34

1K 134 5
                                    

Jihoon pov

"Fuyoo! Berani pulak kau cium pipi dia? Hebat." Jinyoung mengangguk-anggukan kepalanya sebelum ketawakan aku semula. Dia tahu pun sebab Daehwi yang ceritakan.

Lagipun waktu tu, aku perlu selamatkan diri dari Jihyun!

"Aku rasa, satu sekolah akan fikir yang kau ni teman lelaki si Minseul tu." Daehwi berkata dan aku melepaskan satu keluhan halus. Aku cuma harap Minseul tak bencikan aku atas apa yang aku dah lakukan.

"Habislah aku..." aku menyebamkan wajahku di meja. Kecewa dengan diri sebab bertindak melulu tadi. Aku tak fikir pun apa yang Minseul akan alami selepas ni.

"Macam mana kau berani cium pipi dia, macam tu jugaklah kau kena berani luahkan perasaan kau kepada dia, Jihoon." bahu aku terasa ditepuk oleh Jinyoung beberapa kali. Kepalaku diangkat untuk memandang Jinyoung.

"Kalau dia tak terima?" aku menyoal, tidak yakin. Tidak yakin dengan diri aku ni.

Walaupun aku comel, aku tak tahu kalau Minseul sukakan aku lebih dari seorang kawan atau tidak.

"Dia akan terima kau. Ala, kau tak yakin dengan diri kau ke? Kau kan Park Jihoon. Budak jeojang yang popular dan tercomel di sekolah." Jinyoung berkata walaupun aku dapat hidu nada sarkastik dia. Tak ikhlas sungguh ayat terakhirnya tadi.

"Nantilah aku cuba. Sekarang aku nak fikir macam mana nak jelaskan dia pasal ciuman tadi." aku berkata lagi sebelum menyebamkan wajahku di meja semula. Kusut otak aku dibuatnya.

"Kau kena fikir tentang Jihyun tu jugak. Mana tahu, Minseul akan jadi mangsa lepas ni." Daehwi memberi peringatan. Sekali lagi aku terasa stupid.

"Jangan risau. Selagi aku ada, aku takkan biarkan dia sentuh Minseul." aku bersuara sendiri menyebabkan kedua-dua budak gila itu bersorak riang sambil memukul-mukul bahu aku dan mengusutkan rambut aku.

"Nampaknya, Jihoon bakal menunjukkan belangnya nanti." aku terdengar Jinyoung berkata kepada Daehwi sebelum aku tergelak sendiri.

Ya, masa tu dia akan tahu siapa Park Jihoon yang sebenar.

+++

omg cerita ni jadi makin panjang pulak xD

plus, cara penulisan aku pun jadi makin panjang dan lain dari sebelum ni HAHAHAHA

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now