melayan perasaan sendiri. 

"Aini, mana kereta awak?" Aini tersentak apabila bahunya disentuh. Dia beristigfar panjang. Azman ditepinya tersenyum manis. Aini membalas senyuman doktor muda itu. 

"Doktor jalan je dulu. Nanti kalau ada saya suruh doktor berhenti." Aini berkata ringkas. Matanya melilau memerhati di perkarangan masjid. Satu demi satu kereta sudah mereka lepasi, namun kereta Aini masih belum ditemui. Aini binggung. Dia memandang Azman dan menggeleng. 

"Saya rasa Mia dah balik kot doktor. Boleh tak doktor hantar saya balik rumah sekejap? Saya risaulah doktor." Aini berkata ringkas dengan nada yang serba salah. Rasa bersalah kerana menyusahkan kawannya itu. Azman tersenyum dan menganggukkan kepalanya. 


MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now