33

1K 146 12
                                    

Jihoon pov

"Kau tak rasa ke budak perempuan tu asyik perhatikan kau dari tadi?" aku yang sibuk menekan butang pada mesin minuman itu menoleh ke arah yang Daehwi tunjukkan dengan matanya.

"Janganlah pandang! Kantoi kang kita cakap pasal dia!" Daehwi memukul bahu aku sebaik sahaja aku cuba mencari budak perempuan yang dimaksudkan olehnya. Kalau ya pun, tak payahlah pukul. Tak ke makin obvious tu?

Tin cola yang menggelongsor keluar dari mesin aku ambil sebelum memandang ke sekeliling. Aku menangkap satu figura yang aku yakin adalah budak perempuan yang dimaksudkan oleh Daehwi tadi.

"Buat tak tahu je." bisik aku kepada Daehwi sebelum mengajaknya kembali ke kelas semula. Daehwi menjongketkan bahu sebelum mengikut rapat langkah aku dari belakang.

"Kau kenal dia?" soal Daehwi sambil menyedut sedikit minumannya.

"Kenal tu tak lah. Tapi aku tahu nama dia. Dia mentee si Jinyoung." beritahu aku dan Daehwi sekadar mengangguk faham. Sesekali dia menoleh ke belakang sebelum menyiku lengan aku perlahan.

"Dia ikut kitalah." bisiknya lagi. Mata aku membulat. Biar betul? Aku pun mempercepatkan langkah aku. Daehwi seakan faham yang aku ingin melarikan diri dan dia juga berbuat demikian, berjalan sedikit laju namun masih nampak natural.

Ketika sibuk melarikan diri, aku ternampak Minseul dan Sohyun dari jauh tengah berborak dengan gembira. Oh! Ada Daniel juga disitu! Aku pun menoleh memandang Daehwi.

"Ikut aku."

---

Minseul pov

"Daniel, awak dengan Sohyun dah dua minggu jadi pasangan, kan? Tak nak bawa dia pergi special date ke?" aku mengusik Daniel yang sudah tersenyum segan mendengarnya. Sohyun pula menjeling aku namun senyuman di bibirnya tidak dapat disembunyikan.

"Ani. Saya memang tengah sediakan sesuatu tapi tunggu masa yang sesuai je. Kan, Sohyun?" Daniel menyiku lembut lengan Sohyun membuatkan Sohyun menyikunya pula. Kedua-duanya mula menyiku antara satu sama lain.

Aku rasa ni sweet tapi pada masa yang sama, nampak kelakar. Nak gelak ke tidak?

Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Comel dan tidak terlalu sweet tapi masih dianggap sweet. Kalaulah aku dengan Jihoon macam ni.

Eh?

"Minseullie!" aku terdengar suara Jihoon memanggil aku. Aduh?!? Adakah aku tengah berhalusinasi memandangkan aku baru sahaja memikirkan tentang Jihoon tadi?

"Seul, Jihoon panggil kau tu." Sohyun menarik lengan aku dan aku terus mencari kelibat Jihoon sehinggalah aku ternampak Jihoon tengah berlari ke arah aku dengan senyuman yang lebar bersama Daehwi di belakangnya.

"Kenapa--" aku tersentak apabila Jihoon tiba-tiba sahaja memeluk tubuhku dengan begitu erat. Dah kenapa dia peluk aku di hadapan Daniel, Daehwi dan Sohyun?

Tak.

Yang paling teruk, depan pelajar yang lain yang berdiri berhampiran!

"Jihoon--" aku cuba untuk bersuara namun dia semakin mengeratkan lagi pelukannya. Muka aku mula membahang. Dia salah makan ubat ke?

"Jihoon, saya--"

"Minseul, maafkan saya untuk apa yang saya buat lepas ni." Jihoon berkata pantas dan aku mula keliru dengan kata-katanya itu sehinggalah dia tiba-tiba sahaja mencium pipi aku.

DIA CIUM PIPI AKU DEPAN SEMUA ORANG!!

Ini sungguh memalukan.

+++

Happy new year !! Terima kasih masih setia menunggu xD

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now