Kang Daniel.
Lama nama tu bermain dalam fikiran aku. Jadi surat yang aku dapat masa hari jadi aku tu mesti dari Daniel kan? Takkanlah dari Jihoon.
Mustahil Jihoon ingat siapa aku.
Okey, kisahnya macam ni. Masa aku umur 9 tahun, aku ada seorang kawan rapat merangkap jiran sebelah rumah aku waktu aku masih tinggal di Busan dulu.
Yes, Jihoon lah jiran aku tu. Kitorang rapat sangat sampailah waktu umur aku capai 13 tahun, keluarga aku ajak aku pindah. Serius, aku sedih sangat waktu tu sebab terpaksa berpisah dengan Jihoon.
Jihoon pernah kata dia takkan lupakan aku. Aku pun percayalah tapi tengoklah sekarang, siapa yang lupa siapa.
Waktu tu aku sedar, aku dah tersuka dia. Setiap malam aku selalu nangis mengenangkan dia. Tipu kalau tak rindu tapi tak tahulah dia rindu aku ke tidak.
Aku cuba nak move on tapi tak dapat. Jujur, susah nak padamkan Park Jihoon dari memori aku. Tapi aku hampir berjaya move on dan hidup normal tanpa fikirkan kau sehinggalah pada tahun lepas, kau pindah masuk ke sekolah ni.
Setelah 4 tahun berpisah, aku jumpa dia lagi.
Tapi malangnya, dia tak ingat siapa aku.
"Minseul-ssi." aku tersedar dari lamunan panjangku sebaik saja bahuku ditepuk oleh seseorang. Terkejut aku melihat Jinyoung yang tegur. Sebelah dia ada Jihoon.
"Bukan nak ganggu tapi dari tadi awak pandang loker tu. Loker tak dapat buka ke?" soal Jinyoung datar membuatkan aku terasa malu. Mesti pelik rupa aku tadi.
"Ah taklah. Em saya cuma tengah fikirkan sesuatu ..haha." aku menjawab kekok. Dari tadi aku pandang Jinyoung je sebab aku malu nak pandang Jihoon. Malu dow Jihoon nampak perbuatan aku yang pelik tadi.
"Oh, kalau macam tu kitorang pergi dulu." Jinyoung pun berlalu pergi bersama Jihoon di sisinya. Aku terpandang Jihoon yang ketika itu seperti menahan ketawa melihat aku. Agh! Dia ketawakan aku pulak!
Okey, fokus kembali kepada Kang Daniel.
Kenapa Daniel suka aku?
Aku tak kenal dia, langsung tak kenal psh berbual pun tak pernah. Nak kata aku lawa, banyak lagi yang lebih lawa dari aku tapi kenapa aku? Dia tu terlalu kacak untuk aku.
Bercakap pasal Daniel, aku ternampak dia nun jauh di hujung koridor tengah berjalan ke arah aku.
YOU ARE READING
We || Park Jihoon
Fanfic"Aku suka dia tapi aku tak tahulah dia suka aku ke tidak." mengisahkan seorang gadis yang menyukai crushnya yang sudah dia kenal sejak kecil tanpa mengetahui bahawa crushnya juga mempunyai perasaan yang sama.