Hari ni hari jadi aku. Aku tahu kawan baik aku tu akan buat surprise yang tak tentu pasal jadi aku kena bersiap sedia.
Aku berjalan masuk ke kelas dengan langkah yang kecil. Kaki aku melangkah ke arah lokerku di belakang kelas.
Loker itu aku buka. Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Sampul surat itu comel, warna pink pastel gitu.
Aku memandang Sohyun yang tengah duduk di tempatnya. Ini mesti kerja dia.
"Gomawo." ucap aku setelah duduk di sebelahnya. Dia menoleh ke arah aku denfan dahi berkerut.
"Gonawo untuk apa?" soalnya keliru. Aku tergelak. Sampul surat itu aku tunjukkan kepadanya.
"Untuk ini." aku berkata. Bertambah kerutan di dahinya. Dia menggeleng.
"Itu bukan aku yang bagi. Hadiah untuk kau aku belum beri lagi, Seul." dia berkata. Giliran aku yang mengerutkan dahi. Jadi siapa yang beri surat ni?
Aku pun mula membuka sampul tersebut. Isi kandungannya aku baca. Ia hanya tertulis ;
" Selamat hari jadi, Minseul ! Semoga awak sentiasa gembira ! Senyumlah selalu sebab awak nampak cantik bila senyum !
from , xxxxxx
siapa pulak budak ni ?
YOU ARE READING
We || Park Jihoon
Fanfic"Aku suka dia tapi aku tak tahulah dia suka aku ke tidak." mengisahkan seorang gadis yang menyukai crushnya yang sudah dia kenal sejak kecil tanpa mengetahui bahawa crushnya juga mempunyai perasaan yang sama.