59

983 60 16
                                    

Minseul pov

"Minseul!"

Aku menjeling tajam Jihoon dari sisi yang memeluk aku sebaik sahaja aku muncul di pintu masuk sekolah. Aku menolak perlahan badannya supaya dia tak buat drama bukan-bukan di depan pelajar lain.

"Baru tiga hari tak jumpa nak melebih. Malam tadi pun kita ada berbual di telefon, kan?" Aku berkata kepadanya. Jihoon seperti biasa hanya sengih comel.

"Rindu saya takkan terubat selagi saya tak jumpa awak, tahu tak?"

Hm. Mula dah.

"Jihoon, saya baru datang sekolah hari ni jadi awak tolong jangan nak mengada dulu." Aku menolak lembut bahu Jihoon lalu berjalan terlebih dahulu. Kedengaran dia tergelak sendiri di belakang sebelum berlari anak untuk berjalan di sebelah aku.

"Mengada dengan kau je pun." Dia berbisik cukup untuk aku seorang sahaja mendengar. Aku hanya memandangnya dengan tajam sebelum tersenyum sendiri. Baguslah kalau untuk aku seorang.

"Macam mana dengan sekolah? Okey?" Tanya aku kepada Jihoon. Jihoon memandang aku sekilas sebelum merangkul tangannya pada bahu aku.

"Sekolah okey cuma aku yang tak okey." Katanya. Aku pandang Jihoon dengan salah satu kening aku dinaikkan tinggi ke atas. Dia kata dia yang tak okey?

"Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku?" Soal aku ingin tahu. Manalah tahu dia ada cari masalah ke apa sepanjang aku tak ada di sekolah selama tiga hari tu.

"Taklah. Aku tak okey sebab kau tak ada." Jawabnya selamba membuatkan aku menjelingnya tajam. Pipinya itu terus aku cubit dengan kuat. Jihoon apalagi, terus terjerit dia.

"Yah! Sakitlah!" Dia mengaduh sambil menggosok pipinya yang sudah pun merah itu dengan tangan. Aku hanya tayang wajah tak kisah dan meneruskan langkah aku tanpa mempedulikan Jihoon di sebelah yang tengah kesakitan.

"Lain kali jangan mengada awal pagi macam ni." Sempat aku berkata begitu sebelum mepercepatkan lagi langkah aku. Aku pastu Jihoon buat muka tak kisah di belakang aku sekarang. Perangai dia aku dah faham sangat.

Sebaik aku tiba di laluan koridor, aku bertembung dengan Guanlin. Aku pun tersenyum ke arahnya lalu menyapa.

"Guanlin, selamat pagi!" Riang betul bunyi aku hahahaha. Harap-harap Jihoon tak dengar.

"Ingat aku tak dengar ke?" Jihoon berbisik betul-betul di belakang aku. Cepat pulak dia? Bukan tadi aku dah tinggalkan dia jauh ke?

"Pagi, sunbae. Kaki dah okey ke?" Guanlin bertanya sambil bibirnya tidak lekang dari senyuman. Aku mengangguk.

"Dah okey. Tak teruk mana pun seliuh ni sebenarnya." Beritahuku sambil memandang kaki aku yang pernah terseliuh hari tu. Yelah, setakat jatuh dari tangga je pun.

Eh, macam mana Guanlin tahu kaki aku terseliuh?

"Baguslah kalau macam tu. Lain kali hati-hati ya, sunbae." Pesan Guanlin lalu pandangannya beralih pula ke arah Jihoon yang kini berdiri di sebelah aku. Dia tengah sibuk renung Guanlin dari tadi sampaikan aura cemburu dia tu aku dapat rasa.

"Dan hyung, tolong jaga baik-baik teman wanita hyung ni. Sekali hyung leka, macam-macam boleh jadi." Itulah ungkapa terakhir Guanlin sebelum dia berlaku pergi meninggalkan aku dan Jihoon dalam kekeliruan di situ.

"Tch. Dah kenapa? Aku tahulah nak jaga teman wanita aku." aku terdengar Jihoon mengomel sendiri. Sebelum sempat aku bersuara, Jihoon terlebih dahulu merenung aku dengan mata yang dikecilkan lalu berkata.

"Cuba jujur. Ada apa-apa ke yang awak sorok dari saya, Minseul? Sampaikan Guanlin tiba-tiba cakap macam tu tadi?"Jihoon bertanya. Terselit sedikit nada serius dalam pertanyaannya itu. Mata aku berkedip beberapa kali.

"Awak rasa saya ada sorok apa-apa ke?" Aku tidak menjawab malah menyoalnya semula. Jihoon hanya diam, cuma mahukan jawapan kepada soalannya.

Aku juga diam, hanya merenung wajah Jihoon yang sudah pun bertukar serius sepenuhnya. Aku cuba nak ingat ada apa-apa ke yang aku rahsiakan dari Jihoon tapi rasanya tak ada kot.

"Saya tak pasti tapi saya rasa apa yang Guanlin kata tadi mesti ada kaitan dengan kejadian awak jatuh dari tangga hari tu." Kata-kata Jihoon membuatkan aku sedikit terkejut sebenarnya. Ya, aku rasa aku memang ada sorokkan sesuatu dari dia.

Aku tak beritahu dia pun waktu kejadian, Jihyun ada bersama dengan aku.

Patut ke aku beritahu?

"Jung Minseul?" Jihoon memanggil aku apabila aku kekal berdiam diri. Aku pandang sejenak wajahnya sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan semula.

Aku rasa aku tak patut beritahu tentang Jihyun tu. Nanti hanya mengeruhkan keadaan.

"Pergi ke kelas awak sekarang. Saya boleh berjalan dari sini." Aku akhirnya bersuara dan meneruskan langkah aku ke kelas. Aku bukannya berniat nak menipu cuma aku nak mengelak daripada memberitahu Jihoon tentang kejadian di tangga tu berlaku sebab Jihyun lepaskan tangan aku dan aku pun jatuh.

Biarlah ini jadi rahsia.

"Mesti ada benda yang awak sorok dari saya, kan?" Jihoon mempercepatkan langkahnya dan berhenti di hadapan aku. Dia memang takkan mengalah selagi aku tak beri jawapan.

"Mana ada. Awak ni--"

"Jangan cakap yang awak jatuh dari tangga tu disebabkan oleh Jihyun?"

Terus terdiam aku. Jihoon merenung mata aku lama dan setelah melihat aku seperti hilang kata-kata, mata Jihoon mula membulat. Perlahan-lahan aku dapat lihat kemarahan dalam anak matanya.

Okey, dia betul-betul marah ni.

"Minseul, psiko tu tolak kau?!" Nada suaranya tiba-tiba meninggi sedikit membuatkan badan aku terhinjut kerana terkejut. Beberapa orang pelajar yang lalu juga terkejut dengan suara Jihoon itu.

Aku melepaskan satu keluhan halus. Sebab inilah aku tak nak beritahu. Tak nak dia salah faham.

"Saya tak cakap pun Jihyun tolak saya, kan? Awak jangan nak cari pasal dengan dia pulak." Aku memberi amaran. Tak naklah dia buat kecoh dengan perempuan psiko pulak tu. Jatuhlah maruah dia nanti.

"Tapi kau terkejut pulak bila aku sebut nama psiko tu tadi."

Hm, okey. Dia marah betul ni sampai guna panggilan "kau".

"Kalau dia terlibat pun, dia tak bersalah okey?" Aku berkata selamba dan terus melangkah ke hadapan, meninggalkan Jihoon sekali lagi. Aku tahu Jihoon masih tidak berpuas hati jadi Jihoon terus menarik lengan aku bagi menghentikan aku daripada meneruskan langkah.

"Jihoon, sudahlah--"

"Jadi si psiko tu memang betul-betul terlibat, kan?" Laju sahaja Jihoon memotong.

Dari riak wajahnya, aku pasti bila-bila masa sahaja dia boleh menengking. Jarang tengok Jihoon marah macam ni. Ni bukan setakat marah, geram pun ada.

"Kenapa dengan awak ni?" Aku pula menyoal tidak puas hati. Aku tahu benda ni akan jadi. Ingatkan dia takkan melebih macam ni.

"Kenapa? Tunggulah sampai aku jumpa si psiko tu." Jihoon berbisik geram sebelum berlalu pergi terlebih dahulu tanpa menunggu aku. Toleh ke belakang pun tidak. Nak menghalang, aku tak nak buat drama sebab ramai dah pelajar perhatikan kami tadi.

Dia Park Jihoon.

Aku akan percayakan dia. Percaya yang dia takkan buat tindakan bodoh hanya disebabkan benda kecil ni.

+++

Tbc

Esok dah nak 2019 😂 aku rasa aku takkan dapst siapkan dlm tahun ni. Mungkin first week bulan januari aku akan siapkan sepenuhnya buku ni since ada 3/4 chap lagi yg tinggal.

Typo mgkin banyak since aku taip pukul 5 pagi hahahahaha

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 31, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now