55

683 53 2
                                    

Jihoon pov

Haih.

Rasanya aku memang over sangat rasa cemburu semalam dengan budak Guanlin tu. Entah apalah dah jadi dengan aku.

Tapi cemburu tu tak salahkan? Sebab cemburu tanda sayang HAHAHA.

Aku tak naklah disebabkan rasa cemburu aku ni Minseul akan mula rasa meluat dengan aku. Aku rasa semalam dia meluat kot dengan perangai cemburu aku tu. Terlalu jelas wajah meluat dia sampai aku rasa dia macam nak halau aku je semalam.

Aku bukan apa, cuma rasa tercabar dengan Guanlin yang kacak tu. Manalah tahu dia betul-betul akan rampas Minseul kan?

Eh, overthinking pulak aku.

Tengah aku berjalan untuk ke sekolah, aku ternampak Minseul hanya beberapa langkah di hadapan aku, tengah melintasi jalan raya.

Inilah yang dinamakan jodoh.

Cepat-cepat aku berlari untuk mendapatkannya.

Setelah berjaya melintasi jalan raya, aku berhenti seketika memastikan Minseul tidak menyedari kehadiran aku di belakangnya. Lama aku memerhati akhirnya aku mengambil langkah untuk mengikutnya dari belakang.

Rambutnya yang diikat kemas itu bergerak lembut ke kiri dan kanan ketika dia berjalan. Sesekali dia menoleh ke arah pokok di laluan pejalan kaki, tersenyum melihat daun-daun yang berguguran dek tiupan angin.

Aku yang memerhati dari belakang hanya tersenyum sendiri melihat. Disebabkan tidak sanggup perhatikan dia dari jauh, aku pun berlari anak ke arahnya. Tangan aku depakan setelah berada betul-betul di belakangnya.

Dan satu pelukan dari belakang aku hadiahkan kepada Minseul.

"Seul-ah." Aku memanggilnya lembut lalu merehatkan dagu aku pada bahunya. Nampak sangat dia terkejut sebab badan dia terus kaku sebaik aku memeluknya dari belakang. Aku pandang wajahnya dari sisi.

"Jihoon?" dia bersuara lalu menoleh ke sebelah kanan di mana kepala aku berada sekarang. Waktu itu hidung kami bersentuhan menyebabkan dia dengan pantas menoleh ke hadapan semula.

Tergelak sendiri aku.

"Ya, Jihoon lah ni. Teman lelaki awak." Ucap aku sengaja nak tunjuk sisi sweet lagi untuk hari ini. Aku dapat lihat bibirnya mula tersenyum sebelum meleraikan tangan aku yang memeluk pinggangnya. Badannya dipusing menghadap aku.

Nak membebel lah tu.

"Saya ingatkan orang lain tadi. Lagipun saya terkejut tahu tak? Lain kali jangan buat macam tu lagi. Awak ni memang--"

"Sweet? Tahu." Sengaja aku memotong percakapan Minseul. Dia memandang aku dengan pandangan tidak percaya sebelum menggeleng perlahan. Aku tahu dia segan tapi aku suka bila dia segan macam ni.

Comel.

"Tch. Siapalah yang cemburu semalam? Jihoon ni ke?"

Haih,dia dah ungkit.

"Shh. Jihoon yang cemburu tu dah tak ada. Sekarang ni cuma ada Jihoon yang sweet." aku berkata lalu menyelak rambut aku ke belakang. Terus tergelak Minseul lalu memukul lengan aku.

"Sweet ke?" Minseul mula buat muka menyampah. Aku mengangguk perlahan lalu menudingkan jari ke tanah. Berkerut dahi Minseul melihat tindakan aku itu.

"Awak tunjuk apa?" Soalnya pelik. Aku tersenyum sehingga menampakkan gigi. Aku rasa benda yang aku nak cakap ni kelakar tapi aku nak cakap jugak.

"Sweet saya ni boleh buatkan semua semut tu keluar dan datang ke sini, tahu tak?" setelah berkata begitu aku tergelak besar. Minseul hanya menggeleng dengan menayangkan riak wajah itu-memang-mengada kepada aku.

"Kaja. Nanti lambat." Aku pun meraih tangannya lalu kami berjalan menuju ke sekolah bersama. Aku perasan yang Minseul asyik tersenyum dan aku apa kurangnya. Nak terkoyak bibir ni asyik tersenyum dari tadi.

Dalam diam aku pandang Minseul di sebelah. Dia hanya fokus memandang ke hadapan, tak tahulah dia perasan ke tidak yang aku tengah pandang dia dari tadi.

"Minseul." Aku memanggil. Minseul menoleh sebaik sahaja aku memanggilnya. Aku senyum.

"Apa?"

"Awak comel."

Dan dalam sekelip mata, wajahnya bertukar merah padam. Aku kembali memandang ke hadapan dengan senyuman yang semakin menjadi di bibir. Dari dulu aku nak puji dia tapi aku malu.

Sekarang ni pun aku malu sebenarnya tapi kena tutuplah sedikit rasa malu tu. Baru nampak macho.

"Haish. Pagi-pagi dah buat hal." Minseul bersuara sendiri di sebelah. Aku hanya tergelak. Dia tahu aku dengar jadi dia pun turut tergelak.

HAHAHA bahagianya aku!

"Eo!" tangan aku dan Minseul yang berpegangan tadi terlerai apabila seseorang dengan selambanya berjalan di antara kami menyebabkan aku dan Minseul mengundur setapak ke belakang.

Cumanya dia langgar bahu Minseul lebih kuat berbanding aku. Nasib baik Minseul dapat elakkan diri dari jatuh terduduk tadi.

"Omo! Maaf. Tak nampak ada pasangan kekasih di hadapan saya tadi." Dia bersuara manis lalu berjalan pergi meninggalkan kami. Sempat juga dia menjeling Minseul. Aku berdecit sendiri.

"Tak guna--"

"Jihoon." baru sahaja aku ingin meluru ke arah Jihyun, Minseul terlebih dahulu menahan lengan aku. Kalau bukan kerana dia, aku dah lama pergi belasah Jihyun tu agaknya. Melampau betul.

"Awak okey?" Aku bertanya lalu memegang bahunya. Minseul menganggukkan kepala tanda okey. Lengan aku yang dipegangnya ditepuk lembut.

"Tak payah layan sangat Jihyun tu. Nanti-nanti pun dia akan bosan dan berhenti kacau kita." Dia berkata cuba menyedapkan hati aku. Aku tersenyum kecil. Hidungnya aku cuit.

"Tapi kalau dia kacau awak lagi, saya takkan biarkan."

Aku serius kali ni. Kalau aku nampak dia kacau Minseul, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, Park Jihoon akan menampar seorang gadis.

+++

Konflik dia dah nak masuk 😂

Nampak sangat aku rushing kan? Aku cuma tak nak buku ni sampai ke chapter 100 lebih je 😂 Target nak habiskan dalam 60++ macam tu.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now