53

642 63 11
                                    

Jihoon pov

"Hai, love." aku merangkul bahu Minseul dan menariknya dekat dengan aku sebaik sahaja dia berjalan keluar dari kelas. Saja nak tunjukkan sisi sweet ala lelaki sejati aku ni.

"Apa ni? Geli tau tak." dia mula buat muka menjengkelkan dengan wajah merah dia sekarang. Ekspresi aku yang sengaja aku buat nampam menggoda tadi terus bertukar ceria sebab aku tergelak dengan kecomelan dia.

"Wae? Takkanlah kau masih malu dengan aku?" aku bertanya sambil mengusutkan rambut dia. Merengus dia bila aku buat macam tu. Aku lagi suka. Makin merah pulak muka dia.

"Orang tengah pandang. Kau pun tahu aku tak sukakan perhatian." Beritahunya dalam nada berbisik. Tersenyum aku yang mendengar. Aku dekatkan wajah aku ke telinga dia lalu berbisik.

"Aku nak semua orang tahu yang kau milik Park Jihoon."

Seraya itu, wajahnya semakin merah sampaikan aku dapat rasa bahang di pipinya dari jarak ini. Nak tergelak tapi aku tahan je.

"Kalau betul nak hantarkan aku balik, kurangkan kemesraan kau sekarang jugak." Dia berbisik geram sambil menjeling aku tajam. Main ugut pulak dia.

"Okey, bos." Aku pun menjauhkan sedikit wajah aku darinya dan tidaklah terlalu rapat seperti tadi. Tanganku yang merangkul bahu aku alihkan. Aku memandang tangan Minseul sejenak sebelum mengambil keputusan untuk memegangnya.

Tersentak dia bila aku eratkan pegangan tangan kami. Tapi aku tetap pandang ke hadapan, buat wajah selamba. Bila dia masih renung aku,aku menoleh ke arahnya. Aku pun mula menggunakan salah satu daya tarikan aku.

Kenyitan mata Park Jihoon.

HAHAHAHA.

"Tak sweet okey." Cepat-cepat Minseul toleh ke hadapan semula dengan bibirnya mula tersenyum sedikit. Mulut kata benci tapi hatinya sebenarnya suka dengan tindakan aku ni.

"Tak tanya pun sweet ke tidak." Aku membalas selamba membuatkan dia menjeling aku sekejap sebelum mendiamkan diri, mengalah.

Sambil tu ake perhatikan sekeliling kami.

Ya, memang ramai pelajar yang perhatikan kami dengan pandangan yang berbeza. Ada yang pandang kami dengan pandangan bahagianya-mereka, ada pandangan menyampah, ada pandangan cemburu dan ada pandangan ingat-sweet-ke?

Aku tak kesahlah asalkan aku bahagia. Bukannya aku kacau hidup mereka pun.

Dan tak lupa ada juga pandangan dingin.

Pandangan dingin itu yang datangnya dari Guanlin yang berdiri tidak jauh dari pagar sekolah.

"Eo, Guanlin-ah!"

Psh.

Yang Minseul ni pergi tegur dia apa kes?

Automatik pandangan dingin Guanlin tadi bertukar menjadi pandangan gembira. Bila dia pandang Minseul je pandangan dia seolah-olah dia nampak bahagia tapi bila mata dia terpandang aku,

BOOM!

Dingin dia mengalahkan peti sejuk di rumah aku.

"Hai, Sunbae." Dia tegur balik dengan senyuman manis! Ingat kacak ke?

"Ehem. Aku masih wujud. Ehem." Sengaja aku berdehem sebegitu untuk menyedarkan dia dari dunia kecilnya bersama Minseul. Serentak itu, dia bagi pandangan dingin dia balik.

Heh! Ingat kau seorang je boleh bagi pandangan beku tu kat aku? Aku pun bolehlah!

"Pedulikan dia. Dia memang cemburu tak bertempat." Minseul bersuara menyebabkan Guanlin tergelak. Membesar jugak mata aku dibuatnya. Aku terus renung Minseul dengan pandangan tak puas hati.

"Mana ada cemburu!"

"Dah cemburu tu mengaku jelah."

"Cemburu dengan dia?" Aku berkata sambil sempat menjeling Guanlin yang terhibur dengan sketsa di hadapannya sekarang atau lebih tepat lagi, suka bila lihat aku dimarahi Minseul seperti ini.

"Ya. Awak cemburu." Minseul berkata sambil tersenyum manis. Aku tak dapat nak tahan diri dari tersenyum sebab eye smile dia turut terserlah waktu tu. Hm dia tak tahu ke aku cemburu?

K. Aku memang cemburu pun.

Ish, mengalah je lah.

"Eo Guanlin, pasal tutor tu. Ya, esok saya boleh tutor awak." kata-kata Minseul itu buatkan aku rasa diri aku sekarang nak meletup. Meletup sebab aku rasa Guanlin nak ambil Minseul dari aku dengan cara ini.

Aku tak boleh biarkan.

"Ehem ehem ehem." Aku berdehem lagi. Kedua-dua menoleh memandang aku dengan pandangan hairan.

"Sakit tekak ke?" Guanlin bersuara selamba. Minseul pula sudah tergelak sendiri. Tak lawak okey! Sukalah tu dah buat Minseul gelak.

"Ya. Sakit sangat." Aku membalas spontan sambil tersenyum. Nak buat aku nampak pelik pun bertempatlah sedikit.

"Tak. Kalau aku nak join sesi tutor tu nanti boleh tak?" Aku menyuarakan niat aku walhal sebenarnya aku tak nak biarkan Minseul berduaan dengan Guanlin sepanjang sesi tu nanti.

Hanya dengan memikirkannya, aku patah hati.

"Kalau atas sebab cemburu, saya tak benarkan." Minseul bersuara tegas. Aku nak sangat merungut sekarang ni tapi aku tahan. Aku kena tunjukkan itu bukan niat sebenar aku untuk sertai sesi tutor mereka padahal ia memang niat sebenar aku pun.

"Tak. Aku serius ni. Lagipun ujian kita tinggal sebulan lagi." Aku cuba kukuhkan lagi penyataan aku. Tak naklah ditolak permintaan aku di hadapan Guanlin. Jatuhlah maruah aku nanti.

Lama juga Minseul mendiamkan diri mungkin tengah berfikir masak-masak. Aku haraplah dia tak halang aku.

Kalau nak halang pun, please jangan buat di hadapan Guanlin.

"Okey. Ikutlah sekali." Jawapan Minseul buatkan aku rasa nak melompat kegembiraan tapi aku tetap tahan. Kena kawal ekspresi wajah. Nasib baik dia tak halang aku.

Aku pandang Guanlin di hadapan kami sejenak. Makin menjadi dingin dia bila nampak aku tersenyum kemenangan.

Dia masih tak kenal lagi siapa teman lelaki Minseul ni.

+++++

Surprise! Aumcak! 😂

Rindu aku tak ?

Sorrylah buat korang menunggu. Aku tak update sbb aku ada masalah tersendiri bukannya sengaja tak update. So aku tak ada masa sangat nak taip since idea aku tiba2 kering and masalah pun datang bertimbun. Thankslah untuk yg sanggup tunggu tu. Aku kasi satu chap ni sebagai penghargaan HAHAHA.

"Serius? Satu chap je?"

Halahhh kau kena faham aku tak ada masa nak taip. Kalau aku taip benda kosong je, ff ni takkan temu pengakhiran okey? So bagi aku masa untuk rangka betul2 jalan cerita ni supaya ia berjalan dengan smooth gitu. Okey? Bye.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now