Mia melambai tangannya. Sudah acap kali dia memberi alasan untuk tidak mengikuti Haiqal balik ke rumahnya, namun diyakinkan oleh Datin Aina supaya sentiasa bersama suami. Katanya, syurga isteri dibawah telapak kaki suami. Alasan yang paling kukuh dan sukar untuk di bantah sama sekali. Hati Mia menjerit. Aini hanya mampu melepaskan sahabatnya itu dengan pandangan sepi, tidak dapat untuk menolong lagi.
Sebelum Haiqal memasuki kereta, Datin Aina bersungguh-sunguh mengajak anaknya itu untuk mengambil angin bersamanya di bandar Penang, namun Haiqal meminta diri dengan memberi seribu alasan. Jadi Datin Aina hanya mampu menghantar pemergian anak dan menantunya dengan hati yang sedih. Melihat kereta Haiqal hilang dari pandangan, Datin Aina melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. 'Moga perjalanan rumah tangga kalian di redhai Allah'
************************************
Mia mengeluh perlahan. Tidak tenteram dengan keadaan yang dihadapinya sekarang. Perlahan-lahan cermin kereta di tutup. Dia tidak menghiraukan lelaki yang berada di sebelahnya apatah lagi memandang lelaki itu. Hatinya yang sakit ditambah dengan debaran kuat di dada membuatkan Mia menarik nafas panjang. Dia memicit kepalanya perlahan. Terasa berdenyut kuat, mungkin kerana keadaannya yang tidak cukup tidur. Kepalanya di sandarkan ke belakang manakala matanya ditutup rapat. Hatinya beristigfar panjang. 'Berdosakah aku jika aku membenci lelaki yang bernama suami ini? Derhakakah aku jika aku menanamkan dendam kepada lelaki di sisiku ini?'
Haiqal memandang Mia di sebelahnya dengan ekor mata. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Hatinya tergelak kuat. Sedikit sebanyak menceriakan paginya itu. Fokus pemanduannya sedikit terganggu apabila mengingati kejadian malam tadi.
"Well Mia Qalisha, you think I'm that stupid?" Haiqal membangunkan kepalanya dari bantal dan mendekatkan mulutnya di telinga Mia. Dia melihat Mia cuba untuk melarikan diri darinya, namun dia sempat memeluk tubuh kecil itu kuat. Dia tergelak sinis apabila Mia mula memukul dadanya, semakin lama semakin perlahan pukulannya. Tangannya mula menjalar di belakang tubuh Mia. Terasa tubuh Mia sedikit berpeluh. Nafas Haiqal sudah tidak teratur. Mendengar suara Mia sedikit merayu supaya dilepaskan, membuatkan dia semakin ghairah mencari butang baju wanita itu, tidak dapat melawan nafsunya yang memuncak itu.
"Kau nak tipu aku, tapi kau tak fikir ke alasan kau bagi tu alasan paling bodoh?" Haiqal bertanya perlahan dengan suara sedikit memerli sambil memegang dagu Mia kuat. Matanya memandang Mia dengan pandang tajam. Melihat wanita di depannya memejamkan mata sambil berusaha untuk melepaskan diri membuatkan mulutnya rakus mencium wanita itu.
Buat pertama kalinya Haiqal bersetuju dengan suara hatinya. Ya! Dia rindukan wanita di hadapannya itu. Namun bukan rindukan sebagai isteri, tetapi dia lebih rindukan tubuh badan yang mengiurkan itu. Rindukan wangian rambut dan badan wanita itu. Terlampau rindu sampai membuatkan dia ketagih. Ketagih untuk menerokai wanita misteri dihadapannya itu.
"Aku kawan dengan ramai doktor Mia, so don't even lie to me. I know all this better than you my dear!" Haiqal bersuara lembut di telinga Mia. Pipi wanita itu sudah di basahi air mata. Haiqal tidak menghiraukan keadaan Mia. Baginya, itu semua lakonan Mia semata-mata. Lakonan yang sama dilakonkan di bilik hotel empat bulan lepas. Haiqal menarik nafas panjang. Sedikit sebanyak membuatkan dendam lama bertamu di hati.
"Kau nak tipu aku lagi ke?" Haiqal menarik rambut Mia, membuatkan tangisan Mia sedikit kuat. Haiqal menekup mulut Mia supaya suara itu tidak di dengari orang.
"Kau tak malu papa mama dengar kau menangis? I don't care with your tears!" Tubuh kecil Mia semakin lemah apabila dia menarik kasar baju wanita tersebut. Suara dalam mindanya menegah supaya menghentikan perlakuannya namun hatinya tetap mendorongnya supaya meneruskan. 'Dia isteri aku, so it's up to me to do anything to her!'
Haiqal tersenyum galak. Nafsunya semakin memuncak apabila melihat bahagian dada Mia yang terdedah. Dorongan hawa nafsunya membuatkan dia tidak berfikir panjang apatah lagi memikirkan perasaan Mia. Tiada yang bisa mengotori hati dan menggelapkan fikiran, selain menuruti hawa nafsu syaitan.
Untuk kesekian kalinya, hidupnya terasa sangat lengkap. Lengkap yang tidak dapat di ungkap. Puas! Seribu permasalahan di mindanya terasa ringan. Malam itu menjadi saksi penyatuan yang sah di antara suami isteri.
YOU ARE READING
MIA QALISHA (ON GOING/EDIT)
RomancePertemuan antara Mia Qalisha dan Haiqal Syafiq dalam satu kemalangan di sebuah hotel menyatukan mereka berdua dengan cara yang tidak dirancang. "Abang akan dapatkan cinta Mia, walau seribu tahun abang akan tetap tunggu" - Haiqal Syafiq "Luka yang a...