BAB 9

16.8K 231 1
                                    

Mia membuka matanya perlahan. Lenguh badan yang dirasakan kini. Mulutnya terasa pedih, diraba mulutnya yang ditampal dengan pembalut. Dia terdengar deruan air pancut dalam bilik air yang berdekatan dengan katilnya. Dia menggagahkan diri mengangkat badan untuk duduk. Kakinya sudah dibalut. Kakinya jugak tidak lagi sesakit yang dirasakan pagi tadi. Dia tersenyum gembira, seperti ada sinar untuk dia beredar dari bilik ini. 'Alhamdulillah'. Diamati seluruh keadaan dirinya. Masih berbaju dan berseluar, sama seperti semalam. Dia mencapai selendangnya yang bergumpalan di atas meja solek. Dia mengerling jam di dinding, 3 petang. Mia amat terkejut. Sungguh lama dia tertidur. Mengapa lelaki itu tidak menggerakkannya? Mia memukul kepalanya perlahan. 'Tak mungkin dia nak buat macam tu, kau pun ni Mia'

Satu persatu peristiwa yang terjadi malam tadi terlayar dalam mindanya. Air matanya tidak dapat ditahan. Setitik demi setitik gugur menuruni pipinya. Dibiarkan semuanya keluar tanpa disekat. 'Ya Allah kuatkan hatiku, Kuatnya ujian yang Kau berikan padaku.'

Dia malu. Malu sekali dengan Allah. Malu dengan orang sekeliling. Hidupnya terumbang-ambing. Bila dia berhasrat mahu mengubah kehidupannya, namun ujian besar ini datang menimpa tanpa dipinta. Sedih bukan kepalang, hidupnya penuh dengan liku-liku kepayahan. Sampai bila dia harus menahan semua ini? Sampai bila dia boleh bertahan dengan nasib dirinya.

Mia menggagahkan diri untuk bangun. Dia tersenyum apabila dia kini boleh berdiri. Dikesat air matanya kasar. Perlahan lahan dia berjalan. Namun tidak sampai seminit berjalan, dia rebah kembali ke lantai. Kesakitan di kakinya dirasakan semakin mencengkam. Dia mengongoi. Dia menarik nafas panjang untuk mencuba nasib kali kedua namun hampa. Dia menangis teresak. 'Ya Allah aku nak keluar dari bilik neraka ni. Aku nak balik kampung. Bantulah hambaMu ini' Mia mengesot dan kembali duduk di tebing katil.

Kedengaran pintu bilik air terbuka mendebarkan hati Mia. Dia hanya memandang ke lantai. Perasaannya bercampur gaul. Malu, marah, sakit. Semuanya bergabung. Mahu saja dia membunuh lelaki itu. Tangannya digenggam. Nafasnya turun naik. Hanya menahan marah yang menggunung. Dia terus mencuba untuk berdiri, namun kakinya tidak memberikan peluang untuknya berdiri.

Haiqal sudah siap membersihkan diri, dia hanya memakai sehelai tuala untuk menutup bahagian bawahnya. Rambutnya yang basah dibiarkan. Badannya yang bidang boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya, ditambah pulak dengan tona kulitnya yang putih, mengikut warna kulit ibunya.  

Keluar sahaja dari bilik air, darahnya menyerbu ke muka. Amarahnya tiba-tiba mendadak naik. Bencinya menjadi-jadi. Hatinya makin membara apabila melihat wanita tersebut teresak-esak menangis. Haiqal melangkah laju menuju ke arah wanita tersebut. Dia menahan amarahnya dari memuncak. 

"Do you play victim my dear? Why kena menangis setiap waktu? Aku pukul kau ke?" Haiqal memulakan pertanyaannya. Ini adalah waktu sesuai untuk bertanya lebih lanjut tentang perihal ini. 

"I don't want to keep you here all day long, just tell me everthing, and I'll let you go. Memandangkan kau pun dah ada suara ni, tell me who the hell send you here!"  Haiqal menambah, sedikit keras nada suaranya.

"Encik, saya betul-betul minta maaf dengan semua apa yang dah berlaku." Mia bersuara perlahan. 

"Saya tak tahu menahu yang encik duduk dalam bilik ni. Saya datang sini nak cari rezeki sahaja. Manager saya sendiri yang suruh saya stay kat bilik ni, katanya bilik pekerja penuh. Jadi kat sini hanya salah faham je encik. Tolonglah lepaskan saya. Tolonglah encik. Saya merayu sangat" Suara Mia tenggelam timbul, tekaknya masih sakit namun tidak sesakit semalam, dan dia bersyukur suaranya sudah kedengaran. Kaki lelaki itu dipegang, kepalanya ditundukkan seperti menyembah lelaki tersebut. Tangisannya menjadi-jadi. 

"You said, It's not your mistakes? It's not you mistakes miss Mia Qalisha? Aku salah dengar ke?" Haiqal menempik. Amarahnya kembali membara. Dia memegang dagu Mia. Menyuruh Mia mendongak memandangnya. Mia terdiam. Tidak membalas atau memandang lelaki yang berada di depannya. Terkejut apabila lelaki tersebut tahu nama penuhnya. Pertanyaan itu dibiarkan sepi. Dia terfikir, salah diakah? Mia sedikit tersentap. Kaki lelaki itu sudah dilepaskan.

Petang semalam, sesampainya dia di Kuala Lumpur, dia dijemput oleh sahabatnya di stesen bas. Sebelum ke Kuala Lumpur lagi dia diberitahu oleh sahabatnya bahawa hotel milik bosnya ada kekosongan jawatan. Jadi tanpa berfikir panjang, Mia menerima jawatan kosong itu dengan senang hati. 

Sampainya Mia di hotel tersebut, malang sungguh kerana sahabatnya terpaksa bergegas pergi kerana bosnya memerlukannya. Aini hanya meninggalkan nombor telefon pengurus hotel tersebut sahaja sebelum bergegas pergi.

Mia baru menghabiskan masternya dalam bidang pengurusan kewangan islamik. Oleh sebab itulah dia bercadang mahu mencari sedikit wang saku untuk dirinya untuk kegunaan di masa hadapannya. Memang dari alam persekolahan sehinggalah ke alam kuliah, dia sudah terbiasa dengan membuat kerja-kerja sampingan. Dia pernah bekerja sambilan di restoran restoran selepas habis sesi pembelajaran. Dia juga pernah bekerja mengambil upah menjahit semasa dibangku sekolah menengah dahulu.

Semasa memasuki hotel tersebut, Mia sudah banyak kali mendail nombor pengurus itu, namun hanya kedengaran suara wanita yang meminta untuk meninggalkan pesanan. Dia buntu. Dia duduk di satu sudut hotel tersebut yang jauh dari manusia lalu lalang. Dia mengeluh. Dia mencuba nasib yang entah kali keberapa. Dia mendail nombor pengurus tersebut namun sekali lagi dia gagal. Dia teringatkan Aini. Dia mendail nombor Aini, namun hampa apabila bateri hansetnya tiba tiba mati.

Tidak lama kemudian, dia ditegur oleh seorang wanita cantik. Tinggi lampai, memakai skirt pendek berwarna hitam dan dipadankan dengan baju kemeja berwarna merah. Rambutnya di sanggul rapi. Tampak sungguh elegan. Jauh api dari panggang kalau nak dibandingkan dengannya.

"Welcome miss, Can I help you?" Wanita itu memulakan perbualan. Mukanya penuh senyuman manis. Mia membalas.  

"Sebenarnya saya tengah cari manager hotel ni. Kat mana saya boleh cari dia ya? Saya Mia Qalisha" Mia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Wanita di depannya menyambut dengan mesra. 

"Oh hi, I manager kat sini. How can I help you miss ?" Wanita itu membalas. Penuh berdedikasi.

"Alhamdulillah ya Allah" Mia menguntumkan senyuman manis. Allah membantu memudahkan urusannya hari ini. Mia menghembuskan nafas perlahan.

"Saya call cik banyak kali tapi semua masuk voice mail. Saya datang ni nak masuk kerja. Kawan saya ada cakap pasal saya kat cik kan?" Mia menyambung dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir, fail ditangannya diberi kepada wanita cantik didepannya. Wanita itu menerima dan hanya membelek sedikit sebelum memulakan lagi perbualan.

"Ohh, I am so Sorry, my batery is running up. I have been informed by your friend yesterday that you wanna come here to work. So welcome again." Tanpa memperkenalkan dirinya, wanita itu dengan mesra memeluk belakangnya. Mia hanya ketawa. Dia jalan beriringan dengan wanita itu. Terasa sedikit kekok dipeluk begitu namun hanya ditepis perasaannya itu demi menjaga air muka pengurusnya itu.

"Oh I almost forgot. Semua bilik pekerja dah penuh. One of my worker akan habis contract esok. Hmm. What should I do huh?" Lama wanita itu berfikir.

"Okay. Macam ni jelah. You boleh tidur kat bilik I jelah dulu. Sebab petang ni I have to go Penang for outstation. So tomorrow you can sleep at your own room. Can you?" Walaupun keberatan, Mia hanya mengangguk setuju. Tak  mungkin di boleh menolak permintaan pengurusnya itu, harus disindir mengada oleh pengurusnya itu nanti.

Sesampainya dia di bilik pengurus itu, dia mengagumi dengan keindahan bilik tersebut. Paling menakjubkan adalah pemandangan yang terpampang di luar jendela bilik itu. Dia hanya menahan riak muka. Gembira. Ya! itulah yang dirasakan. Sehinggalah satu kejadian tak dirancang berlaku. Sekelip mata kegembiraannya diragut oleh seorang lelaki. Lelaki asing yang tak pernah dia jumpa. Bukan hanya kegembiraan, namun maruahnya juga yang selama ini sentiasa dijaga rapi. Hidupnya musnah dalam sekelip mata.

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now