---TIGA BULAN KEMUDIAN---
"Mia. Lamanya kau bersiap. Harini kau ada temuduga kan. Lambat sampai sana nanti. Kau buat apa lagi tu. Ya Allah minah ni" Aini menjerit di bawah seperti orang gila kerana dia sudah menunggu sahabatnya itu hampir 10 minit dalam kereta namun kelibat sahabatnya belum muncul-muncul juga.
"Sekejap. Aku pakai tudung ni. Dah nak siap dah ni" Mia membalas kuat.
"Cepat lah. Nanti terlepas pulak interview tu" Aini kini sudah berada di depan pintu Mia. Melihat sahabatnya itu masih mengemaskan lipatan tudungnya, dia menggeleng.
"Eleh kau ni, kau tengok jam tu. Baru pukul 700 pagi. Temuduga kol 830pagi kan." Mia masih mempertahankan dirinya apabila dimarahi Aini. Muka masih dihadapan cermin.
"Aku bukan apa Mia, aku terexcited pulak, tahu tak" Aini ketawa.
"Yelah cik kak oii. Tapi okay tak aku pakai macam ni?" Aini memerhati pemakaian Mia. Dia tersenyum.
Mia mengenakan baju kemeja putih labuh. Berseluar hitam dan bertudung hitam bunga bunga merah. Kasutnya yang akan dipakai berwarna merah sangat sesuai dengan tudung yang dipakainya. Tone kulitnya bertambah seri apabila dia mengenakan lipstik merah. Tidak diragui lagi, Mia memang mempunyai citarasa yang tinggi dalam dunia fesyen terkini. Boleh dikatakan pakai apa pun pasti tampak begitu anggun dan cantik.
"Macam mak cik nak pergi pasar. Dah lantak kau lah. Cepatlah. Interview kau tu lagi penting" Balas Aini ringkas sambil ketawa besar. Senang dia dapat mengenakan Mia. Mia membuntangkan matanya. Aini berlalu menuruni anak tangga.
"Betul-betullah Aini. Kalau tak okay aku pergi tukar baju lain." Mia menjerit. Aini masih ketawa. Mia tersenyum lalu tergelak bersama. Dia tahu Aini hanya bergurau.
Sejak peristiwa hitam yang terjadi dalam dirinya, Ainilah yang banyak bagi sokongan kepadanya. Dia kemurungan selama berminggu-minggu lamanya, namun sahabatnya tetap di sisi. Menangis bersama. Bangkit pun bersama. Mungkin jika tiada Aini di sisinya, dia sudah tidak ada lagi bergerak bebas di muka bumi ini.
Selama berminggu-minggu Mia hanya bergantung dengan ubat. Tidurnya sentiasa ditemani mimpi-mimpi buruk. Dia akan melilau setiap malam dan menangis sampai keesokkan paginya. Namun begitu, ketabahan hati Aini dalam menyembuhkannya memberi jentikan baru dalam hatinya. Sampai bila dia harus jatuh dan menyusahkan sahabatnya itu. Hari demi hari dia semakin pulih. Dia mencari semangat dengan bergantung dengan membaca ayat suci Al-Quran. Dia akan menghadirkan diri apabila tiba sesi rawatan. Tidak pernah lagi dia membuat alasan untuk tidak pergi ke rawatan tersebut. Alhamdulillah, dengan semangat dan segala rawatan yang dihadiri, doktor telah mengistiharkan bahawa dia telah pulih sepenuhnya.
Mulut Aini masih berceloteh. Mia memandang Aini lama. Dia tersenyum dengan celoteh dan jenaka yang diceritakan oleh sahabatnya itu. Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh sahabatnya kepadanya. Aini adalah satu-satunya orang yang boleh dia bergantung harap. Mia memegang tangan sahabatnya itu. Aini menoleh ke arah Mia.
"Terima kasih sebab tolong aku selama ni. Terima kasih sangat-sangat." Mia tersenyum. Aini membalas. Tangan Mia di genggam. Matanya berkaca namun ditahan supaya tidak mengeluarkan titisan air mata.
"Kau jangan menangis. Puas pula nak kena touch up make up kau tu pulak. Please not now!" Aini membuat muka sedih sambil jari telunjuknya digerakkan tepat ke arah muka Mia. Mereka berpandangan akhirnya ketawa bersama.
***********************************
Setengah jam perjalanan dirasakan amat jauh. Mungkin akibat jem. Biasalah pagi hari di ibu kota, ramai yang berlumba-lumba untuk ke tempat kerja demi mencari rezeki halal. Dilihat jam ditangan. Masih awal. Aini dan Mia berborak kosong. Sengaja mahu menghilangkan rasa bosan.
Mereka tiba di syarikat tersebut tepat jam 0800 pagi. Masih ada baki setengah jam untuk temuduga. Aini memberhentikan kereta di kafe syarikat tersebut. Malas pergi makan jauh-jauh. Mujurlah dia bercuti pada hari tersebut. Bolehlah dia menemani Mia. Mereka berbual kosong sambil bergelak-sakan. Saja untuk menghilangkan rasa gemuruh dihati Mia yang sudah bertandang.
Mia fokus dengan perbualannya, namun dari kejauhan, sepasang mata sedang galak melihat mereka berdua.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...