48

905 118 13
                                    

Jihoon pov

"Haih. Hari ni ada program mentor mentee tu pula." aku mengeluh. Sesungguhnya, aku tak nak hari ni tiba.

"Nak buat macam mana. Aku pun menyampah jugak sebab si psiko tu mentee aku." luah Jinyoung pula seraya menggeleng. Ha'ah, kesian lagi dia. Kenapalah nasib kami begini huhu.

Sebaik tiba di perpustakaan, kami pun duduk di tempat kami. Aura seram Jihyun tu kuat gila sampaikan aku nak pandang Jinyoung kat depan pun susah sebab dia tengah renung aku sekarang.

Jadi aku pandang Minji yang duduk di sebelah aku.

"Ada apa-apa ke kat muka saya?" Minji bertanya bila dia perasan yang aku dari tadi cuma pandang wajah dia. Aku tersengih kekok.

"Taklah! Saya cuma--em, muka awak macam seseorang yang saya kenal itu je." kata aku sebelum tergelak sendiri. Nasib baik otak aku laju bertindak.

"Oh. Okey?" Minji memandang aku pelik namun tidak menyoal banyak dan terus menyiapkan latihannya. Dari ekor mata aku nampak Jinyoung tengah tahan gelak. Apa yang lawak ha?

Tak lupa juga, aku cuba memandang ke arah meja sebelah di mana Minseul berada. Kelihatan dia tengah mengajar Guanlin dengan penuh gembira? Ke mata aku salah tengok?

Kalau boleh, aku nak ganti tempat Guanlin sekarang. Rimas tahu duduk semeja dengan psiko ni. Nak mengajar mentee sendiri pun jadi sukar disebabkan dia tu.

"Puas kau pandang Jihoon tu?" automatik aku menoleh ke arah Jinyoung bila dengar dia cakap macam tu. Dia tengah jeling Jihyun sekarang.

"Tak. Tak puas." selamba Jihyun membalas. Nak muntah jugak aku dengar.

"Kau bernasib baik sebab ni perpustakaan tau?" Jinyoung memberi amaran sebelum kembali memandang aku. Aku pun dengan beraninya memandang psiko itu.

Ceh. Berani dia senyum kat aku?

"Jihyun--"

"Ya?"

Amboi. Laju je dia jawab kan?

"Simpan je lah senyuman kau yang tak berapa nak manis tu sebab aku takkan pandang punya. Lebih baik aku pandang senyuman Jinyoung ni ha." balas aku sebelum memandang Jinyoung di hadapan. Jinyoung mula tersenyum.

Er. Geli pula aku tengok HAHAHA!

Okey gurau. Senyuman dia manis tau. Kalau aku perempuan, cair agaknya.

"Susah sangat ke awak nak suka saya? Apa yang Minseul tu ada sampai awak tak nak pandang saya?" Jihyun mula buat perangai di situ. Nasib baiklah suara dia tak kuat.

Dan dia tanya aku apa yang Minseul ada?

"Minseul ada apa yang kau tak ada." balas aku selamba sebelum tersenyum kemenangan. Minseul adalah Minseul dan takkan pernah ada yang sama.

"Oppa boleh je bagi saya peluang untuk buktikan yang saya lebih baik dari perempuan tu." tiba-tiba sahaja suara Jihyun mula meninggikan suara sehinggakan Minji yang fokus tadi mengangkat muka. Aku berdecit.

Tak malu perempuan ni.

"Mian tapi aku bukan jenis yang mudah beri peluang." tegas aku sebelum menyilangkan tangan ke dada.

Aku perasan Minji macam tak selesa dengan pergaduhan antara aku dan Jihyun ni. Jinyoung pula dari tadi fokus menonton tanpa sebarang bunyi.

"Saya akan pastikan saya dapat peluang tu." Jihyun membalas sebelum tersenyum sinis. Dia sengaja nak buat aku ni naik angin ke apa?

Aku pun hairan kenapa Jinyoung boleh tonton je. Selalunya dialah yang meluat gila dan terus melenting bila Jihyun mula merepek macam ni.

"Dalam mimpi je lah--Ani. Dalam mimpi pun aku takkan beri kau peluang walaupun cuma kau seorang je perempuan yang wujud kat dunia ni." kata-kata aku itu berjaya membuatkan Jihyun diam membisu. Dia nampak geram tapi siapa kisah.

Aku bukan jenis yang suka sakitkan hati perempuan tapi kalau dia nak sakitkan orang yang aku sayang, aku kenalah buat benda yang sama.

Aku menoleh ke arah Minseul dan tak sangka, dia tengah memandang aku ketika itu. Aku rasa, dia nampak apa yang berlaku tadi.

Satu senyuman aku pamerkan kepada dia. Tak naklah dia risau kan?

+++

thanks for 21k reads and 3.9k votes !!

k aku patut study untuk paper esok bye 😂

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now