56

507 46 0
                                    

Minseul pov

Pada waktu rehat tu, aku dan Jihoon pergi berehat di bumbung sekolah. Katanya itu kawasan yang paling aman memandangkan tiada peminat yang datang mengacau masa kami.

Heh. Nak beritahu dia tu banyak peminatlah konon.

Tapi dia memang banyak peminat pun.

Sebaik loceng yang menandakan waktu rehat tamat, kami pun berjalan ke kelas. Jihoon beria-ria nak hantarkan aku ke kelas padahal aku nak ke tandas sekejap.

"Awak baliklah ke kelas dulu. Saya nak pergi tandas ni." Aku berkata tegas memandangkan dia mengada nak tunggu di luar tandas. Jihoon mula mencebik dengan tangan yang disilangkan ke dada tanda protes.

"Saya cuma tak nak awak bertembung dengan Guanlin."

Aku memandangnya tidak percaya. Biar betul budak ni? Dia tergelak melihat wajah terkejut aku sebelum mengusutkan rambut aku pula.

"Guraulah. Bukan Guanlin, cuma Jihyun. Saya takutlah kalau Jihyun cari pasal dengan awak lagi. Kalau saya ada, dia takkan dekati awak." kata-katanya membuatkan aku rasa terharu seketika. Ada juga niat dia nak lindungi aku dari psiko tu.

Tapi aku kena selesaikan urusan aku di tandas terlebih dahulu.

"Tak apa. Kalau saya terserempak dengan dia, saya abaikan dia. Mesti takkan jadi masalah punya." Aku cuba meyakinkan Jihoon lagi. Jihoon seperti teragak-agak untuk meninggalkan aku.

"Kalau saya nak ikut jugak?"

Jihoon ni degil jugakkan?

"Kalau awak sayang saya, jangan ikut." Aku menyilangkan tangan ke dada sambil menjelingnya tajam. Jihoon memuncungkan bibirnya tanda tidak puas hati.

"Hm? Macam tu pulak? Tak adil!" Dia turut menyilangkan tangan ke dada, mengejek cara aku. Aku terus memukul lengannya membuatkan dia tergelak suka. Dia ni memang mengada.

"Okey. Tak payahlah pukul. Tapi kena hati-hati tau. Jihyun tu macam hantu, bila-bila masa dia boleh muncul." dia berpesan lagi dan aku mengangguk. Aku pun tanpa berlengah mula berjalan menuju ke tandas meninggalkan Jihoon jauh di belakang.

---

Setelah selesai berurusan di tandas, aku pun mula melangkah menuju ke kelas. Ketika menuruni anak tangga untuk ke tingkat dua, langkah aku mati disebabkan kemunculan seseorang.

"Minseul."

Haih.

Kenapa perlu bertembung dengan Jihyun? Di tangga pula tu? Terasa aku berada dalam bahaya sekarang. Betullah cakap Jihoon tadi, dia ni memang macam hantu.

Aku mengabaikan Jihyun yang tengah merenung aku tajam. Baru sahaja aku mahu berjalan melimpasinya, dia terlebih dahulu menarik lengan aku sehingga aku terdorong ke belakang semula.

"Aku panggil kau, kan?" Jihyun berbisik geram. Aku merenungnya dengan pandangan tidak puas hati namun aku tetap berdiam, tidak mahu memulakan sebarang perbualan dengannya.

"Kenapa kau masih tak lepaskan Jihoon?"

Soalan yang sama. Aku penat tau tak penat? Perempuan ni memang tak reti nak move on agaknya.

"Aku rasa banyak lagi peminat Jihoon di sekolah ni tapi rasanya kaulah yang paling terdesak nak dapatkan si Jihoon tu." jawab aku tenang sambil tersenyum manis. Wajah Jihyun nampak merah seperti menahan marah.

"Peduli apa? Ini cara aku." Jihyun mula menyilangkan tangannya ke dada. Rasa senior pulak dia.

"Dahlah, malas nak layan." Aku pun menapak ke arah tangga untuk meneruskan perjalanan aku yang terhenti tadi. Namun sekali lagi lengan aku ditarik olehnya.

"Aku belum habis cakap lagi." Jihyun bersuara.

"Malangnya aku tak ada apa-apa nak cakap dengan kau." Aku berkata namun pegangan di lengan aku semakin dieratkan. Jihyun menjeling aku tajam.

"Jangan sampai aku tolak kau dari sini." Ugutannya cukup membuatkan aku gentar namun aku tetap cuba untuk melepaskan diri. Dia ni memang dah gila. Gilakan Jihoon.

"Hentikan boleh tak?" Balas aku geram lalu cuba untuk menepis tangannya yang menahan lengan aku namun dia terlebih dahulu melepaskan lengan aku yang ditariknya tadi sehingga aku hilang imbangan.

Dan entah sejak bila, aku sudah terjatuh dari tangga.

"Au.." kepala aku terasa sakit sangat begitu juga dengan kaki kanan aku. Aku memandang Jihyun yang seperti terkejut dan kehilangan di tangga tersebut. Aku cuba untuk bangun namun kepala aku terasa sakit sangat.

"Minseul!"

Suara seseorang memanggil nama aku adalah perkara terakhir yang aku dengar sebelum pandangan aku menjadi gelap. Aku tak pasti tapi aku rasa suara itu seperti suara Jihoon.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now