45

911 109 9
                                    

Minseul pov

Aku masih risau ni!

Guanlin marah aku ke?? Huhuhu janganlah si mentee aku ni marahkan aku. Minggu depan dah mula study untuk program mentor mentee ni lagi.

"Kau kenapa?" Sohyun bertanya. Aku menggeleng pantas. Aku tak naklah beritahu dia. Benda kecik je pun.

"Daniel kau mana?" soal aku. Selalunya Daniel cepat je muncul bila loceng balik berbunyi tapi ni dah kira lambat lima minit.

"Nanti dia muncul--"

"Sohyunnie!"

Panjang umur dia, baru je sebut dah muncul. Biar aku cuba sebut nama Jihoon pulak, manalah tahu muncul ahahahaha.

"So, nampaknya aku kena berundur sebab aku tak nak jadi third wheeler." kata aku sebelum berjalan pergi meninggalkan mereka berdua. Daniel hanya tersenyum segan manakala Sohyun hanya tergelak.

Aku tak suka jadi third wheeler okey? Kekok gila. Macam aku ni tunggul pun ada.

"Ah!"

Tersentak aku bila aku berjalan keluar dari pintu pagar, lengan aku terus ditarik kasar oleh seseorang. Dahlah pegang kuat, tarik pun kuat. Terlucut lengan aku ni kang!

"Yah--"

"Kaja." belum sempat aku nak cakap apa, dia terus memaut bahu aku. Aku tak tahu dia nak heret aku ke mana tapi aku rasa tak selesa sekarang ni jadi aku pun tolak badan si Park Jihoon ni sedikit.

Yeah, itu Park Jihoon.

"Kenapa ni?" soal aku tidak puas hati. Dia merenung aku seketika sebelum kembali memaut bahu aku dan membawa aku ke suatu tempat.

"Ikut je aku." katanya lagi. Nada dia macam risau pun ada. Aku tak nak soal banyak sebab muka dia pun serius semacam, tak macam selalu.

Jalan punya jalan, kami sampai di taman permainan. Dah kenapa dia heret aku ke sini? Nak ajak aku main buaian ke apa?

"Okey, Jihoon. Kenapa--" belum sempat aku nak tanya apa-apa, Jihoon tiba-tiba memeluk aku. Pelukan dia erat sangat.

Aku hairan dengan perangai dia tapi entah kenapa aku rasa macam pelukan ni ada maksud yang tersendiri. Macam mana nak cakap eh?

"Jihoon--"

"Biar aku peluk kau kejap." katanya lagi dan aku terus terdiam. Aku tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni tapi aku biarkan sahaja dia memeluk aku. Tidak lama kemudian, dia meleraikan pelukan tersebut.

"Okey, awak kenapa?" soal aku semula. Dia mengemam bibirnya sebelum memegang tangan aku. Muka aku dah rasa panas semacam ni tapi aku kawal. Malu kot!

"Jebal, Minseul." dia berkata perlahan. Mata aku direnungnya lama. Aku terkedu. Kenapa dengan Jihoon ni?! Dah kena rasuk ke apa?!

"Aku suka kau, Minseul. Aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap ni." Jihoon berkata dengan wajah yang serius dan aku dapat rasakan, dia tak main-main kali ni.

Untuk kali kedua, dia buat aku hilang kata-kata. Untuk kali kedua juga, dia luahkan perasaan dekat aku.

Takkanlah aku nak berdiam diri lagi dan biarkan dia tergantung tanpa jawapan?

Aku hanya memandang wajah Jihoon yang seperti mula mendekati wajah aku. Okey, ke aku yang salah tengok tapi muka dia semakin lama semakin dekat dengan aku.

Mata dia dah pandang bibir aku.

Okey ....

KENAPA DENGAN JIHOON NI!?

"Ji-Jihoon ..." aku terus memegang bahunya setelah menyedari hidung dia dan aku hampir je nak bersentuhan tadi.

"Oh. M-Mian..." dia terus tertunduk malu sebelum melepaskan tangan aku yang dia pegang tadi.

Aku pulak masih sibuk nak cari udara segar ni. Dia baru je buat aku rasa sesak nafas tadi haih.

"Aku cuma nak kau tahu yang ... aku bukan main-main dan aku betul-betul dah lama sukakan kau tapi ... kalau kau tak suka, aku tak paksa." dia berkata sebelum tersenyum simpul.

Aku tak tahu tapi dia buat aku rasa bersalah pulak.

Aku suka Jihoon tapi kenapa aku rasa malu nak terima luahan dia?!

"Bye." Jihoon tiba-tiba memusingkan badannya dan mula berjalan pergi. Aku mengetap bibir. Aku tak boleh biarkan peluang ni terlepas macam ni. Lagipun dia ikhlas.

"Jihoon." aku memanggilnya. Dia menoleh perlahan. Wajah dia nampak suram. Aku tersenyum.

Mungkin, aku pun kena jadi berani seperti dia.

"Aku pun sukakan kau, Park Jihoon."

+++

er tercliche pulok 😂😂

meh aku share satu lagi fakta tentang aku untuk hilangkan rasa cliche ini 😂.

bias aku dalam svt is dino and jihoon for wanna one.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now