Minseul pov
Masa berlalu.
Hari ini ialah hari di mana program mentor mentee itu akan bermula. Hanya kumpulan tertentu sahaja yang akan menjalankan program itu hari ni manakala kumpulan lain pada hari keesokannya.
"Hari ini kumpulan A, B, C dan D je. Lepas waktu sekolah, di perpustakaan." beritahu Sohyun kepada aku. Aku mengeluh. Aku di kumpulan B, kumpulan Jihoon ialah C. Jangan cikgu letak tempat duduk kami bersebelahan sudah.
Sebaik loceng waktu balik berbunyi, kami pun mula bergerak menuju ke perpustakaan. Sohyun terlebih dahulu pergi bersama ahli kumpulannya manakala aku masih menunggu Seongwoo di luar kelasnya.
"Sorry, lambat. Kau satu kumpulan dengan aku kan?" Seongwoo menyoal sebaik dia keluar dari kelas. Aku hanya mengangguk sebelum tersenyum nipis. Dahlah aku tak rapat sangat dengan dia ni.
"Kau tak payah nak rasa kekok dengan aku. Kita anggap je kita dah lama kenal." tambah Seongwoo sebelum mengajak aku untuk ke perpustakaan bersama. Okey, dia ni memang peramah agaknya.
Setibanya kami di perpustakaan, aku dan Seongwoo berjalan menghampiri sebuah meja yang sudah pun ditanda dengan huruf B padanya. Kira strategik jugalah tempat ni. Aku menoleh ke meja sebelah pula.
Nice.
Kumpulan C.
"Kau dengan siapa?" aku menyoal Seongwoo yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi. Seongwoo memandang aku sekilas sebelum mengeluarkan bukunya dari beg lalu menjawab,
"Choi Yoojung. Nasib baik aku kenal dia. Senang sikit aku nak ajar benda yang dia tak tahu nanti." dia berkata selamba. Aku hanya mengangguk. Untunglah kalau kenal.
"Annyeong." aku dan Seongwoo serentak menoleh ke kiri sebaik suara seseorang menegur. Akhirnya tiba juga mentee aku ni. Guanlin pun mengambil tempat di sebelah aku dan tidak lama kemudian, Yoojung pun muncul diikuti beberapa kumpulan yang lain.
"Yah." Jihoon yang baru sahaja tiba bersama Jinyoung mengusutkan rambut aku sebelum duduk di tempatnya. Dia ni, tak payahlah buat macam tu kat depan ahli kumpulan aku. Malu aku dibuatnya.
"Teman lelaki kau eh?" Seongwoo menyoal lalu membuatkan Yoojung dan Guanlin memandang aku. Aku menggeleng pantas.
"Aniya! Kawan je lah." aku berkata namun Seongwoo hanya tergelak di situ. Nasib akulah dapat Seongwoo ni sebagai ahli kumpulan.
"Tapi korang berdua nampak rapat macam pasangan kekasih." tambah Yoojung pula sebelum tergelak bersama Seongwoo di sebelahnya. Ugh, kan dah kena sakat macam ni. Aku menjeling Guanlin di sebelah aku pula.
"Apa?" Guanlin berkata setelah melihat aku yang menjelingnya. Aku hanya berdecit. Kalau dia cuba nak sakat aku, aku sumbat buku matematik aku ni dalam mulut dia.
"Dahlah. Cepat, kita mulakan sesi ni. Jangan borak pasal benda tak berfaedah." aku berkata tegas sebelum membuka buku latihan matematik dan memberikannya kepada Guanlin. Yoojung juga menurut lalu membuka buku latihan matematiknya pula.
"Tapi kan, Minhyun beritahu aku yang Jihoon tu ada hati kat kau." kata Seongwoo sebelum tersenyum mengejek di hadapan aku. Halamak, baru kenal beberapa minit dah mula nak kacau aku.
"Daripada kau merepek, lebih baik kau ajar Yoojung tu." aku berkata sebelum menumpukan perhatian kepada Guanlin di sebelah. Bagus juga budak Guanlin ni. Ingatkan nak join usik aku sekali.
Ketika itu, kepala aku gatal nak menoleh ke meja Jihoon yang terletak tidak jauh di sebelah aku. Kelihatan dia tengah berkenalan dengan ahli-ahli kumpulannya.
Wow, Jihyun dan Jihoon duduk menghadap satu sama lain. Bagus sangatlah. Nama pun hampir sama je bunyi.
"Hello? Kau nak ajar Guanlin ke nak pandang Jihoon?" meja aku diketuk oleh Seongwoo beberapa kali sebelum dia tergelak sendiri. Cepat-cepat aku cover apa yang aku buat.
"Pandang Jihoon apa? Aku tengah cari kawan akulah." tipu aku sebelum kembali memberi tumpuan terhadap Guanlin. Hm tak apa. Kalau aku ajar Guanlin, aku boleh elak rasa cemburu dalam hati ni.
Kejap.
Kau cemburu Minseul?!
"Fokus, fokus." Seongwoo mengusik aku lagi dan aku serta-merta menjelingnya tajam. Sibuk je dia ni.
YOU ARE READING
We || Park Jihoon
Fanfiction"Aku suka dia tapi aku tak tahulah dia suka aku ke tidak." mengisahkan seorang gadis yang menyukai crushnya yang sudah dia kenal sejak kecil tanpa mengetahui bahawa crushnya juga mempunyai perasaan yang sama.