Guanlin pov
"Guanlin-ah!"
Sebaik aku tiba di sekolah, seorang gadis tiba-tiba memanggil nama aku. Aku terus menoleh ke sebelah kanan apabila mengenali suara itu.
"Sunbae." satu senyuman aku berikan kepada Minseul. Dia nampak gembira hari ini.
"Yah. Jangan nak buat-buat lupa ya? Saya masih ingat lagi." kata-kata Minseul membuatkan kening aku berkerut. Lupa apa?
Tersentak aku bila Minseul memukul lengan aku sambil tergelak halus. Walaupun tak berapa kuat, tapi tindakan dia buatkan jantung aku tiba-tiba semakin pantas berdegup.
Dengan senyuman dia dan bunyi gelak dia lagi. Aku pun tak tahu sejak bila aku tersuka Minseul.
Ya. Aku tersuka dia. Sebelum ni, aku pandang dia macam aku pandang orang lain. Biasa je tapi sejak kebelakangan ni, aku rasa gembira setiap kali dia berbual dengan aku.
Dan aku baru dapat tahu, yang Minseul adalah kepunyaan Park Jihoon.
Haih.
"Janganlah gelak. Serius ni, saya tak faham apa yang sunbae cakap." kata aku sambil menggosok lengan aku yang dipukulnya tadi. Minseul menyilangkan tangannya ke dada.
"Yah, cepatlah beritahu siapa nama teman lelaki perempuan yang awak suka tu. Semalamkan saya tanya tapi itulah, Jihoon kacau." kata Minseul sebelum tersenyum lagi.
Agak-agaklah, macam mana reaksi dia kalau aku beritahu ya?
"Aniya. Itu tentang semalam jadi saya tak nak jawab." kata aku sebelum berjalan pergi meninggalkan Minseul. Salahkanlah Jihoon sebab muncul tiba-tiba.
"Guanlin-ah. Janganlah macam ni. Kita kawan, kan?" Minseul berlari anak menghampiri aku sebelum berjalan di sebelah aku. Aku tersenyum pendek.
Hahahahaha.
Dia kata, 'Kita kawan.'
"Ya. Kita kawan. Dah, jangan tanya lagi." aku berkata kepadanya lalu mempercepatkan langkah aku tapi dia masih juga nak ikut. Dia layan aku macam aku ni adik dia pulak.
"Arasseo tapi kenapa tak nak beritahu? Saya kenal ke?" Minseul bertanya. Aku memandang wajah penuh harapan dia.
"Ya. Kenal sangat." jawab aku acuh tak acuh membuatkan dahi dia berkerut. Muka bingung dia sekarang comel sangat sampaikan pipi aku tiba-tiba rasa panas ni.
Aku blushing ke ni?!
"Siapa? Sohyun ke?" soalnya dengan mata terbeliak. Cepat-cepat aku menggeleng.
"Aniya. Nanti mengamuk Daniel hyung kalau saya suka Sohyun." kata aku. Minseul tergelak mendengarnya sebelum menekup mulut seperti masih cuba untuk meneka.
"Jeon Somi ke?"
"Salah." aku berkata. Seronok pula bila dia cuba sedaya upaya untuk teka ni.
"Kang Hyerim?"
Hyerim? Ketua pasukan sorak sekolah tu? Dia tak tahu ke itu teman wanita Minhyun hyung sejak dua tahun yang lalu?
"Salah. Sunbae takkan dapat teka punya." aku berkata sebelum tergelak. Macam manalah dia nak teka kalau dia tak terfikirkan tentang diri dia sendiri kan?
"Minseul eonnie!" serentak aku dan Minseul menoleh ke belakang bila Jihyun tiba-tiba panggil Minseul. Aku pandang je muka dia yang asyik tersenyum tu.
Minseul pula hanya diam di sebelah aku. Mungkin dia malas nak layan kot karenah Jihyun. Jihyun ni lah yang beritahu aku yang Minseul dan Jihoon ni pasangan kekasih hari tu.
"Eo? Guanlin pun ada." dia menyapa aku tapi aku hanya bagi pandangan kosong je kat dia.
"Apa yang awak nak, Jihyun?" Minseul bertanya. Jihyun mula tersengih sinis.
"Saya? Saya nak Jihoon." serentak dengan itu, wajah Jihyun bertukar serius. Tangannya disilangkan ke dada sebelum menghampiri Minseul.
"Boleh tak matang sikit? Dah Jihoon tak nak dengan kau, tak payahlah buat perangai." aku menolak sedikit bahu Jihyun supaya dia berada jauh dari Minseul. Jihyun nampak terkejut dengan tindakan aku.
"Kau kenapa sibuk? Sebelum perempuan ni pindah sini, aku dah lama sukakan Jihoon. Tapi bila perempuan ni muncul, senang-senang je dia dapat Jihoon." bebel Jihyun geram. Aku membuat muka.
Sungguh kebudak-budakkan.
"Dan tengoklah, dia diam je. Bukannya berani nak bersemuka dengan aku. Bila Jihoon ada je dia berani." sempat lagi dia mengejek Minseul yang hanya diam dari tadi.
Minseul tergelak kecil.
"Saya diam sebab bagi saya, bergaduh dengan awak ni cuma akan bazirkan tenaga saya, Jihyun." mendengar kata-kata Minseul itu, Jihyun tiba-tiba mendengus sebelum menampar wajah Minseul.
Tapi aku bertindak lebih pantas dan menahan tangan Jihyun sebelum mendarat di pipi Minseul.
"Jangan berani nak tampar dia." kuat aku memegang pergelangan tangan Jihyun sebelum menolaknya kasar ke belakang. Jihyun betul-betul tergamam dengan tindakan aku begitu juga dengan Minseul.
"Sunbae, kaja." tanpa mempedulikan Jihyun yang masih lagi tergamam itu, aku pun menarik lengan Minseul, membawanya jauh dari Jihyun.
Dan ketika itu, aku ternampak Jihoon tengah memerhati kami dari jauh.
+++
drama terlebih 😂
YOU ARE READING
We || Park Jihoon
Fanfiction"Aku suka dia tapi aku tak tahulah dia suka aku ke tidak." mengisahkan seorang gadis yang menyukai crushnya yang sudah dia kenal sejak kecil tanpa mengetahui bahawa crushnya juga mempunyai perasaan yang sama.