02

2.5K 303 3
                                    

Selepas tamat waktu persekolahan, aku bercadang nak singgah di perpustakaan sekolah.

Sohyun terpaksa balik awal sebab ada hal penting yang perlu diuruskan.

Jadi, hanya aku yang pergi ke sana.

Aku tak risau sangat sebab masih asa ramai lagi pelajar lain yang berada di perpustakaan.

Aku ke perpustakaan untuk buat rujukan memandangkan esok kelas aku ada pembentangan.

Aku rajinkan diri untuk baca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam tempoh satu jam yang ada ini.

Jadi satu jam yang lama itu mula berlalu.

Saat demi saat , minit demi minit berlalu pantas tanpa aku sedar

Dan entah sejak bila, aku sudah pun tertidur beralaskan buku rujukan tersebut.

Ah malunya.

Aku terjaga pun diaebabkan oleh kau yang datang kejutkan aku.

Kau tersenyum dan tergelak halus ketika melihat wajah kosong aku sewaktu aku bangun dari tidurku yang singkat itu.

Aku terus bangun dan berjalan keluar dari situ bersama baranganku.

Ah! Malunya!

Kenapa dalam banyak-banyak pelajar yang ada dalam tu, kau juga yang kena kejutkan aku?

Jihoon, kenapa mesti kau?

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now