22

1.2K 177 6
                                    

Jantung aku berdegup kencang. Tangan aku menggeletar. Okey, Jihoon. Kau boleh buat semua ni. Kau boleh! Kau boleh dan percayalah yang kau boleh! Kau---

"Berapa lama kau nak berdiri kat sini?" soal Jinyoung yang hairan melihat aku masih berdiri di belakang pokok bersama mereka. Siapa lagi? Daehwi dan Jinyoung lah.

"Tunggulah. Aku masih berdebar ni." aku berkata, membela diri. Lagipun aku memang berdebar sangat sekarang ni. Minseul ada dalam kedai buku sana. Sekarang tunggu dia keluar je.

"Kau pakailah topi keledar tu. Nanti terlupa nak pakai, kau jugak malu." Daehwi menjuihkan bibirnya ke arah topi keledar yang ada di tangan kiri aku. Aku berdecit, tahulah. Topi keledar aku pakai. Sebagai langkah agar dia tak nampak muka aku.

"Dia dah keluar!" Jinyoung menolak aku sebaik sahaja Minseul keluar dari kedai. Halamak dia ni. Makin nervous aku dibuatnya. Aku pun mendekati Minseul dengan beraninya.

"Cik?" aku memanggil, cuba untuk buat suara aku kedengaran lebih dewasa. Minseul memandang aku hairan.

"Ya?"

"Ini ... ada seorang lelaki yang comel dan kacak berikan kepada cik." aku berkata sambil menyerahkan bunga ros itu kepadanya. Dahinya berkerut sebelum mengambil bunga itu dari aku.

"Lelaki comel dan kacak? Siapa?" dia menyoal. Aku tersenyum sendiri pulak di sebalik topi keledar ni hahahahaa.

"Nanti dia akan cari awak, awak tunggulah dia. Berilah dia peluang. Saya yakin, dia dah lama sukakan awak." aku berkata bersungguh-sungguh sebelum berjalan pergi dengan bergayanya. Tak tahulah apa yang dia fikir tapi aku gembira dapat berikan dia bunga tu.

Walaupun tetpaksa menyamar jadi posmen macam ni haih.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now