58

571 51 2
                                    

Jihoon pov

Aku rindu Minseul.

Dah dua hari dia tak pergi ke sekolah. Katanya doktor bagi cuti selama tiga hari. Nampaknya esok aku kena bertahan lagi dengan ketiadaan Minseul di sisi.

"Kau ni dah macam suami yang baru ditinggalkan isteri aku tengok." Jinyoung entah dari mana muncul menepuk kuat bahu aku lantas menyedarkan aku dari lamunan panjang.

"Isteri aku tengah sakit, mestilah macam ni." Aku membalas spontan membuatkan Daehwi yang duduk di hadapan aku ketawa. Dengar pulak dia.

"Weh? Kau ni memang kuat berangan, kan? Masih mentah macam ni ada hati nak anggap Minseul tu isteri." Bebel Daehwi seraya menggeleng. Gelaknya itu sengaja menyindir aku.

"Belajar dulu, cari kerja! Ni gatal nak jadi suami orang." Jinyoung sekali lagi menepuk bahu aku. Aku akhirnya memusingkan badan untuk memandang ke arahnya. Dah kenapa budak ni?

"Ingat aku ni budak tadika ke? Aku tahulah. Tak faham betul korang ni. Bila aku dah sporting, layan aku macam budak hingusan." Rungut aku. Terus ketawa Jinyoung. Aku hanya menyatakan fakta ya guys.

"Janganlah marah. Gurau je, kan?" Ujar Jinyoung . Aku hanya tersenyum pendek. Kalau gurau, aku dah ketawa beberapa minit yang lalu.

"Kenapa aku tengok Jihyun dah jarang muncul depan kau sekarang eh? Tak rasa pelik ke?" Daehwi tiba-tiba membuka cerita. Aku dan Jinyoung bertukar pandangan.

Aku memang hairan jugak tapi aku anggap benda ni benda yang baik. Sekurang-kurangnya hidup aku di sekolah aman tanpa gangguan.

"Mungkin dia dah move on kot?" Aku jawab acuh tak acuh. Aku tak kisah pun sebenarnya. Suka lagi ada.

"Yelah. Tapi dia kan obses dengan kau. Takkanlah cepat sangat move on tu." Tambah Daehwi lagi dengan salah satu keningnya diangkat tinggi ke atas. Aku pandang dia dengan mata yang dikecilkan.

Budak ni dah kenapa? Rindukan Jihyun tu ke?

"Aku rasa dia malas nak kejar Jihoon lagi. Baru sedar dah banyak sangat bazir tenaga. Sebab tu dia mula buat keputusan untuk duduk dalam kelas je." Jinyoung di sebelahku bersuara selamba mengundang tawa aku dan Daehwi.

"Ha'ah lah kau ni. Baguslah kalau dia dah move on. Tak ada orang nak ganggu aku lagi. Ke kau pun nak jadi mangsa stalker dia?" Aku menyoal Daehwi membuatkan dia berdecit lalu menggelengkan kepalanya pantas.

"Tak berminat aku. Aku sanggup pindah ke luar negara kalau itu satu-satunya cara aku untuk elakkan diri dari jadi mangsa Jihyun." balas Daehwi dengan matanya digulingkan ke atas. Punyalah anti kami bertiga ni dengan budak Jihyun tu.

"Oh ya. Korang dah hantar latihan matematik semalam?" Soal Jinyoung pula. Kening aku berkerut mendengarnya.

"Latihan yang mana satu ni?" aku bertanya pula. Buku yang berada dalam desk aku ambil dan belek-belek.

"Ala. Latihan matriks tu. Semalam kan dia kata perlu hantar latihan tu pagi tadi." Daehwi memberitahu. Terus membulat mata aku.

"Ha! Kau belum hantar!" Jinyoung menuding jarinya tepat ke arah buku latihan matematik yang terdapat di tangan aku. Aku terus terkedu.

"Tapi aku dah siap.." Aku berkata mula gelisah. Cikgu matematik aku tu garang jadi aku takutlah aku kena denda nanti.

"Pergi hantar cepat ke pejabat sebelum dia masuk ke kelas untuk masa terakhir nanti." Daehwi membuat tangan seperti menghalau kepada aku. Aku pun tanpa berlengah mula berlari keluar dari kelas bersama latihan tersebut di tangan aku.

Punyalah laju aku berlari sampaikan banyak juga pelajar yang lalu di kawasan koridor aku langgar. Aku harap diorang tak marahlah sebab ini soal hidup dan mati aku.

Sebaik tiba di hadapan pejabat, aku terus meluru ke tenpat duduk cikgu matematik kami. Nasib baik dia tak ada di tempat tu. Cepat-cepat aku letakkan buku latihan aku di bahagian bawah sekali supaya tak nampak ketara yang aku hantar lambat.

Setelah selesai aku pun keluar dari situ dengan tenang. Dapat juga elakkan diri dari kena denda nanti.

Ketika hendak menaiki tangga, aku terserempak dengan Jihyun.

Hm. Malangnya.

Aku sudah pun bersedia untuk menghadapi Jihyun namun apa yang peliknya dia hanya memandang aku sekilas lalu menundukkan badannya sedikit dan berlalu pergi.

Okey, itu agak pelik.

Dengan dahi yang berkerut, aku memerhati Jihyun yang sudah pun berjalan jauh dari aku. Aku saja nak tengok sama ada dia pandang belakang ke tidak tapi dia hanya meneruskan perjalanannya untuk ke kelas tanpa menoleh ke arah aku.

Hm?

Aku perasan dia macam gerun bila ternampak aku tadi. Ke itu cuma perasaan aku?

Agaknya amaran aku tu dah terkesan sedikit kot dalam diri dia.

"Jihoon, kenapa termenung di tangga ni? Kau tak masuk ke kelas lagi ke?" Terkejut aku apabila Minhyun menegur. Aku tersengih kekok ke arahnya sebelum menaiki tangga untuk ke kelas aku.

Tiba sahaja di kelas, Jinyoung menarik aku ke tempat duduk. Sambil tersenyum sinis bersama Daehwi, dia menyoal.

"Macam mana? Kena marah teruk ke?" soalnya ingin tahu. Aku berdecit sendiri. Mereka mesti berharap sangat yang aku kena marah tadi.

"Nasib aku baik hari ni, okey. Dia tak ada di prjabat waktu aku hantar buku tu tadi." Beritahu aku selamba. Terserlah wajah kecewa mereka. Kecewa sebab aku terlepaslah tu.

"Oh ya. Tadi aku terserempak dengan Jihyun du tangga." Tambahku lagi apabila teringatkan kejadian pelik tadi.

"Apa dia buat? Peluk kau?" Daehwi meneka automatik membuatkan aku menjelingnya. Ingat aku ni senang nak biarkan orang lain peluk aku ke?

Lebih-lebih lagu psiko tu ugh. Mohon dijauhkan sangat.

"Dia buat tak tahu." tenang aku berkata namun ekspresi wajah Jinyoung dan Daehwi sekarang jelas menunjukkan mereka kurang faham dengan kata-kata aku tadi.

"Maksud kau?" Jinyoung bertanya. Aku mengeluh halus.

"Jihyun buat tak tahu bila dia terserempak dengan aku tadi. Entahlah, takut semacam je bila nampak aku. Pandang aku pun tak sampai tiga saat." Terang aku panjang lebar. Berkerut-kerut dahi Jinyoung yang mendengar.

"Dah kenapa?" Jinyoung berkata lalu memandang aku dan Daehwi bergilir. Aku sekadar menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"Betullah kot dia dah move on." Daehwi berkata sambil menganggukkan kepalanya perlahan. Aku harap dia memang dah move onlah. Aman sikit hidup aku ni.

"Mesti ada benda berlaku ni. Takkanlah psiko macam tu cepat sangat move on." Jinyoung bersuara dengan salah satu keningnya diangkat tinggi ke atas.

"Biarlah dia move on. Kau suka ke ada orang ketiga dalam hubungan aku ni?" Tajam je aku pandang Jinyoung di sebelah aku ni.

"Tak cakap pun aku suka, kan? Aku tak kisah pun dengan kisah cinta kau tu sebenarnya." Jinyoung membalas selamba membuatkan Daehwi tertawa sendiri. Aku hanya berdecit.

+++

Tbc

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now