BAB 68

1.9K 102 6
                                    

Datin Aina masih berada dalam pelukan suaminya. Mereka masih diruang menunggu, masih tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam melawat Mia. Suasana di hospital itu sedikit tenang. Hanya mereka berdua sahaja yang sedang berdiri di depan dewan pembedahan itu. Dato' Shariff melihat jam di tangannya, hampir mencecah jam lima petang. Sudah hampir dua jam Mia di dalam, namun masih tidak ada khabar berita gembira daripada petugas-petugas di situ. Hanya sesekali mereka keluar untuk memberi tahu keadaan Mia. Mereka masih menanti dengan sabar.

Selesai solat zohor berjemaah tadi, Datin Aina menerima panggilan dari Siew, jiran anaknya. Hampir pitam Datin Aina apabila menerima berita yang disampaikan oleh Siew itu. Dia terjelepok di atas lantai dengan khabar berita sedih itu. Kata Siew, Mia sudah di hantar ke hospital. Dia mendapati Mia sudah terbaring kaku di tepi jalan dengan berkeadaan basah kuyup dan darah penuh di seluar wanita tersebut.

Hancur sungguh hati seorang ibu apabila doktor menyatakan Mia kini berada dalam tahap kritikal kerana kekurangan banyak darah. Luluh lagi hatinya apabila doktor memberitahu Mia mungkin akan ditempatkan di Unit Kawalan Rapi jika keadaannya berlarutan begitu. Wanita muda itu sedang bertarung nyawa bersama anaknya. Ya! Bertarung nyawa hanya kerana ego seorang lelaki bernama suami!

"Cucu kita bang. Ya Allah selamatkan lah Mia dan cucu kami" Datin Aina teresak-esak dalam pelukan Dato' Shariff. Hati ayah mana yang tidak risau bila menantu yang di anggap seperti anaknya sendiri sedang bertarung nyawa berseorangan di dalam dewan pembedahan tanpa dorongan daripada seorang suami yang dicintai. Risau dalam hatinya tidak dapat di usir. Dia meraup mukanya, merasakan dirinya sama yang bersalah dalam hal ini. Manik-manik jernih jatuh ke pipi Dato' Shariff. 'Adakah salah aku membuat keputusan untuk menyatukan Mia dengan Haiqal? Ya Allah, berikan peluang kepadaku untuk menebus semua ini'

Datin Aina menghubungi nombor telefon Haiqal, namun hanya kedengaran peti simpanan suara. Esakan Datin Aina makin kuat. Fikirannya kosong. Kosong sekosong dinding di hadapannya. Dia mencuba nasib untuk kedua kalinya, namun masih sama. Datin Aina berputus asa dan akhirnya dia memeluk suaminya lama.

"Abang, Mia perlukan Haiqal dekat dalam. Kemana anak kita bang?" Suara Datin Aina tersekat-sekat, menahan sebak di dada yang tidak dapat dilepaskan.

Dato' Shariff menepuk belakang Datin Aina untuk menenangkan hati isterinya itu. Dia beristigfar panjang di telinga Datin Aina. Membisikkan kata-kata semangat. Tangan isterinya di tarik dan mengarah duduk di atas kerusi berdekatan. Datin Aina hanya menurut. Dato' Shariff menyeka air mata isterinya.

"Listen sayang, Allah uji Mia sebab Mia kuat. Awak pun tahu benda tu kan sayang?" Tangan isterinya di raih. Mata Dato' Shariff berkaca. Nafasnya dihela perlahan.

"Kita dekat sini hanya boleh doakan yang terbaik untuk Mia dengan cucu kita. Kita kena yakin dengan Allah. Mia tu kuat. Menantu kita kuat" Esakan Datin Aina makin kuat. Hanya anggukan yang diberikan suaminya. Dia menyeka air matanya dengan tisu ditangan.

"Jom kita solat dulu sayang. Kita doa, minta dekat Allah supaya Mia boleh lepas tahap kritikal ni" Datin Aina mengangguk perlahan. Air matanya diseka. Kakinya masih tidak teguh untuk berjalan kerana terkejut dengan berita ini. Dato' Shariff memapah isterinya, beriringan ke surau berdekatan.

************************************

"Mia. Mak ada dengan Mia. Mia kena lawan semua ni" Tangan Mak Senah sudah membelai rambutnya. Mia menangis kegembiraan. Dia memeluk tubuh ibunya itu kuat, melepaskan semua rindu di dada.

"Mak, Mia nak ikut mak. Bagi Mia ikut mak ya?" Muka Mia bercahaya. Wajah tua ibunya di pegang. Air mata sudah membasahi pipinya. Wajah tua di depannya itu hanya tersenyum, namun menggeleng perlahan.

"Mia, dengar cakap mak. Mia wanita kuat. Mak yakin Mia boleh hadapi semua dugaan ni. Allah sayang Mia sangat-sangat" Wajah Mia makin bercahaya apabila melihat Mak Ani sudah berjalan ke arahnya, memegang seorang bayi di tangan. Senyuman Mia mati. 'Siapa bayi di tangan mak tu?'

"Mak, Mia rindu mak" Wajah bersih Mak Ani di cium bersilih ganti dengan wajah Mak Senah. Hatinya gembira dengan kehadiran orang-orang yang disayanginya di situ.

Mak Ani menghulurkan bayi itu ke tangan Mia. Mia teragak-agak untuk menerima. Wajah bayi itu dipandang lama. Wajahnya seiras wajah suaminya. Muka Mak Ani di pandang dengan pandangan pelik.

"Mia, ini anak Mia dengan Haiqal. Mak sayangkan Mia sangat-sangat. Kuatlah demi anakmu, demi dirimu sayang" Mia membulatkan matanya. Bersyukur! Dia menangis gembira. Wajah anaknya dicium lama. Kegembiraan yang sukar untuk diungkapkan dengan mulut. 'Anak ibu? Allahuakbar.'

"Mia, ingatlah. Allah uji hambaNya kerana Dia sayangkan hambaNya. Jangan pernah sesekali berputus asa dengan segala ujianNya" Tangan Mak Ani sudah membelai lembut rambut anaknya. Mukanya berseri dengan senyuman.

"Pergilah Mia. Pergi berjuang untuk hidupmu sayang. Jangan sesekali menoleh kebelakang lagi. Masih ramai yang menantimu di sana" Mak Senah memeluknya kuat, sempat mencium dahinya. Anaknya yang berada di tangannya di angkat Mak Ani. Mia menangis kuat, mengharapkan orang-orang yang disayanginya itu membawanya juga. Dia cuba untuk mengejar, namun kakinya terasa berat, akhirnya dia jatuh ke tanah. Makin lama, kelibat kedua-dua orang yang disayangi lenyap dari pandangan. Hatinya pilu. 'Makkkk'

MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)Where stories live. Discover now