Minseul pov
"Jihoon!" aku memanggil Jihoon yang betul-betul berada di pintu pagar. Aku tahu suara aku dah cukup kuat tapi Jihoon macam buat tak dengar.
Aku pun mula mengatur langkah lebih pantas ke arahnya namun tidak terlalu pantas. Yelah, nanti ada orang tengok aku juga yang kena kecam sebab gedik kejar 'oppa' diorang.
"Yah!"aku menarik lengannya dan dia akhirnya berhenti.
"Kau pekak ke apa?" soal aku geram. Aku yang penat kejar dia, siap menjerit lagi tapi dia boleh je selamba abaikan aku?
"Kenapa ni?" soal aku lagi bila Jihoon hanya diam. Tak pernah-pernah aku tengok budak ni diam sangat. Selalunya dialah yang mengada bila aku ada.
"Kalau kau nak marah pasal aku peluk kau dan cium pipi kau hari tu, aku nak minta maaf." katanya dengan nada datar. Berkerut seribu dahi aku mendengarnya.
"Aku pergi dulu." dengan selambanya, dia terus melangkah pergi meninggalkan aku yang terkebil-kebil di situ sendiri.
Heol.
Itu bukan Park Jihoon yang aku kenal.
Aku pasti mesti dia tak ada mood. Lantaklah, asalkan dia dah minta maaf. Aku tak kisah sangat tapi tipulah kalau aku tak rasa sedih bila dia layan aku macam tu.
Tanpa berlengah, aku pun mula bergerak menuju ke kelas. Dalam perjalanan,aku terserempak dengan Daehwi dan Jinyoung yang tengah membeli minuman di mesin minuman.
"Heol! Aku nak yang tu, bukan yang ni!" aku terdengar Jinyoung memarahi Daehwi. Daehwi hanya tersengih di situ sebelum menyerahkan minuman yang lain kepada Jinyoung.
Serentak dengan itu, pandangan aku dan Daehwi bertembung. Mata dia terbeliak sebelum dia menepuk bahu Jinyoung membuatkan Jinyoung menoleh memandang aku.
"Eo. Hai,Minseul." dia menyapa. Daehwi di sebelah sekadar melambaikan tangan. Okey apa mimpi budak ni tegur aku bruh.
Aku hanya senyum sebagai balasan. Alang-alang dah bertembung dengan budak berdua ni, aku pun teringatkan perangai pelik Jihoon tadi. Lebih baik aku tanya.
"Em, tadi saya ada jumpa Jihoon. Dia nampak moody semacam. Awak berdua tahu ke kenapa dia macam tu?" soal aku. Jinyoung pandang Daehwi, Daehwi pun pandang Jinyoung sebelum kedua-duanya memandang aku.
"Entahlah. Rasanya dia moody sejak semalam kot." jawab Daehwi kurang pasti sebelum memandang Jinyoung.
"Ah! Mungkin sebab tu tak?" Jinyoung menepuk tangan seperti teringatkan sesuatu.
"Sebab apa?" aku bertanya lagi. Mereka berdua bertukar pandangan sebelum Daehwi mengangguk seperti faham akan senyuman yang diukir di bibir Jinyoung sekarang.
"Jangan risau. Dia cuma cemburu je." tambah Jinyoung sebelum tergelak bersama Daehwi. Okey, dah kenapa dia cemburu? Apa yang nak dicemburukan oleh si Jihoon ni?
"Kami tak berani nak cakap banyak. Tapi kami rasa, dia moody sebab dia nampak awak dan Guanlin semalam." kata Daehwi sebelum tergelak lagi. Jap, aku dengan Guanlin ke semalam?
"Kitorang dah lambat ni so pergi dulu. Bye." Jinyoung pun mula melangkah pergi bersama Daehwi dan aku hanya tersenyum sebagai balasan. Okey cuba ingat apa yang berlaku semalam.
Ya,aku memang bersama dengan Guanlin semalam. Itu pun sebab aku cuma nak beritahu dia untuk siapkan latihan bab yang baru lepas tu Jihyun datang nak kacau aku lagi dan Guanlin pun lindung aku dari psiko tu ...
Ey.
Takkanlah Jihoon cemburu pasal tu je kot??
Dia nampak ke semalam?!
Wow, dia memang salah faham.
Kau suka aku ke Jihoon?
YOU ARE READING
We || Park Jihoon
Fanfiction"Aku suka dia tapi aku tak tahulah dia suka aku ke tidak." mengisahkan seorang gadis yang menyukai crushnya yang sudah dia kenal sejak kecil tanpa mengetahui bahawa crushnya juga mempunyai perasaan yang sama.