26

1.1K 162 2
                                    

Jihoon pov

"Wah, cerita tu best giler. Hero dia hensem, bergaya pulak tu." Minseul dari tadi asyik sibuk bercakap pasal hero yang hensem. Apa yang hensem sangat dengan hero tu? Aku hensem lagi kut.

"Yah, awak macam tak seronok je." Minseul menyoal aku setelah melihat aku hanya membuat muka dari tadi. Baru nak sedar ke?

"Mana ada." jawab aku senada. Minseul menarik lengan aku. Wajah aku dipandanganya lama. Baru nak pandang wajah hensem aku ni kan?

"Eo? Kenapa ni? Ke awak tak seronok sebab saya yang temankan awak dan bukan Jinyoung?" soal Minseul lagi. Kali ini mata aku terbuntang luas.

"Bukanlah! Seronok lagi dengan awak berbanding si Jinyoung tu." aku berkata dan Minseul tergelak. Aku nak marah dia tapi tak sanggup pulak bila tengok dia gelak macam tu.

"Habis tu? Kenapa masam je dari tadi?" Minseul menyoal aku. Tengah berjalan ni pun dia asyik nak soal aku. Dah tak rasa kekok ke?

"Entahlah. Mungkin sebab hari nak hujan." jawab aku sebelum tersenyum. Tiba-tiba pulak senyum, dah kenapa aku ni?

Dan sungguh tidak ku sangka, tidak lama kemudian hari pun hujan. Kebetulan apakah ini?

"Mwoya?" aku berkata sebelum mendongak memandang langit. Minseul hanya tergelak melihat tingkah laku aku itu. Hujan yang tadinya turun renyai-renyai kini menjadi lebat.

Aku tak pakai jaket pulak sekarang ni aduh.

Aku memandang Minseul. Tangan kanannya aku pegang erat. Minseul kelihatan terkejut lalu memandang aku dengan wajah terkejutnya. Salah satu tangannya pula digunakan untuk melindungi dirinya dari hujan.

"Minseul, pernah lari dalam hujan tak?" aku menyoal dan dia nampak bingung sekarang ni.

"Apa yang--" belum sempat dia meneruskan kata-katanya, aku segera memotong.

"Jom kita lari bersama." aku akhiri kata-kata aku itu dengan mengenyit mata sebelum menarik tangan Minseul bersamaku. Pada malam yang indah ini, kami berdua tengah berlari dalam hujan bersama.

Nampaknya ini lebih seronok berbanding menonton wayang tadi.

We || Park JihoonWhere stories live. Discover now