36

1K 151 4
                                    

Minseul pov

"Awak nak hantar saya sampai ke rumah ke?" aku menyoal Guanlin yang masih setia berjalan di sebelah aku. Kami baru sahaja menuruni bas dan sekarang aku dalam perjalanan untuk ke rumah aku.

"Ani. Rumah saya pun dekat-dekat sini je." Guanlin berkata senada. Aku hanya mengangguk perlahan. Kau ni suka sangat nak malukan diri kau, Minseul. Jangan nak perasan sangatlah.

"Tapi kalau sunbae nak saya hantarkan, saya okey je." Guanlin berkata lagi sebelum menoleh memandang aku. Aku turut membalas pandangannya.

Apa ni?

Tadi dia relaks je panggil nama aku, sekarang dia panggil aku sunbae pula?

"Sunbae?" soalan itu terkeluar dari mulutku tanpa aku sedari. Guanlin tersenyum kecil sebelum tergelak. Okey, dia gelak guys. Tak pernah aku tengok dia gelak macam ni.

"Habis tu sunbae nak saya panggil apa? Noona? Minseul noona? Macam tu?"

Okey, itu lagilah pelik.

Aku menggeleng pantas sebelum tergelak kekok. Kenapa tiba-tiba pipi aku rasa panas ni? Aduh, sudah cukuplah tu. Jangan malukan diri lagi, Minseul!

"Tak apa. Panggil je sunbae." aku berkata tanpa memandangnya. Aku terdengar suara Gualin tergelak kecil di sebelah aku. Sabar jelah kena gelak dengan dia. Suasana mula bertukar hening dalam sekelip mata.

Aku tak tahu nak borak apa dengan dia.

Namun aku bernasib baik sebab rumah aku sudah pun kelihatan di hadapan sana. Aku memandang Guanlin di sebelahku, menyebabkan dia turut memandang aku.

"Sampai sini je lah. Rumah saya dah dekat." aku memberitahu Guanlin. Guanlin hanya memandang aku seketika sebelum bersuara.

"Aniya. Saya kena hantar sampai kat depan rumah. Kalau apa-apa terjadi, saya akan rasa bersalah. Saya kena pastikan sunbae tiba di rumah dengan selamat." kata-katanya itu membuatkan aku rasa sedikit terharu tapi aku tak tahu kenapa aku rasa terharu hahaha.

"Okey, kalau awak dah cakap macam tu." aku pun mula berjalan menuju ke rumahku yang hanya beberapa meter sahaja di hadapan bersama Guanlin. Setelah tiba di hadapan rumah, aku menepuk bahu Guanlin beberapa kali.

"Gomawo untuk kes Jihyun tadi dan yang sekarang ni. Ada masa, saya pulak yang akan bantu awak." aku berkata dan Guanlin hanya tersenyum dan mengangguk. Setelah itu dia meminta diri untuk balik ke rumahnya.

Disebabkan kebaikan Guanlin yang tidakku sangka hari ini, aku terlupa nak cari Jihoon untuk minta penjelasan dia.

+++

gomawooo buku ni dah hampir cecah 9k views and 2k votes !!! (ಥ_ಥ)

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now