52

1.2K 106 18
                                    

Minseul pov

Stress aku dibuatnya.

Kenapa?

Setiap kali aku nak pergi ke kantin, mesti Jihyun akan renung aku macam hantu yang kelaparan. Aku pun jadi tak selesa bila dipandang macam tu.

Walaupun Jihoon kadang-kadang pergi rehat bersama aku, mesti Jihyun ada je perhatikan kami. Tak tahulah si Jihoon tu perasan ke tidak.

"Seullie!"

Ha, muncul jugak budak jeojang ni.

"Jom duduk di taman nak? Cuaca hari ni sesuai untuk duduk kat situ." Jihoon berkata sambil menarik-narik lengan aku. Aku baru keluar dari kelas tapi dia dah terhegeh-hegeh nak bawa aku ke luar.

Jinyoung dan Daehwi ke mana agaknya?

Nasib baik Sohyun dah keluar dengan Daniel tadi. Aku tak nak Daniel tahu aku dan Jihoon tu pasangan kekasih walaupun aku pasti sangat dah berlambak orang syak.

"Okey. Aku ikut je." aku berkata dan Jihoon terus tersenyum gembira sebelum mencubit pipi aku. Halamak budak ni memang pandai buat jantung aku nak meletup.

Mula-mula tu kan, kitorang berjalan berdua macam biasa je entah kenapa si Jihoon ni tiba-tiba berani nak pegang tangan aku. Aku terus menoleh ke arah dia yang berjalan di sebelah.

"Yah, nanti orang pandanglah." bisikku geram. Aku tahu Jihoon dengar tapi dia sengaja tak nak lepaskan tangan aku dan pegangannya pun semakin erat.

"Lama mana pun kita berahsia, orang akan dapat tahu jugak." kata Jihoon selamba seraya tergelak sendiri. Aku hanya mengemam bibir.

Masalahnya aku yang malu Jihoon oi!!

Bercakap pasal malu, aku perasan ramai pelajar yang berlegar di koridor ni tengah pandang tangan kami. Of course lah mereka pandang tangan dulu sebab si Jihoon ni bukan main seronok hayun tangan aku.

Dan telinga aku mula memainkan peranan terpenting. Waktu macam ni lah deria pendengaran aku tunjukkan kebolehan mendengar dia.

"Diorang couple ke?"

"Dia Jung Minseul, kan? Park Jihoon dan Jung Minseul? Serius?"

"Sejak bila Jihoon--ugh, perempuan tu tak sesuai duh dengan dia."

Ceh, jeleslah tu.

"Ala.. Jihoon dah berpunya rupanya. Tapi tak apa, Minseul tu baik."

"Kalau Jihoon dengan Minseul, aku tak kisah. Kau tengoklah, bahagia je diorang tu."

"Sweet, kan? Bertuah Minseul dapat Jihoon."

Hm memanglah ada jugak orang yang dengki tapi tak apa. Sekurang-kurangnya ada banyak komen positif HAHAHA!

Aku tak sangka kot, ingatkan kena kecam bagai tadi. Tapi tak mustahil apa yang mereka cakap tu bertentangan dengan apa yang ada dalam isi hati kan?

Sebaik sahaja kami tiba di taman tu, Jihoon membawa aku ke sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok cherry blossom yang tengah mekar.

"Duduk sini kejap." Jihoon pun melepaskan tangan aku dan menyuruh aku duduk di bangku tersebut. Aku pun duduk je lah.

"Kejap eh?" Jihoon berkata lagi sebelum berjalan di sebalik pokok tersebut. Aku dapat rasakan dia ada sediakan sesuatu untuk aku.

Dan sebaik dia kembali, aku terkejut melihat sebuah gitar berada di tangannya. Okey, jangan cakap dia nak menyanyi--

"Terimalah luahan perasaan Park Jihoon kepada satu-satunya gadis yang tersimpan dalam hati dia, Jung Minseul." Jihoon berkata sebelum membuat gaya jeojangnya.

Aku tak tahu nak tayang muka tenuk atau menangis terharu sekarang.

"Ingat sweet ke?" kata aku sebelum tergelak sendiri. Jihoon juga turut tergelak bersama aku.

"Sweet tak sweet, kau suka jugak." katanya sebelum mengenyitkan mata. Makin galak aku ketawa. Dia comel sangat HAHAHA!

Jihoon pun duduk di sebelah aku bersama gitar di tangannya. Setelah bersedia, Jihoon pun mula menyanyikan lagu dengan suara merdua dia. Tak salah aku, ni lagu I Promise U.

beojkkocci tteoreojideon nal geudael cheoeum mannassjyo

naccseoreun tteollimgwa duryeoun seollemdeuri
dwiseokkideon nal

ijeseoya malhaeyo na manhi geobi nasseossjyo

eojjeomyeon geuttaega majimagirago
saenggakhaesseossgie

Sambil dia menyanyi, dia pandang aku dan tersenyum. Sesekali dia lagakan bahunya dengan bahu aku. Aku pula hanya menghayati lagu yang dia bawa dan semestinya, aku asyik tersenyum waktu tu.

"Yaksokhaeyo." dan sebaik Jihoon selesai menyanyi, aku pun bertepuk tangan. Dia dah usaha tunjukkan sisi sweet dia, kenalah hargai.

"Suka tak?" dia bertanya sambil merenung aku. Aku pun angguk.

"Dah boleh jadi idol dah Jihoon ni." kata aku sambil menepuk-nepuk bahu Jihoon. Jihoon apalagi, kembang kempis lubang hidung dia dengar pujian aku tu.

"Kalau jadi idol, makin ramailah peminat aku. Aku pun kena berinteraksi dengan girl group lagi." Jihoon mula tayang muka berangan dia. Hm sengaja nak buat aku rasa tercabar.

"Okey fine. Jadilah idol sana, aku tak halang." kata aku sebelum bersandar pada bangku dengan tangan disilang di dada. Jihoon hanya tergelak sebelum turut bersandar pada bangku itu.

"Chi. Kalau aku jadi idol pun, kau tetap dalam hati aku. Cantik mana pun diorang, kau tetap yang tercantik tapi omma aku pertama okey? Yang kedua halmeoni aku jadi kau yang ketigalah." kata-kata Jihoon buat aku tersenyum lagi guys.

"Tahu. Tiga orang je tau? Jangan melebih nak tambah lagi." kata aku dan Jihoon sekadar mengangguk sebelum tergelak.

Suasana tiba-tiba bertukar hening. Masing-masing mula duduk sambil menikmati suasana yang selesa itu.

"Kau jangan tinggalkan aku lagi tau?" Jihoon tiba-tiba berkata membuatkan aku menoleh ke arahnya. Serius gila muka dia.

"Tch. Aku tak pernah tinggalkan kau okey? Aku ada je di Korea ni. Dulu pun aku terpaksa ikut keluarga aku pindah." beritahu aku sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan semula sebab muka serius Jihoon terlalu kacak untuk dipandang.

"Saja. Manalah tahu tiba-tiba kau berubah hati dan tinggalkan aku nanti." Jihoon berkata sendiri sebelum melentokkan kepalanya di bahu aku. Okey dah kenapa bunyi dia sedih semacam?

Tapi aku hanya diam di situ.

"Minseul, aku nak tanya ni." Jihoon bersuara perlahan.

"Apa dia?" soal aku pula. Dah lah kepala berat haih kenapalah dia lentok kat bahu aku.

"Kalau ada orang lain luahkan perasaan dengan kau nanti, kau terima tak?" soalan Jihoon itu buat aku terdiam sekejap. Kenapa tanya macam tu tiba-tiba?

"Aku kan dah ada Park Jihoon ni. Takkanlah aku nak terima, kan?" aku berkata sebelum menarik telinga Jihoon kuat. Automatik dia mengangkat kepalanya yang tadi dilentok pada bahu aku.

Akhirnya.

Tergelak aku tengok ekspresi terkejut dia sambil dia memegang telinga kanannya yang aku tarik tadi.

"Sakitlah." Jihoon mencebik tapi aku peduli apa hohoho.

"Lain kali jangan tanya benda macam tu. Lagipun, siapalah yang berani nak rampas aku dari kau kan?" kata aku seraya tersenyum sendiri. Jihoon hanya menjeling di sebelah aku.

"Hm, budak seorang tu mungkin berani kot?" aku terdengar Jihoon menggumam sendiri tapi aku hanya biarkan. Jihoon kan kuat cemburu jadi mungkin sebab tu dia jadi macam ni.

+++

hoho terimalah jiseul moment, chapter terpanjang setakat ini HAHAHA

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now