42

1K 114 10
                                    

Jihoon pov

"Okey, kau boleh buat Jihoon." aku menggenggam tangan sebelum mengangguk sendiri. Aku akan lakukannya hari ni. Aku kena lakukannya jugak.

"Sebelum ni bukan kau patah hati ke?" Daehwi menyoal aku dengan keningnya dinaikkan ke atas. Aku berdecit. Sibuk je dia ni.

"Lelaki sejati mana boleh patah hati lama sangat." aku jawab acuh tak acuh. Lagipun kenapa nak patah hati lama sangat? Bukannya dapat apa-apa pun.

Jihoon kuat.

"Kau masih nak tunggu Minseul ke?" Jinyoung bertanya sambil menepuk bahu aku. Aku mengangguk sebagai jawapan.

"Kalau macam tu, aku pergi dulu. Malam nanti aku ada kelas, tak dapat nak balik lambat." tambah Jinyoung dengan wajah muramnya. Aku tahu ini mesti appa dia yang suruh sebab exam lepas tiba-tiba gred dia menurun.

"Aku ikut kaulah. Jihoon, kau boleh handle ni sendiri kan?" Daehwi pula bertanya. Heh, memang suka nak tinggalkan aku sorang diri. Aku hanya mengangguk pasrah. Lagipun yang meluahkan perasaan lepas ni aku, bukan budak berdua ni.

Daehwi dan Jinyoung pun mula berlalu pergi dan aku masih lagi berdiri di hadapan pagar sekolah, menanti Minseul. Batang hidung dia aku belum nampak lagi. Jangan dia bersama dengan Guanlin lagi sudah.

Sebaik aku terpandang Minseul, aku segera berlari ke arahnya. Dia tak perasan sebab dia tengah sibuk berbual dengan Sohyun. Aku pun menarik lengannya menyebabkan dia terkejut begitu juga dengan Sohyun.

"Kenapa ni?" soalnya terkebil-kebil. Aku hanya mengekalkan ekspresi wajah yang serius aku walaupun aku rasa nak gelak sekarang. Kenapa muka dia terkejut lawak sangat HAHAHAHA!

"Ikut aku." aku berkata tegas sebelum menarik lengannya. Sohyun juga turut terkebil-kebil melihat perangai aku dan sepertinya Minseul melarang Sohyun untuk mengikut.

"Yah! Tak payahlah tarik!" Minseul terus merentap lengannya daripada pegangan aku. Aku sedikit tersentak melihat wajah geramnya namun aku hanya berlagak tenang.

"Minseul." aku merenungnya sebelum memegang kedua-dua bahu Minseul lembut. Minseul hanya diam, mungkin masih hairan kenapa aku tiba-tiba jadi macam ni.

"Sebenarnya, aku ada sesuatu nak beritahu jadi tolong dengar." aku beranikan diri untuk bersuara. Nafas aku tarik sedalamnya sebelum menghembus.

"Beritahu apa? Ah! Kau nak beritahu yang kau cemburu sebab aku bersama Guanlin ke?" dia menyampuk. Mata aku membulat sebelum aku berdehem. Tak boleh ketara sangat terkejut tu.

"Itu ... cerita lain. Sekarang, aku cuma nak.." aku mengemam bibir. Aku tak yakin dan aku malu. Uwaa susahnya nak luahkan perasaan ni!

"Apa dia?" dia menyoal lagi. Tangan aku pada bahunya aku turunkan sebelum aku memegang pergelangan tangannya pula. Berkerut seribu dahi Minseul melihat kelakuan aku itu.

Aku pandang anak mata dia yang bersinar itu sebelum tersenyum sendiri. Aku dapat lihat wajahnya mula memerah melihat senyuman aku.

"Kau tahu tak kau selalu buat aku rasa gemuruh tak tentu pasal. Walaupun kau tak perasan, tapi setiap kali kau ada bersama aku, aku rasa gembira sangat. Kenapa agaknya?"

Minseul hanya diam. Dia seperti mahu bersuara tapi tak tahu apa nak cakap. Aku pun meneruskan lagi.

"Bila aku nampak kau dengan Guanlin, aku rasa cemburu walaupun aku tahu kau dengan Guanlin pun baru kenal. Aku je yang mengada sebab aku tahu Guanlin tu kacak, aku cuma lelaki comel yang biasa je." aku menghela nafas sebelum tergelak sendiri. Jap, aku baru puji diri ke tadi?

Malunya!!!

Ok, kawal!

"Jihoon--"

"Jangan gelak sebab aku tahu tadi tu lawak. Biar aku je bercakap, kau dengar." aku berkata menahan perasaan malu yang semakin membuak. Sekejap je lagi, aku boleh blah dari sini.

Okey, sekaranglah masanya.

"Kau mungkin fikir ni satu gurauan tapi aku rasa ..." aku mengetap bibir. Kali ini, tangannya aku pegang erat. Minseul hanya setia mendengar. Aku tersenyum.

"Aku suka kau, Jung Minseul."

+++

wow tak sweet 😂😂😂 sorry!! lepas ni kita buat yg sawit punya 😂

saya busy dgn sekolah so fahamlah kenapa late update. semua orang ada life kan? lagipun i think ini chapter terpanjang kot dlm buku ni hahahahah!

ke bukan?

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now