35

1K 144 6
                                    

Minseul pov

Aku berdehem. Sesekali cuba untuk tidak mempedulikan pandangan dari beberapa orang pelajar yang tengah memandang aku sekarang. Tali beg aku pegang dengan erat sambil berjalan menuruni tangga bersama Sohyun.

"Kalau kau dengar apa-apa, buat tak tahu je." Sohyun berkata kepada aku dan aku hanya mengangguk perlahan. Ketika itu, aku ternampak Daniel di hadapan pagar bersama Seongwoo tengah berborak. Aku rasa, dia tengah tunggu Sohyun kot.

"Sohyun, kau pergilah dengan Daniel. Aku tak nak kacau korang. Jangan risaukan aku." aku menolak lembut bahu Sohyun namun Sohyun hanya memandang aku pelik.

"Takkanlah aku nak tinggalkan kau? Daniel boleh je ikut kita sekali." Sohyun berkata, cuba meyakinkan aku. Bahunya aku pegang.

"Tak apa. Aku ada benda yang perlu dibincangkan dengan Jihoon. Kau pun tahu tentang apa, kan?" aku menyoal. Malu pula nak mention tentang kejadian tadi. Sohyun tersenyum sebelum mengangguk perlahan.

"Okey. Kalau macam tu, aku pergi dulu. Baliklah dengan Jihoon nanti." Sohyun berkata sebelum melambai dan menapak ke arah Daniel. Akhirnya, aku dapat melepaskan satu keluhan halus.

Aku perhatikan sekeliling aku. Aduh, dah kenapa mereka pandang aku macam nak bunuh aku pulak sekarang ni? Lebih baik aku teruskan berjalan.

Tengah aku kelam-kabut ingin mengeluarkan earphone dari beg, aku terlanggar pulak dengan seorang perempuan ni. Halamak, kenapa dia ada kat sini pulak?

"Eo, unnie. Tak sangka jumpa kat sini." aku mengangkat wajah untuk memandangnya. Ya, dialah Song Jihyun. Aku rasa dia tak patut tersenyum macam tu kat aku sekarang sebab aku rasa senyuman dia sungguh palsu dan plastik.

Barbie pun kalah agaknya.

"Unnie cakap unnie kawan Jihoon tapi kenapa Jihoon buat macam tu tadi?" dia menyoal aku, masih tersenyum seperti tadi. Dia ni sengaja nak tarik perhatian pelajar lain ke apa?

"Kenapa tak tanya Jihoon sendiri? Lagipun, awak dan Jihoon bukannya kenal sangat. Kenapa awak nak berlagak macam awak tu kekasih dia?" aku berkata sinis, sungguh aku geram ketika ini.

Macam, kau bukan girlfriend dia kan? Janganlah nak melebih macam ni.

"Saya tanya baik-baik, unnie. Unnie jangan nak berksar pulak." dia berkata dan aku rasa aku tak patut layan dia. Aku pun terus berlalu pergi namun dia menahan lengan aku.

Ee, pleaselah jangan nak buat drama murahan kat sini budak.

"Minseul." aku dan Jihyun serentak menoleh ke arah satu suara yang menegur. Aku ingatkan Jihoon ke siapa tapi tak sangka pula itu dia.

"Ada benda yang kita perlu bincangkan untuk latihan minggu hadapan. Tadi awak kata nak cepat, kan? Jomlah." dia menarik lengan aku dan membawa aku pergi jauh dari Jihyun yang kebingungan.

Aku memandang wajahnya dari sisi. Macam tak percaya dia sanggup tolong aku.

"Saya tak tahu apa masalah Jihyun tu, tapi saya tak nak awak berdua bergaduh dan jadi tumpuan pada keesokan hari. Sebab tu saya bantu. Tak ada niat lain." dia berkata, seolah-olah tahu bahawa aku inginkan penjelasannya.

Aku tersenyum.

"Guanlin-ssi, gomawo."

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now