15

1.6K 198 1
                                    

"Hai." pada waktu rehat itu, aku pergi duduk di meja Minseul dan kawannya berada. Berkat aku memaksa Jinyoung, Jinyoung hanya turut sahaja.

"Apa yang awak berdua buat kat sini?" Sohyun yang duduk di sebelah Minseul menyoal kami. Belum sempat aku menjawab, Jinyoung terlebih dahulu bersuara.

"Saya cuma ikut budak ni je. Dia yang gedik nak duduk sini." kata Jinyoung datar sebelum fokus kepada makanannya. Eh budak ni buat malu aku je. Tak payahlah cakap macam tu depan mereka.

"So, Minseul. Hai?" aku buang rasa malu aku dan tegur Minseul yang duduk di hadapan aku. Minseul hanya diam, memandang aku dengan pandangan yang tajam.

Dia marah ke?

Peduli apa aku hahahaha.

Tapi aku pun nak tahu apa salah aku.

"Minseul--"

"Tiba-tiba tak ada selera." Minseul terus bangun dari kerusi dan berjalan pergi bersama dulang makanannya. Aku tergamam. Tanpa berlengah, aku pun pergi kejar dia.

Lantaklah Bae Jinyoung dan kawan Minseul tu nak duduk berdua, aku nak bercakap dengan Minseul je sebenarnya.

"Yah." aku menarik lengannya menyebabkan langkahnya terhenti. Dia hanya diam.

"Awak marahkan saya ke?" soal aku. Dia tidak menjawab malah terus melangkah pergi meninggalkan aku. Tapi aku takkan berputus asa. Aku terus ekori dia.

"Jangan ikut boleh tak? Rimas." Minseul menoleh ke belakang memandang aku dengan pandangan penuh dengan kebencian. Aku tersentak. Nampaknya dia memang marah sangat.

"Saya takkan berhenti kalau awak tak beritahu saya apa salah saya, Seul." kata aku, membuatkan dia berdecit. Dia seperti tengah menahan geram namun dia mula tersenyum. Lebih kepada senyuman sinis agaknya.

"Awak masih tak tahu lagi? Ke awak buat tak tahu?" dia menyoal aku. Aku mengerutkan dahi. Tak faham sebenarnya.

"Awak kenal saya. Tapi awak buat-buat tak kenal. Apa yang awak nak? Perhatian? Saya cuba nak tegur awak tapi awak buat tak kenal." dia mula memarahi aku. Aku tak tahu pula dia marah aku hanya disebabkan ni. Aku tersenyum. Comel betul perangai.

"Wow. Awak masih boleh senyum? Awak ingat saya akan maafkan awak kalau awak senyum macam ni, Jihoon?" dia berkata sebelum mendengus dan mahu berjalan pergi meninggalkan aku namun aku lebih cepat untuk bertindak.

Aku terus melangkah ke arahnya dan memeluknya erat dari belakang. Dia hanya kaku. Aku pun mula bersuara.

"Ya, saya yang salah. Maafkan saya."

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now